KelabMama

Banyaknya Rambut Dekat Lantai! Pakar & Pengasas Pusat Rawatan Rambut Bongkar Rahsia Keguguran Rambut Mama & Papa

Wanita dan keguguran rambut seperti berpisah tiada. Ada sesetengah orang perempuan, daripada sebelum kahwin pun dah mengalami masalah keguguran rambut ni. Dan ia menjadi lebih teruk selepas bersalin.

Stres kan kita sendiri tengok rambut merata-rata di lantai rumah tu? Mama Siti percaya yang Mama pun mesti dah mencuba pelbagai tips dan produk yang sesuai dengan keadaan rambut Mama. Tapi, masih tak berhasil bukan?

Kali ini, team Mama Siti berpeluang untuk menemubual dengan seorang Pengasas Pusat Rawatan Rambut Two Herbs, Mr Riff Lim, yang menjawab soalan-soalan Mama mengenai masalah rambut dan kulit kepala serta perkongsiannya tentang ilmu herba Cina. Riff Lim berjaya merumuskan campuran khas 100 peratus rawatan rambut herba Cina dan Ayurveda yang kini digunakan untuk rawatan rambut gugur herba di Two Herbs.

Pengasas TwoHerbs, Riff Lim

#1 Keguguran rambut adalah perubahan yang biasa dalam kalangan ibu hamil. Kenapa boleh jadi macam ni? Bagaimana ibu-ibu boleh menjaga rambut mereka semasa mengandung?

Riff Lim: Disebabkan perubahan hormon semasa hamil, keguguran rambut boleh berlaku. Para ibu boleh cuba rawatan kulit kepala semasa hamil untuk mengelakkan keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut, berbanding hanya penggunaan syampu biasa sahaja.

#2 Apakah simptom keguguran rambut yang perlu kita perhatikan walaupun ketika tidak hamil? Seawal manakah kita patut mula menjaga rambut kita?

Riff Lim: Simptom keguguran rambut biasa boleh menjadi hair parting yang lebih jelas, lebih banyak rambut gugur di
perangkap lantai bilik air semasa mencuci rambut dan apabila Mama menarik rambut Mama, beberapa helai rambut akan mudah tertanggal setiap masa.

Penjagaan rambut boleh bermula seawal zaman student. Sekarang student menghadapi banyak tekanan yang menyebabkan keguguran rambut dan start awal sentiasa lebih baik bak kata pepatah,

“Mencegah lebih baik daripada mengubati”

Bila rambut kita mula berkurangan, ia akan memakan lebih banyak masa untuk rambut mula tumbuh semula.

#3 Pemakanan yang sihat menjadikan badan sihat dan bertenaga sepanjang hari. Adakah diet yang sihat dan seimbang bermakna tiada keguguran rambut akan berlaku? Dan jika ya, adakah diet yang tidak sihat adalah faktor utama yang menyumbang kepada keguguran rambut?

Riff Lim: Tidak, keguguran rambut boleh disebabkan oleh faktor lain seperti tekanan, keturunan dan faktor lain seperti perubahan hormon. Diet memainkan peranan yang kecil tetapi kami telah nampak ramai pelanggan yang meningkatkan pengambilan protein, tetapi masih mengalami keguguran rambut.

Kami mencadangkan pendekatan kedua-dua diet dan rawatan sebab liang tersumbat adalah salah satu punca utama rambut gugur.

#4 Kehamilan bermakna ada banyak perkara yang harus mak-mak berpantang. Apakah bahan-bahan dalam produk penjagaan rambut yang perlu dielakkan oleh ibu mengandung?

Riff Lim: Kami mencadangkan untuk mengelakkan bahan berbahaya seperti:

DIETHANOLAMINE (DEA)
Kajian menemui hubungan antara aplikasi topikal DEA dan kanser pada haiwan.

PARABEN
Paraben berbahaya dan telah dikaitkan dengan peningkatan pertumbuhan sel-sel kanser payudara.

SULFAT
Sulfat menghasilkan buih-buih, tetapi apabila dibiarkan pada kulit kepala, ia menjejaskan folikel dan mempunyai kesan toksik lain pada tubuh manusia.

WARNA
Kebanyakan syampu dicelup dengan warna sintetik untuk menjadikannya kelihatan cantik. Warna-warna ini datang dengan kesan kesihatan yang berbahaya.

SILIKON
Dimethicone ialah sejenis silikon. Ia boleh menyumbat pori-pori pada kulit kepala dan menyebabkan kerengsaan kulit.

PEMEKAT SYAMPU
PEG adalah agen pemekat yang berasal daripada petroleum dan mengandungi dioksin berbahaya yang mempunyai kaitan rapat dengan kanser.

#5 Tidak lupa juga pada para bapa – apakah faktor utama keguguran rambut awal bagi bapa? Rambut mereka hampir tidak pernah pulih seperti zaman muda mereka. Apa yang anda boleh cadangkan?

TwoHerbs Perawat Rambut Anda

Riff Lim: Memulakan rawatan awal adalah cara terbaik. Sebaik sahaja Papa melihat rambut Papa semakin berkurangan, Papa harus segera mencari rawatan yang sesuai dan jangan tunggu lagi.


#6 Ibu bapa terdesak untuk mendapatkan kulit kepala yang baik dan sihat. Bolehkah herba dan ramuan tradisional dalam sesuatu produk menentang masalah ini?

Riff Lim: Herba telah terbukti berkesan kerana terdapat banyak pusat rawatan yang menyediakan penyelesaian keguguran rambut dengan menggunakan herba. Isunya ialah herba mana yang sesuai dengan kulit kepala anda yang, dan menunjukkan keputusan perbezaan dalam masa yang singkat.

Sebab TwoHerbs menggunakan formulasi unik Herba Cina dan Herba Ayurveda yang merupakan unik dan berbeza daripada yang lain, ibu bapa harus cuba dan lihat perbezaanya sendiri.

Rawatan di TwoHerbs

#7 Keguguran rambut yang teruk boleh menjejaskan seseorang secara emosi dan fizikal. Sebagai pakar, apakah jenis rawatan yang anda cadangkan untuk ibu bapa yang mengalami keguguran rambut yang teruk? Adakah keguguran rambut hanya boleh dirawat dengan rawatan kulit kepala, atau menukar syampu dan perapi akan berkesan?

Riff Lim: Rawatan yang digabungkan dengan tonik rambut adalah cara yang paling berkesan. Syampu dan perapi sebenarnya tidak banyak membantu.

#8 Kadang-kadang perubahan tidak dapat dielakkan. Adakah anda mempunyai sebarang petua untuk mengekalkan kulit kepala yang sihat dan mengehadkan keguguran rambut pada masa akan datang?

Riff Lim: Kami percaya ramai orang sekarang sangat mementingkan imej dan kesihatan mereka dan melakukan yang terbaik dengan menjaga diri seperti pergi ke gim dan makan secara sihat, mengekalkan gaya hidup sihat tetapi keguguran rambut masih akan berlaku kerana perubahan hormon yang anda tidak boleh ubah.

Kami ingin mencadangkan sekurang-kurangnya menggunakan tonik rambut setiap hari dan lakukan pencucian kulit kepala setiap minggu untuk memperbaiki masalah rambut gugur anda.

Jadi, Mama dan Papa harus mulakan penjagaan rambut dan kulit kepala seawal usia muda. Bagi yang belum berkahwin tu, jangan lupa untuk dapatkan rawatan yang terbaik untuk kulit kepala anda.

Buat pengetahuan Mama, pusat rawatan rambut Two Herbs yang diasakan oleh Mr Riff Lim ditubuhkan khas untuk Mama yang mempunyai masalah kulit kepala atau rambut. Rawatan yang ditawarkan hanya menggunakan bahan-bahan berkualiti dan terbaik untuk rambut dan kulit kepala Mama.

Dapatkan pelbagai tips dan panduan untuk kesihatan Mama dan Papa di SINI.