KelabMama

Perancang Keluarga: Jenis IUD Untuk Cegah Hamil Mana Yang Lebih Berkesan?

IUD cegah hamil merupakan salah satu kaedah untuk mengelakkan kehamilan di mana ia sebuah peranti kecil akan dimasukkan ke dalam rahim seorang wanita. Penggunaannya adalah untuk jangka masa yang panjang dan merupakan antara kaedah kawalan kelahiran yang paling berkesan.

IUD atau namanya adalah Intrauterine Device juga turut dipanggil sebagai IUC iaitu Intrauterine Contraception adalah sekeping plastik kecil yang fleksibel berbentuk seperti T. Terdapat lima jenama IUD yang berbeza dan telah diluluskan oleh Food and Drug Administration (FDA) iaitu Paragard, Mirena, Kyleena, Liletta dan Skyla.

Jenis-jenis IUD Cegah Hamil Untuk Perancang Keluarga

Kredit gambar: www.healthline.com

Untuk makluman Mama, terdapat dua jenis IUD iaitu IUD hormon (Mirena, Kyleena, Liletta dan Skyla) dan IUD tembaga (Paragard)

#1. IUD Hormon:

IUD hormon bertindak dengan melepaskan hormon yang disebut progestin ke dinding rahim. Progestin adalah bentuk buatan atau sintetik hormon progesteron yang telah dihasilkan secara semulajadi dalam badan wanita semasa mengandung. Perlindungannya pula bergantung kepada jenama IUD iaitu:

#2. IUD Tembaga:

Manakala untuk IUD Paragard pula ia tidak mempunyai hormon. Ia dibalut dengan sedikit tembaga dan melindungi Mama daripada kehamilan sehingga 12 tahun.

Kedua-dua jenis IUD ini berfungsi untuk menghalang kehamilan dengan cara mengubah pergerakan sel sperma supaya mereka tidak mempunyai peluang untuk sampai ke telur. Oleh hal yang demikian, persenyawaan telur tidak akan berlaku.

Bagaimanakah IUD Cegah Hamil Berfungsi?

Kedua-dua IUD tembaga dan IUD hormon menghalang kehamilan dengan mengubah cara sel sperma bergerak supaya mereka tidak boleh sampai ke telur. Jika sperma tidak dapat mencapai telur, kehamilan tidak boleh berlaku.

Tembaga yang terdapat di dalam IUD Paragard tidak digemari oleh sperma dan menjadikannya agak mustahil untuk terjadinya kehamilan. Ia mengubah lendir serviks, di mana akan membuatkan sperma lebih sukar untuk mencapai telur dan bertahan. Ia juga boleh menghalang telur yang disenyawakan daripada dapat menanam sendiri.

Manakala hormon yang terdapat di dalam IUD Mirena, Kyleena, Liletta, dan Skyla pula akan menghalang kehamilan dengan cara iaitu:

  1. Ia akan memekatkan lendir yang hidup pada serviks, di mana akan menyekat dan memerangkap sperma.
  2. Hormon juga kadang-kadang akan menghalang telur daripada ovari (dipanggil ovulasi), yang bermaksud tiada telur untuk sperma untuk disenyawakan.
  3. Ia akan menjejaskan cecair dalam rahim dan tiub fallopian untuk menghadkan pergerakan sperma.
  4. Berlaku penipisan lapisan rahim yang menyukarkan telur untuk disenyawakan atau ditanam.
  5. Ia akan mengaktifkan tindak balas badan asing di mana sistem imuniti badan akan mengiktiraf IUD sebagai objek asing dan kemudian akan merembeskan sel darah putih untuk melawan semua jenis sel yang tidak dikenali termasuklah sel sperma.
  6. Ia berfungsi dengan sentiasa mengekalkan tahap hormon progesteron yang tinggi untuk mengelakkan ovulasi daripada berlaku. Tahap progesteron yang tinggi dalam badan akan membuatkan ovari berhenti menghasilkan lebih banyak telur.

Keberkesanan/Kebaikan IUD Cegah Hamil

Antara kebaikannya adalah seperti berikut:

Kesan Sampingan & Risikonya

Pemasangan IUD akan memberi kesan sampingan seperti kekejangan dan sakit belakang dalam beberapa jam pertama hingga beberapa hari selepas Mama memasang IUD. Kesakitan akan berkurang jika Mama menggunakan pad pemanas atau mandi air suam.

Tompokan darah juga adalah perkara biasa dan ia akan berhenti dalam tempoh 3 hingga 6 bulan. Sesetengah wanita juga mungkin akan mengalami pening kepala selepas doktor memasukkan IUD tetapi akan hilang setelah beberapa minit.

Dalam tempoh penggunaan IUD ini, kehamilan adalah sangat tipis tetapi sekiranya ia terjadi Mama berkemungkinan untuk terdedah kepada keguguran, jangkitan dan kelahiran awal.

Mama juga berisiko untuk mengalami kehamilan ektopik dan jika Mama berasa seperti sedang hamil dan terdapat tanda seperti sakit perut atau pendarahan faraj, segera berjumpa dengan doktor.

Siapa Yang Berisiko Tinggi/Tidak Digalakkan

Walaupun IUD selamat digunakan tetapi terdapat juga sesetengah wanita yang berisiko. IUD tidak disyorkan untuk orang yang:

Manakala untuk IUD ParaGard pula, ia tidak disyorkan jika Mama:

Risiko lain yang mungkin terjadi termasuklah:

Walau bagaimanapun, Mama tidak perlu risau kerana IUD sudah disahkan selamat untuk digunakan. Jika ada sebarang masalah atau terdapat tanda atau gejala yang kami terangkan di atas, Mama boleh merujuknya dengan doktor.


Dapatkan pelbagai maklumat mengenai kesihatan Mama dengan klik SINI.