KelabMama

Jangan Takut Bagi Anak Makan Pisang!

Jangan Takut Bagi Anak Makan Pisang!

Pi makan pisang atas meja tu. Asyik sembelit saja. Makan banyak sikit! Pisang ni banyak khasiat, senang nak berak nanti.

Ha, gitu ye? Kalau sembelit saja makan pisang. Yalah, buah ni pun memang tak asing lagi dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Selain daripada rasanya yang sedap dan lemak manis, ia juga dijual dengan harga yang sangat murah!

Tapi ada ibu bapa yang takut untuk beri anak mereka makan pisang ekoran dari kisah viral kanak kanak makan pisang hingga tersumbat usus dan tak boleh buang air kecil. Betul ke? Dalam coretan kali ni, Mama Siti akan kongsikan info mengenai pisang dan perkaitannya dengan sistem penghadaman si kecil mengikut Dr. Sakinah Sulong.

Pisang adalah antara buah-buahan yang paling popular di dunia.

Tapi sebelum tu, jom kita tengok apa khasiat yang ada dalam sesikat pisang ni!

1. Sumber Tenaga Yang Baik

Bergantung kepada tingkat kematangan, pisang mengandungi komponen pektin yang dapat mengurangkan nafsu makan dan membantu anak-anak berasa kenyang.

Kandungan mineral dan karbohidrat yang mudah dicerna menjadikan pisang sebagai sumber tenaga yang sangat baik untuk kanak-kanak yang aktif dan cergas.

Jangan tak tahu yang pisang juga dapat membantu meredakan cramp otot yang disebabkan oleh olahraga. Sebab tu lah, dalam mana-mana sukan sekali pun, mereka akan sediakan sekotak pisang untuk habuan para atlet ni!

2. Sumber Kalium

Pisang juga kaya dengan kalium, iaitu mineral yang membantu mengawal tekanan darah dan mengelakkan kerapuhan tulang.

3. Melancarkan Pencernaan

Pisang mengandungi terutamanya dua jenis serat, iaitu pektin dan kanji resisten.

Ok take note ye mama. PISANG BUKANLAH PENYEBAB SEMBELIT! Sebaliknya, ia merupakan sumber serat yang membantu melawaskan pencernaan.

Untuk pengetahuan mama, bagi setiap 120gm pisang, terdapat lebih kurang 3gm serat.

Keperluan serat bagi anak-anak berumur 3-5 tahun adalah 8-10 gram sehari. Jadi kalau anak mama nak makan 2-3 biji pisang setiap hari, itu dah cukup bagus.

4. Mengandungi Antioksidan & Pelbagai Vitamin

Pisang juga mengandungi banyak antioksidan yang bermanfaat bagi tubuh.

Antioksidan yang terkandung dalam pisang ini dapat membantu mengurangkan kerosakan dari radikal bebas dan menjadi risiko penyakit berbahaya! Selain itu, ia juga kaya dengan vitamin B6, vitamin C, magnesium, zat besi, karbohidrat, protein dan sedikit saja lemak.

5. Meningkatkan Kesihatan Jantung

Pisang kaya dengan potassium dan kalium dimana ia dapat membantu menurunkan tekanan darah, dan mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 27%.

Semua mineral penting terutamanya kalium dan magnesium yang terkandung dalam pisang juga dapat membantu meningkatkan kadar kesihatan jantung.

6. Mencegah Asma

Tahukah mama? Menurut kajian yang dijalankan oleh Imperial College of London, pakar menemui bahawa anak-anak yang makan pisang setiap hari boleh kurangkan risiko terkena asma hingga 34%. Jadi, tak payah risau sangat kalau anak mama hari-hari nak bedal pisang.

7. Menghindarkan Stres

Apa lagi khasiat pisang? Ha, mama jangan tak tahu sekarang ni makin banyak orang kemurungan akibat stres. Kanak-kanak pun termasuk dalam golongan ni juga.

Stres kerja sekolah banyak, cikgu garang, kes buli, ini semua boleh menyebabkan stres tau!

Kalau anak mama stres, berikan pisang kepada anak mama. Sebab buah ini mengandungi triptofan dan asid amino yang berperanan menjaga memori dan meningkatkan mood seseorang.

Wow, hebat kan?

Pilih Pisang Yang Masak Untuk Mengelakkan Sembelit

Beri pisang yang masak ranum dalam kuantiti yang sederhana kepada si manja mama.

Ok, pergi pada second main point kita pula. Hari tu, viral kanak-kanak tersumbat usus sebab makan pisang banyak sangat kan? Saranan Mama Siti, kalau mama nak bagi pisang pada anak kecil, pilih yang dah masak ranum.

Menurut Dr Sakinah Sulong, pisang yang tak masak mengandungi tannin dan amylase-resistant starch menyebabkan ia sukar dicernakan, lalu boleh menjadi punca sembelit.

Berbeza pula dengan pisang yang masak, kandungan tannin dan amylase-resistant starch di dalamnya sudah berkurang. Pisang yang masak juga mengandungi gula yang lebih tinggi. Sebab tu lah ia dapat kurangkan risiko sembelit.

Pelbagai Olahan Resepi Pisang Untuk Bayi & Kanak-Kanak

Kalau hari-hari bagi makan pisang saja mesti anak mama pun boring kan? Pisang ni memang sedap dimakan begitu saja, tapi ia juga sangat sesuai diolah dalam pelbagai resipi antaranya:

Kecur air liur Mama Siti dengan resepi berasaskan pisang ni. Buat para ibu di luar sana, jangan takut bagi makan pisang dekat anak. Bak kata Dr. Sakinah, pisang tak bersalah!

Sumber: SirapLimau

BACA JUGA CARA TERBAIK UNTUK BANTU BAYI YANG SEMBELIT

Pesan Mama Siti:

Pisang juga terbukti dapat membantu dalam proses merawat wajah secara semula jadi. Kalau mama tak percaya dengan produk kecantikan sedia ada dalam pasaran, mama boleh jadikan pisang sebagai mask untuk atasi kulit berminyak dan tanggalkan sel kulit mati. Barulah nampak awet muda setiap hari, tak gitu?