KelabMama

Support Mama, Support Lokal: Group Kanser Survivor Khas Untuk Panduan Semua

Kajian telah menunjukkan bahawa, mempunyai sistem sokongan yang kuat memberi banyak faedah yang bagus pada pesakit, seperti tahap kesihatan mental yang lebih baik, kemahiran mengatasi masalah dengan lebih baik, dan kehidupan yang lebih berkualiti dan lebih sihat.

Kajian juga menunjukkan bahawa sokongan sosial boleh mengurangkan kemurungan dan kebimbangan Mama. Sistem sokongan yang kuat selalunya boleh membantu mengurangkan stres pada individu dan juga keluarga mereka.

Sempena bulan kesedaran Kanser Ovari, Mama Siti mahu kongsi kumpulan kanser survivor di Facebook untuk memberi sokongan pada Mama seperti maklumat tentang kanser, jenis kanser dan yang paling penting, kata-kata semangat yang boleh bantu sama ada bekas atau pesakit kanser menempuhi ujian ini.

Istimewa Tentang Group Kanser Survivor Ini

Kalau Mama nak tahu dengan lebih lanjut tentang group ni, jom tengok di bawah!

#1 Tempat Luahan

Kredit gambar: Facebook Cancer Fighter Malaysia

Orang di sekeliling kita mungkin tak senasib dengan kita dan ia menyebabkan mereka sukar untuk memahami perasaan penghidap kanser. Dengan adanya Facebook Group ini, ahli-ahlinya meluahkan perasaan yang sama serta saling memberi kata-kata semangat untuk Mama terus berlawan dengan kanser.

Tambahan pula, ahli kumpulan kanser survivor ini juga rajin kongsikan pengalaman mereka semasa menjalani kemoterapi dan rintangan yang mereka lalui.

Disebabkan kanser mempunyai pelbagai jenis, ahli kumpulan ini sering memberikan pendapat mereka sebelum dan selepas rawatan. Secara tidak langsung, ia memberi gambaran bagaimana rawatan akan berlaku.

#2 Info Tentang Jenis Kanser

Kredit gambar: Facebook Cancer Fighter Malaysia

Memang tidak dinafikan, terlalu banyak jenis kanser yang wujud di dunia ini. Mujurlah group ini sering kongsikan jenis-jenis kanser dan info tambahan tentang kanser.

Selain itu, ahli kumpulan ini juga mempunyai variasi penyakit kanser. Mereka sering bertanyakan jika ahli lain mempunyai masalah yang sama sewaktu rawatan, dan lain-lain.

Dengan berkongsi maklumat seperti itu, Mama dapat belajar benda baharu kerana orang yang berbeza, pengalaman berbeza juga.

#3 Berkongsi Pengalaman Perjalanan Kanser

Kredit gambar: Facebook Cancer Fighter Malaysia

Ia sangat menakutkan apabila Mama melalui perjalanan ini seorang diri, oleh itu kita perlukan pelbagai sokongan yang padu untuk teruskan melawan kanser.

Apabila Mama buntu dengan rawatan dan ubatan yang diberikan oleh doktor, dan Mama perlukan pendapat orang lain yang senasib. Mama boleh bertanyakan dalam group ini. Mereka sering memberi pendapat mereka dan tidak membuat Mama merasa seorang diri semasa melalui peperangan ini.

#4 Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Kanser

Kredit gambar: Facebook Cancer Fighter Malaysia

Selain itu, terdapat juga info tentang pemakanan pesakit kanser. Mereka lebih sensitif dengan sesetengah makanan seperti ikan yang dimasak mentah, seperti sushi, telur separuh masak atau makanan yang mengandungi telur mentah, seperti mayonis buatan sendiri, serta keju dan produk tenusu yang tidak melalui proses pasteurisasi, dan banyak lagi.

Oleh itu, diet yang spesifik harus diamalkan oleh penghidap penyakit kanser. Dengan info dan maklumat tentang ini, Mama dapat rujuk pada orang-orang yang lebih arif.

Macam mana nak masuk group ni, Mama Siti?

Disebabkan group ni adalah private group, Mama perlu request untuk sertai group kanser survivor ini. Mama perlu sertakan sebab untuk menyertai kumpulan ini. Kemudian, admin akan approve. Mama boleh klik di sini untuk get started on your support group journey.

Kumpulan seperti ini sering memberi kata-kata semangat jika Mama share perjalanan Mama sewaktu menerima rawatan, secara tidak langsung ia memberi info tentang macam mana rawatan kanser ini berlaku dan kesan-kesan ia beri pada pesakit.

Jangan putus asa Mama, jom join group ni sekarang!