KelabMama

Bagaimana Pentingnya Minum Susu Tanpa Gula Tambahan Semasa Mengandung?

Semasa hamil, rasanya ada senarai panjang yang boleh dan tidak boleh untuk Mama lakukan. Yang paling umum adalah mengenai makanan yang Mama ‘mesti makan’ dan ‘mesti-tidak-makan’. Sememangnya, terdapat peningkatan keperluan nutrien ketika hamil.

Antara nutrien-nutrien penting yang diperlukan wanita hamil adalah pengambilan zat besi, folat, zink, dan iodin yang tinggi, tetapi, kekurangan nutrisi semasa kehamilan kekal menjadi kebimbangan kesihatan para ibu1.

Malah, 9 daripada 10 wanita hamil Malaysia tidak mendapat folat, kalsium dan serat yang mencukupi, nutrien yang penting untuk menyokong kehamilan2.

Mama Siti percaya kita sudah sangat terbiasa dengan piramid makanan yang terkenal, di mana ia memberi panduan kepada berapa banyak makanan yang perlu diambil mengikut kumpulan makanan bagi memastikan badan kita mendapat nutrisi yang mencukupi. Walau bagaimanapun, negara kita mempunyai panduan visual baharu yang dikenali sebagai ‘Pinggan Sihat Malaysia’ yang menggunakan panduan ‘suku-suku-separuh’. Ini bermakna, di dalam pinggan Mama, ia harus mengandungi suku bahagian protein, suku bahagian karbohidrat dan separuh lagi bahagian pinggan haruslah mengandungi serat (sayur-sayuran dan buah-buahan). 

Susu untuk ibu mengandung yang kaya dengan protein adalah pilihan yang baik semasa hamil kerana ia adalah sebahagian daripada diet seimbang!

Namun, ada juga yang tidak menyarankan untuk minum susu untuk ibu mengandung. Alasan mereka? Mereka percaya ia mengandungi kandungan gula yang tinggi. Betulkah? Dan jika ya, patutkah Mama yang sedang mengandung mengelak daripada minum susu tersebut sama sekali?

Susu untuk ibu mengandung boleh diambil sebagai sebahagian daripada diet seimbang untuk menyokong keperluan nutrien ibu dan janin dalam kandungan. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, bakal ibu perlu mengambil kira-kira dua hidangan susu setiap hari, melainkan jika terdapat sebarang had. Kesemua sembilan asid amino perlu adalah penting untuk keperluan ibu dan janin bagi sokongan, pertumbuhan dan perkembangan. 

Adakah Semua Susu Untuk Ibu Mengandung Tinggi dengan Gula?

Jawapan ringkas – Tidak.

Jawapan yang panjang lebar?

Tidak semua susu untuk ibu mengandung adalah sama. Walaupun terdapat banyak jenis susu untuk ibu mengandung di pasaran yang mengandungi gula tambahan, terdapat juga susu untuk ibu mengandung yang tidak mempunyai gula tambahan tetapi masih mengandungi kebaikan yang diperlukan oleh ibu hamil dan janin yang sedang membesar.

Hamil atau tidak, kita tahu bahawa terlalu banyak gula adalah tidak baik untuk tubuh kita, tetapi apakah kepentingan untuk memastikan pengambilan gula kita terkawal semasa mengandung? 

Sangat penting! 

Berikut adalah beberapa manfaat yang boleh Mama nikmati apabila Mama mengawal pengambilan gula Mama semasa mengandung:

Manfaat #1: Mengurangkan Risiko Mendapat GDM

Pengambilan gula yang tinggi semasa hamil dikaitkan secara positif dengan risiko Gestational Diabetes Mellitus (GDM)3, iaitu satu keadaan di mana hormon yang dihasilkan oleh plasenta menghalang badan daripada menggunakan insulin dengan berkesan. Glukosa terkumpul di dalam darah dan bukannya diserap oleh sel4.

Pada masa ini, kadar GDM di Malaysia berada pada 22.5%—iaitu satu dalam setiap lima kehamilan!

Oleh itu, adalah penting untuk memantau pengambilan gula Mama, terutamanya jika Mama berumur lebih dari 25 tahun, tidak aktif secara fizikal atau mempunyai ahli keluarga yang menghidap diabetes semasa Mama hamil.

Manfaat #2: Mengekalkan Tekanan Darah Normal

Kita semua tahu bahawa pengambilan minuman bergula tinggi boleh menyebabkan tekanan darah tinggi5. Tekanan darah tinggi kemudiannya boleh menjurus kepada preeklampsia—keadaan yang boleh berlaku selepas minggu ke-20 kehamilan atau sejurus selepas kehamilan. Ia juga boleh merosakkan sistem organ lain, yang kebiasaannya melibatkan hati dan buah pinggang.

Manfaat #3: Kekal Cergas Semasa Kehamilan

Mengidam ketika hamil adalah benar, tetapi Mama boleh kekal cergas dengan memantau corak pemakanan Mama. Bukanlah bermaksud Mama harus melakukan diet yang lengkap, tetapi Mama jangan pula terlalu mengikut kata hati untuk menjamah apa sahaja, sebaliknya, ikutlah akal fikiran logik Mama.  

Mengambil secawan kecil aiskrim setiap hari mungkin tidak memudaratkan berbanding tiga cawan aiskrim kerana Mama mengidamkannya. Mama boleh sediakan sebuah diari makanan kecil untuk menulis apa yang Mama masukkan ke dalam mulut Mama dan lakukan penyesuaian dengan kuantiti yang telah dijamah supaya Mama tidak mengambil terlalu banyak gula untuk badan Mama. 

Jika Mama seorang sweet tooth, Mama boleh atasi keinginan makanan manis Mama dengan pilihan makanan lengkap seperti buah-buahan segar. Dan apabila berkaitan dengan nutrien yang diperlukan, pastikan Mama memilih susu untuk ibu mengandung tanpa gula tambahan. 

Barulah Mama boleh mendapatkan pregnancy glow yang baik tanpa penambahan berat badan berlebihan, dan diri kekal sihat. 

Hanya Ambil Susu Untuk Ibu Mengandung Tanpa Gula Tambahan Sepanjang Kehamilan

Jadi, kita telah berbincang tentang hanya minum susu untuk ibu mengandung tanpa gula tambahan—tetapi, yang manakah yang berada di pasaran tanpa gula tambahan? 

Aha!

Kredit gambar: Anmum Materna

Anmum Materna ialah satu-satunya jenama susu untuk ibu mengandung di pasaran tanpa Gula Tambahan**. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan sukrosa dan minuman manis gula semasa kehamilan dikaitkan secara negatif dengan skor kognisi peringkat pertengahan umur kanak-kanak6. Semakin tinggi kandungan gula yang diambil, semakin rendah skor kecerdasan bukan lisan. Ini kemudiannya mungkin memberi kesan kepada daya ingatan dan pembelajaran kanak-kanak.

Sebagai nota sampingan, Anmum Materna turut dianugerahkan The First-Choice Pregnancy Formulated Milk di Motherhood Choice Awards 2021, yang telah diundi oleh 10,000 ibu.

Susu untuk ibu mengandung juga membekalkan bakal ibu dengan nutrisi yang mereka perlukan ketika ini. Dua gelas Anmum Materna setiap hari menyokong 100% keperluan nutrisi kehamilan Mama seperti asid folik, kalsium, zink, vitamin B₂ dan vitamin E.

Semak jadual di bawah untuk melihat nutrien yang ditawarkan oleh Anmum Materna berbanding susu biasa.

Kredit gambar: Anmum Materna
Kredit gambar: Anmum Materna

Anmum Materna bukan sahaja dirumus khas dengan Tanpa Gula Tambahan**, tetapi ia juga rendah lemak dan diuji secara klinikal untuk mempunyai nilai Indeks Glisemik (GI) yang rendah—23 untuk perisa biasa dan 26 untuk perisa coklat.

Mama digalakkan untuk mengambil makanan rendah GI kerana tubuh badan Mama akan mencernanya lebih lama sebelum ia akan diserap. Ini menyebabkan kenaikan paras gula dalam darah Mama menjadi lebih perlahan.

Kredit gambar: Anmum Materna

Anmum Materna juga padat dengan nutrien penting seperti MFGM-Gangliosida dan DHA. MFGM-Gangliosida adalah penting semasa kehamilan kerana pertambahan Gangliosida ke dalam otak janin adalah paling tinggi semasa trimester ketiga dan didapati dengan banyaknya di dalam otak7.

Dapatkan Anmum Materna Hari Ini!

Kredit gambar: Anmum Materna

Dengan kata mudah, Mama disyorkan untuk mengambil Anmum Materna sebagai sebahagian daripada diet seimbang bagi menghadapi cabaran yang mendatang semasa kehamilan kali ni! Apa yang Mama perlu lakukan ialah minum dua gelas Anmum Materna sebagai sebahagian daripada diet seimbang, ditambah dengan senaman yang kerap.

Dapatkan sampel Anmum Materna di laman rasmi Anmum atau pek percubaan di Lotus

Penafian:
** Sukrosa, Pepejal Sirap Glukosa, Pepejal Sirap Jagung, Gula Perang, Dekstrosa, Laktosa, Fruktosa, Madu dan Gula Putih ditakrifkan sebagai ‘gula’ dan ‘gula tambahan’ di bawah Piawaian CODEX 212-1999 dan CAC/GL23-1997. CODEX merangka garis panduan piawaian makanan antarabangsa dan kod amalan yang selaras. Di bawah Peraturan-Peraturan Makanan Malaysia 1985, Sukrosa, Gula Perang, Dekstrosa, Glukosa, Fruktosa, Madu ditakrifkan sebagai bahan pemanis. Untuk Anmum MATERNA Biasa sahaja. Anmum MATERNA perisa coklat adalah kurang manis.

Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.

Rujukan:

1Mousa, A., Naqash, A., & Lim, S. (2019, February 20). Macronutrient and micronutrient intake during pregnancy: An overview of recent evidence. Nutrients. Retrieved March 11, 2022, from https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6413112/

2Murugesan, M. (2021, August 30). Right nutrients for a healthy pregnancy: New straits times. NST Online. Retrieved March 11, 2022, from https://www.nst.com.my/lifestyle/heal/2021/08/715474/right-nutrients-healthy-pregnancy/

3Casas, R., Castro Barquero, S., & Estruch, R. (2020). Impact of Sugary Food Consumption on Pregnancy: A Review. Nutrients, 12(11), 3574. https://doi.org/10.3390/nu12113574

4Gestational Diabetes Mellitus (GDM). (2022, March 20). Johns Hopkins Medicine. hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/diabetes/gestational-diabetes#:~:text=Gestational%20diabetes%20mellitus%20(GDM)%20is,being%20absorbed%20by%20the%20cells.

5Barbosa, J., Silva, A., Kac, G., Simões, V., Bettiol, H., Cavalli, R. C., Barbieri, M. A., & Ribeiro, C. (2021). Is soft drink consumption associated with gestational hypertension? Results from the BRISA cohort. Brazilian Journal of Medical and Biological Research, 54(1), e10162. https://doi.org/10.1590/1414-431X202010162

6Cohen, J., Rifas-Shiman, S. L., Young, J., & Oken, E. (2018). Associations of Prenatal and Child Sugar Intake With Child Cognition. American Journal of Preventive Medicine, 54(6), 727–735. https://doi.org/10.1016/j.amepre.2018.02.020

7McJarrow, P., Schnell, N., Jumpsen, J., & Clandinin, T. (2009). Influence of dietary gangliosides on neonatal brain development. Nutrition Reviews, 67(8), 451–463. https://doi.org/10.1111/j.1753-4887.2009.00211.x