KelabMama

Pakar Kongsikan Jenis Ubat Yang Batalkan Puasa VS Tidak Batalkan Puasa

Jenis Ubat Yang Batalkan Puasa

Pejam celik pejam celik, dah masuk minggu kedua bulan Ramadan. Namun begitu, masih ramai yang tak cakna atau kurang pasti dengan jenis ubat yang boleh diambil semasa berpuasa dan juga ubat yang boleh membatalkan puasa.

Jadi, sempena minggu kedua kita berpuasa ni, Mama Siti akan share jenis ubat yang membatalkan dan tak membatalkan puasa Mama Papa. Untuk menjawab persoalan ni, jom baca perkongsian daripada Dr Samhan melalui akaun Twitter nya tentang jenis ubat yang boleh dan tidak membatalkan puasa Mama Papa.

Jenis Ubat Yang Batalkan Puasa VS Tidak Batalkan Puasa

Ubat yang BATALKAN PUASA Mama Papa

Ubat yang TIDAK BATALKAN PUASA Mama Papa

Untuk Mama Papa yang mempunyai asma yang kronik dan perlu penggunaan inhaler jangan risau. Walaupun terdapat perbezaan pendapat antara ulama, tetapi ulama lebih cenderung kepada ia tidak membatalkan puasa. Sebab penggunaan inhaler tak sama seperti Mama Papa makan dan minum.

Bagi Mama Papa yang memerlukan insulin pun sama, iaitu ia tidak membatalkan puasa. Cuma Mama Papa kena adjust dos insulin je tau.

Prosedur Kesihatan yang TIDAK MEMBATALKAN Puasa

Satu lagi bila puasa ni risau juga nak buat apa-apa prosedur kesihatan kan. Risau prosedur tersebut boleh batalkan puasa atau tidak. Lagi-lagi bila Mama Papa sudah ada appointment dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

Jangan risau, Dr Samhan ada senaraikan beberapa prosedur kesihatan yang boleh Mama Papa lakukan walaupun sedang berpuasa.

Mama Papa yang plan nak menderma darah tu bolehlah buat walaupun sedang berpuasa kerana ia tidak membatalkan puasa kita. Cuma, semasa bersahur, anda perlu pastikan anda mengambil makanan berat supaya anda kekal bertenaga sehingga waktu berbuka.

Apa-apa pun Mama Papa yang ada penyakit kronik haruslah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum pengubahsuaian jadual pengambilan dan dos ubat yang perlu diambil tau!

Selamat berpuasa Mama Papa!


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Mama tak ada idea nak masak menu berbuka? Klik di SINI.