KelabMama

Hamil & COVID-19 : Ini Mama Perlu Tahu

Hamil & COVID-19? Apa yang mama perlu tahu dan apa yang mama perlu lakukan? Bermacam-macam yang bermain dalam fikiran bila memikirkan tentang wabak ni. Terutamanya bagi mama-mama yang sedang berbadan dua, mesti mama semua risau kan sebab golongan inilah antara yang mudah dijangkiti virus ni.

Dalam artikel ini Mama Siti nak share perkongsian dari seorang pegawai farmasi yang juga merupakan ahli kepada Medical Mythbusters Malaysia yang telah merungkai persoalan risiko wanita mengandung dan COVID-19 yang mama perlu tahu.

Risiko terjangkiti virus COVID-19 dan mama hamil

Adakah mudah untuk wanita hamil jatuh sakit sekiranya dijangkiti?

Jika dijangkiti virus ini, keadaan wanita hamil akan lebih teruk ataupun tidak berbanding individu lain?

Jawapan:

Kajian belum menunjukkan bukti lagi bahawa wanita hamil lebih berisiko dijangkiti dan keadaannya lebih teruk berbanding individu lain.

Selain itu, wanita hamil akan rasa perubahan dalam sistem tubuh badan mereka dan mungkin meningkatkan risiko sesetengah jangkitan.

Kalau kita lihat balik virus yang datang dari kelompok yang sama dengan COVID-19 ini , ia akan menjangkiti sistem pernafasan. Justeru, wanita hamil lebih mudah berisiko untuk mengalami kesan serius jangkitan.

Sebaik-baiknya, dinasihatkan agar wanita hamil menjauhi dan mengelak dari terkena jangkitan ini.

Saranan untuk wanita hamil ketika COVID-19

Mama semua boleh amalkan saranan yang disarankan KKM ini:

  1. Kerapkan basuh tangan selama 20 saat dengan sabun dan gunakan Hand Sanitizer ketika berada di luar.
  2. Amalkan social distancing ( 1 Meter) dari orang yang dijangkiti virus ini.
  3. Pakai Face Mask ketika berada di luar.
  4. Elakkan berada di tempat awan dan jauhkan dari tempat sesak dengan orang awam . Mama semua boleh minta tolong sesiapa terutama suami kalau perlukan sesuatu seperti ke supermarket atau market.
  5. Elakkan dari ke luar negara terutama negara yang mempunyai kadar wabak COVID-19 yang tinggi ini.

Jika bergejala, hubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau talian CPRC Kebangsaan di nombor hotline seperti di bawah ini:

Kredit :CDC KEBANGSAAN
KREDIT: CDC KEBANGSAAN

Sumber : Muhd Diezhan Mustapa

Baca Juga: DEMAM SEMASA HAMIL, INI SEBAB MAMA HAMIL MUDAH DIJANGKITI PENYAKIT

Pesanan Mama Siti

Mama Siti harap mama semua kekal tenang dan jangan panik bila menghadapi situasi tegang ini . Cepat -cepat jumpa doktor bila ada simpton COVID-19 dan jangan lupa self-quarantine .Ingat pesan PM kita , JUST STAY AT HOME . Tolong lah , dua minggu ni ,jangan kemana- mana . Mama Siti doakan agar Malaysia pulih dari gelombang wabak virus COVID-19 .