KelabMama

11 Jenis Kacang Untuk Kurus dan Sihat – Ketahui Ciri-ciri dan Manfaatnya

Zaman Mama Siti kecil-kecil dulu, ada satu rancangan yang sering ditonton oleh kebanyakkan kanak-kanak bertajuk Kacang.

Kacang ialah sumber makanan snek terbaik tidak kira jenis dan rasanya. Namun begitu, masih ramai yang keliru dengan bentuk, warna dan rasanya.

Jadi, ayuh kita ketahui tentang ciri-ciri dan kelebihan setiap satunya.

11 Jenis Kacang Dan Asal-usul, Ciri-ciri Serta Manfaatnya

#1 Kacang Tanah

Sejenis kacang yang digunakan secara meluas di Malaysia. Malahan masakan nusantara pun banyak menggunakan kacang tanah. Contohnya, kuah kacang, rempeyek, biskut bepang dan kuih kacang. 

Kacang tanah ditanam dan dituai dari dalam tanah. Biji kacang tanah mempunyai bentuk yang agak bulat atau lonjong, terbungkus lapisan nipis yang berwarna merah. 

Memandangkan kacang tanah mempunyai protein dan serat yang tinggi maka ianya mampu melancarkan sistem penghadaman dalam badan. 

#2 Kacang Gajus

Nama saintifiknya ialah Anacardium occidentale dan dikenali dengan pelbagai nama seperti jambu monyet, ketereh dan janggus. 

Orang Melaka dan Terengganu memanggilnya sebagai jambu golok oleh kerana bentuk bijinya yang diluar pudung buah dan membengkok seperti hulu golok. 

Kacang gajus berpotensi mengurangkan risiko diabetes, meningkatkan sistem imun dan baik untuk kesihatan tulang serta gigi. 

#3 Kacang Badam (Almond)

Kredit gambar: BBC Good Food

Mama nak tahu? Kacang badam sebenarnya mempunyai asid lemak omega 3 yang membantu Mama rasa cepat kenyang. Serat dan protein dalam omega 3 sekaligus memberikan sumber tenaga tambahan dengan kuantiti kalori yang rendah.  

Kacang ini berbentuk bujur dengan warna kecoklatan dan memiliki kulit luar yang keras. Sebenarnya tanaman kacang badam terbahagi kepada dua iaitu yang manis dan pahit. 

Cara nak tahu kacang badam manis atau tidak adalah dengan melihat pada saiz fizikalnya. Kacang badam manis lebih panjang dan lebih kurus dari kacang badam pahit. 

#4 Kacang Macadamia

Kredit gambar: Australians Macadamias

Pokok kacang macadamia pada asalnya hanya ditanam di negara barat iaitu Queensland di Australia. Dari tahun ke tahun, ia mula ditanam di negara beriklim tropika dan panas seperti Afrika Selatan dan Indonesia. 

Rasa dan tekstur kacang macadamia lebih kepada rasa kacang mentega yang berkrim. Manakala bentuk kacang macadamia pula ialah bulat dengan diameter sehingga 2 cm.   

#5 Kacang Walnut

Kredit gambar: Healthline

Sekilas pandang, kacang walnut kelihatan seperti bentuk otak dalam tempurung kepala manusia. 

Kajian dari University of California, Los Angeles (UCLA) mendapati segenggam kacang walnut meningkatkan kemampuan berfikir dan prestasi otak. 

Ramai juga yang keliru antara kacang walnut dengan kacang pecan kerana ciri-ciri luarannya yang agak serupa. Namun begitu, rasa kacang walnut agak pahit berbanding kacang pecan yang manis. 

#6 Buah Berangan (Chestnut)

Kredit gambar: The Spruce Eats

Buah berangan hanya boleh ditanam di kawasan bersuhu rendah atau keadaan sejuk seperti di Amerika Syarikat, Kanada dan Jepun. 

Di Malaysia, kebiasaannya ia dijual mentah, digoreng atau dipanggang sebelum boleh dimakan.

Kebaikan buah berangan merangkumi kesihatan mata, penghadaman dan melawan kanser. Sesiapa yang mengamalkan buah berangan mendapat manfaat vitamin dan mineral penting seperti vitamin C, vitamin B dan zat besi. 

#7 Kacang Soya (Kacang Kedelai)

Kredit gambar: MyRokan

Kacang soya berbentuk bulat dan berwarna kuning cerah. Kacang ini digunakan secara meluas di negara Asia Tenggara dalam pembuatan makanan dan minuman. 

Glycine max ialah nama saintifik bagi kacang soya. Antara produk berasaskan kacang ini termasuklah tempe, taufu fah dan air soya. 

Nutrisi vitamin C dalam kacang soya baik untuk kecantikan kulit wanita dan lelaki. Ini kerana vitamin C melindungi kulit dari sinaran UV, melembabkan, menegangkan dan mencerahkan kulit.  

#8 Kacang Brazil

Kredit gambar: neuroversiti

Kacang brazil mempunyai tekstur halus dan rasanya pula lemak berkrim. Jadi, tak hairanlah kenapa ramai yang menjadikannya sebagai snek yang dimakan mentah. 

Nama saintifik kacang ini ialah Bertholletia excelsa yang berasal dari Amerika Selatan atau lebih tepat lagi di kawasan hutan Amazon. 

Dari segi kesihatan pula, kacang Brazil bermanfaat dalam meningkatkan metabolism badan seseorang selain mengurangkan keradangan dan melindungi jantung. 

#9 Kacang Merah

Kredit gambar: BertuahPos

Dari bentuk luaran, jenis kacang merah ini sangat mirip dengan kacang merah kecil. Cuma sahaja saiznya lebih besar dan kelihatan seperti buah pinggang manusia. 

Kacang yang mendapat nama saintifik Vigna angularis ini sering digunakan dalam masakan seperti inti roti, ais kacang dan bubur pulut hitam. 

Kandungan kuprum dalam kacang merah mengelakkan risiko sakit jantung dengan cara mengekalkan tahap kolesterol dan menurunkan tekanan darah tinggi. 

#10 Kacang Hijau

Kredit gambar: Tokopedia

Kebiasaannya di Malaysia kacang hijau dimasak bubur atau sebagai inti kuih kasturi. Dalam setiap 100 g kacang hijau ada vitamin B1, vitamin B5, dan vitamin B9.

Hasilnya, janin dalam rahim ibu hamil mendapat pertumbuhan tulang yang sempurna dan mengelakkan kecacatan tulang belakang.  

#11 Kacang Pistachio (Kacang Cerdik)

Kredit gambar: Berkat Madinah Online

Sejak akhir-akhir ini industri makanan terutamanya pencuci mulut (dessert) mula memasarkan kacang pistachio dengan menjadikannya inti kuih crepe. 

Dalam istilah saintifik, kacang pistachio dikenali sebagai Pistacia vera dan ianya berasal dari keluarga kacang gajus. 

Ibu hamil digalakkan makan kacang ini kerana ia menurunkan kadar gula dalam darah sekaligus membantu perkembangan janin dalam rahim. 

Kredit gmabar: TIGERUS

Secara tak langsung kartun Kacang membantu pembaca mengenal jenis kacang yang biasa dijumpai di Malaysia dan luar negara.

Segenggam kacang ada banyak khasiat, jom kita ambil peluang ini untuk rajin-rajin amalkan makanan berasaskan kacang.


Dapatkan lebih banyak maklumat maklumat kesihatan dan kecantikan di SINI!