KelabMama

Jenis Bersalin Normal atau Caesarean, Semua Mama Layak dipanggil Supermom!

jenis bersalin

Perkongsian oleh Dr. Loh Sweet Yi Esther, Pakar dan Pensyarah Obstetrik & Ginekologi (O&G), semasa Kelas Antenatal HCTM, kolaborasi bersama KelabMama.

Bila sebut tentang jenis bersalin, mesti terlintas di fikiran Mama soalan yang sering menghantui “Agaknya nanti aku bersalin secara normal atau caesarean?” Soalan ni bukan sekadar rasa ingin tahu. Kadang-kadang datang bersama kerisauan, harapan dan pelbagai emosi yang bercampur-baur.

Hakikatnya, setiap jenis bersalin ada cabarannya tersendiri dan semuanya bergantung pada keadaan kesihatan Mama dan bayi. Mama sudah merancang untuk bersalin normal, tapi takdir membawa Mama ke dewan bedah. Ataupun sebaliknya.

Apa Itu Bersalin Normal?

Bersalin normal ialah proses melahirkan bayi melalui faraj secara semula jadi, tanpa campur tangan pembedahan. Dalam kebanyakan kes, proses ini berlaku secara spontan apabila kontraksi bermula dan serviks (pangkal rahim) membuka sepenuhnya untuk membolehkan bayi keluar.

Bersalin normal dianggap sebagai kaedah paling semula jadi dan biasa untuk melahirkan bayi. Ia juga biasanya memerlukan masa pemulihan yang lebih singkat berbanding pembedahan dan risiko komplikasi adalah lebih rendah sekiranya Mama tiada masalah kesihatan lain.

Namun, kadangkala bersalin normal boleh melibatkan sedikit bantuan seperti suntikan epidural untuk mengurangkan kesakitan atau alat bantu seperti vakum atau forceps jika diperlukan untuk membantu mengeluarkan bayi.

Bila Bersalin Dianggap Tak Normal?

Sebenarnya, bukan semua kelahiran boleh berjalan lancar seperti yang kita harapkan. Bersalin dianggap tidak normal bila ada halangan atau risiko yang boleh membahayakan Mama dan bayi.

Dalam situasi-situasi tertentu, doktor perlu bertindak pantas untuk pastikan semuanya selamat. Antara keadaan yang dianggap sebagai bersalin tidak normal termasuklah:

Dalam semua kes ini, doktor akan buat pemantauan rapi dan mencadangkan langkah yang terbaik. Kadangkala, bantuan seperti vakum, forceps atau pembedahan perlu dilakukan demi menyelamatkan nyawa Mama dan bayi. 

Apa Itu Vakum dan Forceps?

Bila Doktor Guna Bantuan Seperti Vakum atau Forceps?

Dr. Loh Sweet Yi Esther
Pakar dan Pensyarah Obstetrik & Ginekologi (O&G)

Dalam sesetengah kes kelahiran, Dr. Loh Sweet Yi Esther yang merupakan Pakar dan Pensyarah Obstetrik & Ginekologi (O&G) turut berkongsi bahawa doktor mungkin akan menggunakan alat bantu seperti vakum atau forceps apabila proses bersalin secara normal memerlukan sedikit bantuan untuk mengeluarkan bayi.

Antara sebabnya termasuklah:

Kedua-dua alat ini hanya digunakan bila kepala bayi sudah berada di kedudukan rendah dalam saluran kelahiran dan doktor yakin ianya selamat.

Kedua-dua alat ini hanya digunakan jika kepala bayi sudah berada dalam kedudukan yang sesuai dan hanya oleh doktor terlatih. 

Selepas bersalin, doktor akan memeriksa bayi dengan teliti untuk pastikan tiada kecederaan pada kepala atau muka. Kadangkala akan ada sedikit lebam atau bengkak kecil, tapi biasanya akan pulih dalam beberapa hari.

Bila Mama Perlu Dibedah (Caesarean)?

Pembedahan Caesarean dilakukan apabila kelahiran melalui faraj tidak lagi dianggap selamat sama ada untuk Mama, bayi atau kedua-duanya.

Menurut Dr. Esther, pembedahan ini boleh berlaku mengikut perancangan ataupun kecemasan, bergantung kepada keadaan Mama semasa alami contraction.

Kes yang memerlukan pembedahan termasuklah:

Selain itu, ada juga kes Caesarean yang sudah dirancang, contohnya bila Mama pernah menjalani pembedahan rahim sebelum ini (seperti pembedahan fibroid atau pembedahan Caesarean terdahulu) atau bayi dalam kedudukan songsang yang tak sesuai untuk kelahiran normal.

Tak kiralah bersalin secara normal ataupun pembedahan semuanya memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang luar biasa. Apa yang penting ialah keselamatan Mama dan bayi. 

Jangan sesekali bandingkan pengalaman bersalin Mama dengan Mama lain. Setiap kelahiran adalah sebuah keajaiban yang unik, ditulis dengan kisah dan perjuangan tersendiri. Jenis bersalin normal atau caesarean bukan ukuran siapa yang lebih kuat atau hebat.

Apa yang pasti, Mama telah lakukan yang terbaik bertarung nyawa demi membawa cahaya mata ke dunia. Dan untuk itu, Mama layak diberi penghormatan yang tertinggi.

Istimewanya kali ini, setiap Mama Papa berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah menarik yang ditaja oleh Motherhood, KelabMama dan Mama Siti sendiri! Siapa tahu, untuk kelas antenatal seterusnya rezeki Mama pula untuk bawa pulang hadiah istimewa nanti.

Mama Siti tak sabar nak berjumpa dengan Mama yang lain dalam kelas antenatal yang bakal berlangsung September ini! Banyak ilmu berguna yang akan dikongsikan, khusus untuk bantu Mama lebih bersedia dan yakin menjelang detik kelahiran nanti.


Berapa kos untuk Mama bersalin hospital kerajaan atau hospital swasta? Klik di SINI.