KelabMama

Minyak Ikan Boleh Bantu Kemurungan? Fakta Menarik Tentang Minyak Ikan Yang Mama Mungkin Belum Tahu

Omega-3 seringkali menjadi sinonim dengan kepentingannya pada fungsi otak, perkembangan dan tubuh badan kita. Malah, sudah berkurun orang kita pentingkan pengambilan minyak ikan yang kaya dengan omega-3 sebagai makanan tambahan bagi meningkatkan tahap kesihatan badan.

Untuk pengetahuan Mama, ikan dipenuhi dengan omega-3 dan vitamin seperti D, A dan B2 (riboflavin).

Manakala, 30% minyak ikan terdiri daripada omega-3, manakala baki 70% terdiri daripada lemak lain. Apa kebaikan yang minyak ikan berikan pada Mama dan suami, serta apakah ia boleh diambil oleh wanita yang sedang hamil?

Jom kita baca dengan lebih lanjut!

5 Fakta Menarik Tentang Minyak Ikan

#1 Turunkan Lemak Darah (Trigliserida)

Trigliserida adalah salah satu jenis lemak darah, termasuk juga kolesterol. Minyak ikan boleh menurunkan paras trigliserida yang tinggi. Jika Mama mempunyai tahap lemak darah yang tinggi, Mama berisiko untuk mendapat penyakit jantung dan strok.

Dengan pengambilan minyak ikan yang konsisten, ia dapat membantu mengelakkan daripada mendapat penyakit-penyakit tersebut.

#2 Memperbaiki Simptom Kemurungan

Terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan tetapi kajian lama telah menunjukkan bahawa orang yang mengalami kemurungan mempunyai paras darah omega-3 yang lebih rendah.

Walau bagaimanapun, kesimpulannya tidak berapa konsisten setakat ni. Namun, kajian lain juga telah menunjukkan bahawa minyak yang kaya dengan EPA, yang membantu mengurangkan simptom kemurungan lebih daripada DHA.

#3 Boleh Kurangkan Asma

Diet yang tinggi omega-3 merendahkan kadar keradangan, komponen utama dalam asma. Tetapi ia memerlukan lebih banyak kajian untuk menunjukkan jika suplemen minyak ikan meningkatkan fungsi paru-paru atau mengurangkan jumlah ubat yang diperlukan seseorang untuk mengawal keadaan.

#4 Mama Sakit Badan? Boleh Cuba Minyak ikan

Semakin tua, semakin banyak penyakit kita. Antara sakit yang popular adalah rheumatoid arthritis, yang menyebabkan sakit pada sendi.

Ramai orang bergantung pada ubat tetapi suplemen minyak ikan boleh mengurangkan kesakitan sendi dan kekejangan badan. Suplemen omega-3 juga boleh bantu meningkatkan keberkesanan ubat anti-radang.

#5 Kulit Mama Mesti Sihat dan Glowing

Sering dikaitkan dengan kesihatan kulit, suplemen minyak ikan juga boleh membantu Mama mendapatkan kulit yang glowing! Ia juga mungkin bermanfaat dalam beberapa penyakit kulit, termasuk psoriasis dan dermatitis. Kulit Mama boleh rosak jika terlalu terdedah pada matahari dan juga akibat penuaan.

Bagi ibu-ibu hamil, jangan risau. Mama juga boleh mengambil suplemen minyak ikan ini.

Suplemen minyak ikan mengandungi kedua-dua EPA dan DHA, dan minyak DHA sahaja yang berasal dari alga. Ia adalah cara yang baik dan selamat untuk tambahkan merkuri dalam diet wanita hamil.

Namum, adalah lebih baik untuk Mama mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu kerana setiap kehamilan adalah berbeza.

Selain daripada hanya bergantung pada makanan harian kita yang mungkin kurang berkhasiat dan nutrisi terbaik, tubuh badan kita juga memerlukan beberapa suplemen tambahan untuk berfungsi secara menyeluruh seperti minyak ikan daripada Naturalle ini.

Cubalah Naturalle Tini Fish Oil Hari Ini!

Suplemen Naturalle Tini Fish Oil mempunyai pelbagai kebaikan untuk Mama dan semestinya ibu mengandung!

Antara kebaikan Naturalle Tini Fish Oil yang berasal dari Norway ini adalah, setiap softgel capsule Naturalle melalui proses penyulingan molekul yang dipatenkan menghasilkan Omega-3 bebas daripada PCB (Polychlorinated Biphenyl’s), logam berat dan bahan pencemar lain.

Yang paling penting, ia disahkan halal oleh JAKIM. Jika Mama mencari makanan tambahan yang dijamin selamat, cubalah harini!

Untuk pengetahuan Mama juga, Naturalle Tini Fish Oil 500mg terdiri daripada 36% EPA & 24% DHA (180mg EPA, 120mg DHA). Ia mempunyai kekuatan yang sama seperti Naturalle Fish Oil 1000 mg tetapi dalam kapsul yang lebih kecil.

Dengan hanya 3 kapsul sehari je sudah cukup untuk melengkapi pengambilan omega-3 harian Mama.

Naturalle Tini Fish Oil sangat mudah untuk ditelan, ditambah pula dengan compliance yang telah dipertingkatkan.

Tunggu apa lagi Mama? Dapatkan Naturalle Tini Fish Oil di farmasi berdekatan atau Mama boleh beli secara online hari ini.


Dapat lebih banyak informasi tentang kesihatan Mama sekeluarga di SINI!