KelabMama

Fakta & Info Menarik Mengenai Susu Bersempena Hari Susu Sedunia

sambutan hari susu sedunia

Sempena Hari Susu Sedunia yang jatuh pada 1 Jun, Mama Siti berasa terpanggil untuk berkongsikan kepada Mama dan Papa manfaat minuman itu kepada tubuh seseorang, kepentingan pengambilan susu dan sejarah bagaimana Hari Susu Sedunia boleh diwartakan.

Entry kali ini lebih memberikan pendedahan detail tentang minuman susu bagi meraikan sambutan hari bersejarah ini. Menarikkan apabila susu satu-satunya juadah yang ada hari sambutan tersendiri!

Inilah bukti bahawa susu adalah hidangan penting dalam kehidupan. Jom lihat beberapa fakta menarik tentang susu:

#Fakta Menarik Tentang Susu

#Kebaikkan Susu Pada Tubuh

Nutrisi yang terkandung dalam susu adalah vitamin A, B, C, D, E, dan K. Bagi sumber mineral pula, susu mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, potassium, zink dan zat besi. Bayangkan dengan satu juadah ini sahaja, banyak dah khasiat yang kita boleh perolehkan?

Memetik laporan Berita Harian, Pakar Pemakanan di UiTM Private Specialist Centre, Nadhirah Mohd Khid berkata, kesemua mikronutrisi ini tidak terdapat dalam makanan lain yang mana ia mempunyai banyak kelebihan tersendiri antaranya termasuklah untuk ketahanan tulang serta gigi.

Kata beliau, pengambilan susu membantu mengawal tekanan darah, mencantikkan rambut, kulit, imunisasi badan, proses penghadaman dan tumbesaran.

Haa, banyakkan nutrisi penting dalam segelas susu! Tak akan Mama dan Papa masih nak abaikan amalan minum susu setiap hari di rumah. Apabila ia dijadikan rutin, barulah anak-anak juga ikut sama untuk minum susu setiap hari.

#Tips Melatih Diri Minum Susu

Mama Siti percaya ada antara mereka yang tak gemarkan susu apatah lagi menjadikan ia sebagai minuman harian. Ayuh lihat antara tips Mama Siti kongsikan supaya anda dapat nikmati khasiat dalam minuman ini:

  1. Amalkan dengan minum secara sedikit demi sedikit setiap hari. It’s okay kalau anda baru nak cuba-cuba minum dengan ambil satu ke dua sudu setiap hari. Lama-lama nanti mesti anda dah boleh minum dalam kuantiti yang banyak.
  2. Ambil susu berperisa. Jangan terus cuba minum susu segar, sebaiknya cuba minum susu berperisa yang anda boleh terima contoh susu strawberi, susu coklat dan macam-macam lagi di pasaran. Tapi awas kandungan gula ya. Cari yang rendah gula.
  3. Bagi yang ingin minum susu bancuhan sendiri, boleh campurkan malt coklat sebagai penambah perisa.
  4. Bagaimanapun, jika anda tetap sukar terima minuman ini, cubalah kreatifkan diri dengan mencipta juadah makanan yang ditambah bancuhan susu contohnya kuih-muih atau kek.
  5. Salah satu cara untuk anda tetap mendapat khasiat daripada susu meskipun tanpa meminumnya adalah dengan mengambil makanan berasaskan produk tenusu seperti soya, cheese, yogurt dan sebagainya.

#Sambutan Hari Susu Sedunia

Hari Susu Sedunia yang diisytiharkan pada setiap 1 Jun telah digazetkan oleh Food And Agriculture Organization Of The United Nations (FAO) sebagai Hari Susu Sedunia.

Sambutan ini dilaksanakan pada tahun 2001 bertujuan meningkatkan kesedaran tentang aktiviti berkaitan dengan industri tenusu selain menterjemahkan pentingnya susu sebagai makanan berkhasiat untuk global.

Untuk info, masih ramai rakyat Malaysia yang kurang menyedari kepentingan pengambilan susu setiap hari.

Ini terbukti hasil survey oleh Tinjauan Pemakanan Asia Tenggara II (SEANUTS II) di Semenanjung Malaysia yang ditauliahkan oleh Friesland Campina dan dikendalikan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2022 mendapati, satu daripada empat kanak-kanak mengambil kurang daripada 100ml tenusu, kurang daripada lima kali seminggu.

Jadi jangan berlengah lagi Mama dan Papa! Ayuh didik seluruh ahli keluarga anda untuk jadikan susu sebagai minuman harian bermula hari ini. Ayuh kita sama-sama semarakkan Hari Susu Sedunia!


Pelbagai info menarik dan tips pemakanan dan nutrisi di SINI.