KelabMama

Disangka Badan Berangin Tapi Rupanya Ada 2 Ketulan Cyst Dalam Perut

Ada kala kehadirannya kita tak rasa. Seperti kisah wanita ini, dia menyangka punca badannya sakit-sakit adalah disebabkan angin tapi bila diurut oleh tukang urut, dia terkejut bila diberitahu bahawa ada ketulan dibahagian perutnya.

Tak pernah rasa sakit

Ramai sangat wasap masuk, pm masuk tanya kenapa kak eyza admit?? Kenapa kak eyza operate?? Sampai tak terbalas wasap..

Ok ni la hampa sejenis cyst besaq kan??
Kak eyza tak pernah rasa sakit pun sebelum ni
Period mai mcm biasa xpenah sengugut
Pernah scan bulan 12..2018 tapi tak ada lagi benda alah ni. Tak tau kot tak nampak lagi ka macam mana kan..

Ingat angin

Tapi mnggu lepas kak eyza rasa mcm sakit badan ingat angin,smpai nk pitam..amik tukang urut..akak tu urut dia kata ada ketui teruih suh kak eyza scan..dia tak berani nak tungku..

Malam tu jgk kak eyza scan..betui ada ketui(dua pulak tu)
minggu lepas scan 5.7cm dan 2.8cm
minggu ni mendadak naik 9.7cm dan 5.7cm

Akhirnya jumpa pakar kmc..Teruih kena operate
secepat mungkin..sb cyst yg besaq tu macam ada sesuatu siap ada rambut..

Doc bagitau benda ni ada dekat semua perempuan cuma active dengan dak ja
salah satu punca sebab kak eyza suka sangat makan fast food, mcd kfc, seafood, soya..makan dlm tin..

Lagi teruk dari sakit beranak

Besaq tau operate macam beranak malah..kali ni lagi teruk dari beranak sakit tuhan ja yg tau…
Harini pun kak eyza dok sakit sakit bangun ja nak pitam..dengan angin serang dlm perut

sakit…

dan sekarang kak eyza tengah berpantang macam orang beranak…
doakn kak eyza mana tau lepas buang ni
boleh pregnant lagi..

Allah sebaik2 perancang..
doakan kak eyza cepat sembuh..

Ingat jgn mkn ayam banyak sangat sebab ayam cucuk, jangan makan fastfood sangat…tauhu pun cepat activekan dia…soya pun jgn…

Boleh share dengan kak eyza tak apa lagi kena pantang??

Selain dari berkongsi pengalamannya, beliau turut berkongsi jenis makanan yang boleh aktifkan cyst, tanda-tanda cyst dan bagaimana cyst terjadi. Semoga bermanfaat untuk mama semua!

MAKANAN YANG AKTIFKAN CYST

Elakkan :

#1 Soya dan evening primrose.
Soya dan evening primrose mengandungi phyto estrogen. Phyto ni bermaksud tumbuhan manakala phyto estrogen bermaksud tumbuhan yang mempunyai fungsi seakan akan estrogen.
So, bila kita makan benda ni maka paras estrogen dalam badan kita akan tinggi dan mengalakkan pembesaran cyst. Doc ade bagitahu saya yang sume wanita ade cyst cuma kecil atau besar, boleh hilang tak boleh hilang.

Evening primrose oil

**info yang baru saya tahu: minum soya sewaktu mengandung bukan boleh mencantikkan kulit anak tetapi mendedahkan risiko untuk anak tu mendapat kanser. Then, mengikut kajian keatas pesakit kanser payudara plak, ramai antara mereka menggunakan evening primrose ni.

#2 Ayam
Ayam kan disuntik hormon untuk mempercepatkan kadar pembesaran dia. Kebiasaannya ayam disuntik hormon estrogen. Tapi ayam kampung boleh makan kot.

#3 Ikan keli yang dibela.
Kena tangkap ikan keli dalam sawah la pasni kalau dah mengidam sangat.

#4 KAWAL PEMAKANAN
Kolestrol juga adelah penyebab kenaikan hormone estrogen. Kolestrol adalah precursor kepada estrogen.

NOTA TAMBAHAN
Pemakanan bg Wanita pengidap Endometriosis/Adenomyosis/Fibroid/Cyst/PCOS

Disini saya kongsikan bersama jenis makanan yg amat sesuai & yg harus di elakan bagi wanita yg punyai masalah seperti di atas atau pun yg pernah menjalani pembedahan tetapi ia nya berulang kembali.

Makanan yg di galakkan

> Ikan laut seperti bawal emas, kembong & selar
> Sayuran jenis kekacang – kacang panjang, buncis, sweet pea dll.
> Kekacang – badam, kacang tanah, black bean, kacang merah dll.
> Sayuran – kobis, brocoli, bayam, dan ulam-ulaman pegaga, pucuk ubi dll
> Buah-buahan – Nenas & betik
> Ubi kayu
> Sup miso ( sejenis pes yg di buat dari kacang soya yg di peram dicampur kedlm
sup utk di jadikan miso sup)
> Teh hijau

Makanan yg harus di elakkan

> Daging merah (kambing & lembu)
> Ayam ( Boleh di ambil dlm kuantiti yg sedikit)
> Produk tenusu seperti keju
> Ikan haruan
> Gamat
> Bahan perisa – pes segera & kiub2 perisa seperti stok ayam, stok bilis dll.
> Makanan manis – kuit muih manis & pencuci mulut
> Minuman berkarbonat ( krn tinggi kandungan gula)
> Makanan segera – burger, sosej, nugget, mee segera dll
> Makanan ringan – cip kentang, jajan dll.
> Makanan berlemak/ berminyak

FIBROID DAN CYST

RAHIM ADALAH EMAS BAGI WANITA♛

TANDA – TANDA FIBROID DAN CYST DALAM RAHIM YANG BERMASALAH

 Gangguan Haid
 Keputihan
 Masalah ketidaksuburan
 Kemandulan di kalangan wanita
 Hubungan suami isteri yang dingin atau sakit ketika bersama
 Perut kembang
 Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)
 Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
 Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat
 Kerap letih dan lesu
 Sakit lutut dan tumit
 Kesejukkan kaki dan tanggan
 Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung)
 Kerap keguguran
 Ketumbuhan fibro dan cyst

BAGAIMANA KETUMBUHAN FIBROID DAN CYST TERJADI?

1. Punca penyakit ini bermula pada ganguan haid dan sengugut
2. Satu kajian yang menunjukan bahawa lebih kurang 50% daripadanya wanita
3. Ia sering berlaku dikalangan wanita yang tidak berkahwin dan yang pernah beranak.

ADAKAH IA BOLEH DIRAWAT?

Seperti yang ditulis oleh Dr Hamid Arshar dalam tulisan beliau tidak ada rawatan yang menggunakan ubat hospital yang boleh mengecutkan ketumbuhan fibroid TETAPI ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau dedaun yang mungkin mempunyai kesan, khusus terhadap rahim boleh mengecutkan ketumbuhan pada fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mengecutkan ketumbuhan fibroid.

Kebanyakan yang kita dengar ramai wanita Malaysia yang menghadapi ketumbuahan fibroid, rata-ratanya akan mengambil jalan mudah dengan menjalani proces pembedahan. Tapi masih juga ketumbuah itu akan tumbuh selepas beberapa bulan atau tahun itu pun bergantung pada aktifnya fibroid mereka

Sumber : Eyza Zakiey

BACA JUGA INGATKAN MENGANDUNG TAPI SEBENARNYA ADA CYST!

Pesan Mama Siti

Hati-hati ye mama. Kadang-kadang kita tak sedar pun kehadirannya dalam tubuh badan kita sehinggalah kita mula rasa tak sedap badan dan sebagainya. Yang penting jaga makan dan amalkan pemakanan yang sihat. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk mama semua.