KelabMama

Setiap Kali Rasa Down, Ini Doa Mama Siti Amalkan Sepanjang Kehamilan

Doa adalah senjata orang mukmin. Mama Siti percaya, ramai antara kita umat Islam, mempunyai doa favourite sepanjang kehamilan yang tak pernah lepas di bibir.

Dalam susah, sedih atau gementar, kebanyakkan kita sentiasa mempunyai doa khusus yang sentiasa diamalkan bagi membendung semua perasaan tadi.

Sebagai orang Islam, jangan pernah kita memandang rendah dengan kuasa doa. Sekiranya apa yang kita minta itu adalah baik dan sesuai dengan kemampuan kita, pasti Allah akan kabulkan.

Dalam sebuah hadis Riwayat At-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Tiada yang boleh menolak qada’ Allah kecuali doa dan tiada yang boleh menambah umur kecuali dengan berbuat amal kebajikan.”

Sementara itu, memetik sebuah hadis Riwayat Muslim pula, diceritakan bahawa telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata: “Wahai Rasulullah, ketika aku sedang tidur, ada seekor kala jengking datang menyengatku.”

Maka Nabi SAW bersabda yang bermaksud “Jika kamu membaca ketika waktu petang (malam) itu ‘Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta’ nescaya tidak akan berlaku perkara memudaratkan kamu.”

Bagi Mama yang sedang hamil atau telah mempunyai anak, Mama Siti berasa terpanggil untuk kongsikan beberapa doa yang sangat ajaib untuk diamalkan. Jom kita ketahui apakah doa yang sangat dekat untuk seorang ibu, dan doa yang sangat disyorkan untuk diamalkan sepanjang kehamilan.

3 Doa Yang Boleh Diamalkan Sepanjang Kehamilan

1. Doa Nabi Zakaria

Mama Siti terjumpa doa ni ketika membaca kisah Nabi Zakaria yang sangat menginginkan zuriat, lalu baginda amalkan doa ini.

رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ ٱلدُّعَآءِ

Maksudnya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar doa permohonan. (Surah Ali-Imran: 38)

Inilah doa yang tak pernah Mama Siti berhenti baca walaupun sehari selama sembilan bulan. Tak kira sama ada dalam solat, lepas solat, sambi driving, sambal masak, setiap masa Mama Siti baca.

Dan Mama Siti perasan setiap kali diuji pelbagai kejadian masa hamil, lepas amalkan bacaan doa ini sebanyak mungkin, Alhamdulillah, ia sangat berkesan.

Rasa macam Allah mudahkan semuanya, Allah beri jawapan atas setiap kesulitan dan kebimbangan kita. Macam contoh awal pregnant, doktor tak jamin baby menjadi atau tak sebab heartbeat tiada even dah masuk tujuh minggu. Memang down tapi Mama Siti terus baca doa ini sambil niat baby sihat dan selamat.

Kemudian selang dua minggu macam tu, Mama Siti kena refer hospital sebab spotting which is Mama Siti ingat janin memang dah tak menjadi dan tu tanda-tanda nak ‘jatuh’, rupanya Alhamdulillah, masa tu dah sembila minggu dan Mama SIti tengok janin tu dah ada beating!

Sehingga ke hari ini pun, Mama Siti terus bacakan doa ini tak kira sama ada tengah breastfeed baby, tidurkan dia, semuanya Mama Siti buat dengan harapan si kecil ini akan terus membesar dengan sihat, bijaksana dan menjadi insan berguna.

Mama Siti cuba untuk kongsikan tips ini dan harapnya, semua mommies juga dapat manfaat yang sama. Tak salah jika mencuba kerana ini juga antara usaha kita sebagai ibu untuk memberikan yang terbaik kepada anak kita.

Harus ingat, doa ibu itu tiada hijab. Jadi sama-samalah kita gunakan peluang ini. Semoga urusan semua ibu-ibu dipermudahkan dan yang paling penting, jangan mudah tertekan dalam fasa menguruskan anak-anak kerana kita semua adalah ibu dan wanita yang kuat!

2. Surah Al-Fatihah

Jangan pandang rendah dengan kelebihan surah yang satu ni. Meskipun ringkas, namun surah Al-Fatihah antara surah yang sangat powerful untuk diamalkan.

Malah, sepanjang kehamilan sehingga kini, Mama Siti akan mengamalkan bacaan surah ini setiap kali selesai solat.

Sewaktu kehamilan, Mama Siti akan selalu baca Al-Fatihah sambuil mengusap perut kerana percaya dengan kelebihan surah ini.

Rasulallah SAW bersabda, “Aku ingin memberitahu kamu satu surah yang paling afdal dalam al-Quran. Surah itu adalah surah al-Hamd (al-Fatihah) yang mempunyai tujuh ayat. Ayat-ayat ini adalah Saba’ Mathani dan dan mewakili seluruh al-Quran yang agung.”

Jadi, kalau Mama memohon keselamatan dan kesihatan  janin yang dikandung, tidak kira pada waktu bila pun, anda boleh membaca Al-Fatihah di mana-mana sahaja.

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العلمين . الرحمن الرحيم . ملك يوم الدين . إياك نعبد وإياك نستعين . أهدنا الصراط المستقيم . صراط الذين أنعمت عليهم . غير المغضوب عليهم ولا الضالين

Maksudnya:

  1. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
  2. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam
  3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
  4. Yang menguasai di Hari Pembalasan
  5. Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan
  6. Tunjukilah kami jalan yang lurus
  7. (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat

3. Ayat Kursi

Ayat kursi merupakan ayat ke-255 dalam surah Al Baqarah yang sangat dianjurkan untuk dibaca oleh setiap umat Islam. Surah ini berisi puji-pujian tentang betapa agungnya Sang Pencipta.

Mama Siti sering jadikan ayat Kursi ini sebagai amalan setiap kali sebelum tidur sambil mengusap perut.

Malah, ia juga dianggap penghulu segala ayat dalam al-Quran. Kebaikannya turut dianyatakan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bermaksud : “Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardhu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati.”

ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْحَىُّ ٱلْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُۥ سِنَةٌۭ وَلَا نَوْمٌۭ ۚ لَّهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشْفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذْنِهِۦ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىْءٍۢ مِّنْ عِلْمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ ۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ ٱلْعَلِىُّ ٱلْعَظِيمُ (٢٥٥)

Maksudnya: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaan-Nya), lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya).

Kalau diikutkan, banyak lagi surah atau doa sesuai untuk diamalkan oleh para ibu yang hamil. Namun, kebiasaannya tiga doa sepanjang kehamilan ni je yang Mama Siti selalu amalkan tak kira masa.

Ketika driving, sebelum tidur, lepas solat, ketika masak, dan sebagainya.

Mama pun boleh baca apa-apa doa sesuai yang mudah untuk Mama amalkan. Selain itu, keraplah membaca al-Quran dan setiasa berdoa kepada Allah agar dipermudahkan perjalanan kehamilan Mama.

Ingat, doa senjata orang mukmin. Dan doa yang paling berkat tidak ditolak semestinya doa oleh seorang ibu kepada anaknya. Maka, gunakanlah peluang ini untuk sentiasa mendoakan anak-anak kita.


Untuk ketahui pelbagai info dan tips tentang kehamilan, Mama boleh klik di SINI tau!