KelabMama

Ketahui Punca & Rawat Cirit-birit Ketika Hamil Dengan Cara Yang Betul

Bagi Mama yang sedang menantikan kelahiran si manja, pernah tak berlaku cirit-birit ketika hamil? Adakah ini perkara biasa atau ianya suatu simptom yang perlu dibimbangkan?

Mama Siti yakin, sekiranya cirit-birit atau dipanggil sebagai diarrhoea ini berlaku ketika bukan tempoh kehamilan, pastinya ia bukan suatu perkara yang meresahkan Mama.

Namun, kerana terjadi saat berbadan dua, segala perkara asing begini mesti merisaukan Mama tatkala mengenangkan adakah kandungan okay? Baby selesa ke? Dan macam-macam lagi.

Lazimnya, cirit-birit selalu berlaku semasa hamil disebabkan oleh beberapa faktor yang mana kebiasaanya orang lama turut mengaitkan sebagai tanda penghujung kehamilan dan seseorang wanita itu sudah hampir bersalin. Namun, bagaimana pula cirit-birit yang berlaku ketika awal dan pertengahan kehamilan?

Menurut MyHealth, sesebuah tanda cirit-birit itu perlu diberikan perhatian serius iaitu:

Punca Cirit-birit Ketika Hamil

Berikut adalah antara punca dan cara untuk merawat cirit-birit semasa hamil.

1. Perubahan Hormon

Perubahan hormon semasa kehamilan boleh menyebabkan sistem pencernaan Mama menjadi lebih sensitif.

Ini berlaku kerana hormon progesteron yang terhasil semasa hamil boleh mempengaruhi pergerakan otot-otot usus.

Akibatnya, makanan bergerak terlalu cepat melalui sistem pencernaan dan kemudiannya menyebabkan Mama mengalami cirit-birit semasa mengandung.

2. Makan Makanan Yang Tercemar atau Tidak Masak

Makanan yang tidak dimasak (mentah) atau telah tercemar juga boleh menyebabkan cirit-birit semasa hamil.

Mama yang sedang mengandung harus elakkan daripada makan makanan yang tidak dimasak dan tercemar seperti sushi mentah, keju mentah, daging mentah atau telur separuh masak sekalipun.

Selain itu makanan laut yang belum dimasak sepenuhnya seperti tiram mentah dan seumpamanya perlulah dielakkan.

3. Kurang Air Antara Punca Cirit-birit Semasa Hamil

Kebanyakan wanita hamil mengetahui kepentingan minum air yang mencukupi, tetapi ada juga yang melupakan amalan ini.

Kekurangan air boleh menyebabkan sistem pencernaan Mama tidak dapat berfungsi dengan baik, dan akan menyebabkan cirit-birit.

4. Perubahan Pengambilan Makanan

Demi memastikan bayi dalam kandungan mendapat nutrien dan zat secara optima, Mama adakalanya terpaksa merubah pengambilan makanan.

Perubahan yang mendadak ini akan menyebabkan perubahan pergerakan usus yang sekaligus menyebabkan cirit-birit semasa hamil.

5. Intoleransi Laktosa Punca Cirit-birit Ketika Mengandung

Semasa hamil, kebanyakan Mama akan mengambil susu dalam menu harian mereka untuk kesihatan diri dan kandungan mereka.

Namun, jika Mama mengambil produk tenusu seperti susu, keju dan lain-lain secara berlebihan mungkin boleh mengganggu sistem pencernaan Mommy.

Cara Merawat Cirit-birit Ketika Hamil

Adalah sangat bahaya cirit-birit ketika hamil. Oleh itu, penting untuk Mama rawat cirit-birit semasa hamil ini kerana khuatir sekiranya mendatangkan bahaya kepada kandungan Mama.

Berikut adalah beberapa cara hilangkan cirit-birit ketika hamil iaitu:

1. Meningkatkan Pengambilan Air

Semasa cirit-birit badan akan kehilangan air yang banyak. Oleh itu, adalah penting untuk meningkatkan pengambilan air bagi menggantikan air yang hilang.

Pastikan Mama minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari untuk memastikan badan sentiasa terhidrat walaupun dalam keadaan cirit-birit.

2. Makan Makanan Yang Mudah Dicerna

Makanan yang terlalu berlemak atau sukar dicerna boleh memburukkan keadaan hingga menyebabkan Mama mudah cirit-birit.

Oleh itu, cubalah makan makanan yang mudah dicerna seperti nasi, ikan rebus, sayuran kukus dan buah-buahan segar.

Elakkan makanan pedas atau berminyak yang boleh mengganggu sistem pencernaan dan memburukkan lagi cirit-birit semasa mengandung.

3. Ambil Makanan Tambahan Probiotik

Makanan tambahan yang mengandungi probiotik seperti yogurt hidup boleh membantu mengembalikan keseimbangan bakteria baik dalam sistem pencernaan Mama.

Probiotik ialah mikroorganisma yang halus dan juga bakteria baik yang hidup dalam saluran gastrointestinal.

Ianya berfungsi untuk menghasilkan persekitaran usus yang sihat. Tetapi harus diingat, Mama perlu memilih suplemen yang selamat untuk wanita hamil.

4. Beri Masa dan Rehat Yang Cukup

Cirit-birit ketika mengandung selalunya akan hilang dalam beberapa hari sahaja. Oleh itu, bersabarlah dan dapatkan rehat yang cukup supaya badan dapat pulih dengan cepat.

Cirit-birit semasa hamil akan menyebabkan badan rasa letih. Jangan terlalu aktif atau stress kerana ini akan memburukkan lagi kesihatan Mama.

Pastikan Mama minum air banyak dan sekiranya bertambah buruk terus ke hospital untuk dapatkan rawatan.

5. Berjumpa dengan Doktor

Walaupun Mama telah melakukan banyak cara untuk mengurangkan cirit-birit semasa mengandung namun, masih juga tidak sembuh atau menjadi semakin teruk seperti demam atau sukar bernafas, segeralah berjumpa dengan doktor.

Doktor akan memberikan nasihat dan rawatan yang sesuai untuk Mama dan bayi.

6. Elak kafein, produk tenusu, makanan berlemak tinggi

Bila perut masih kurang sihat, Mama perlu elak ambil kafein, produk tenusu dan makanan berlemak tinggi supaya perut mudah hadam makanan dan mengurangkan cirit-birit. Difahamkan, ibu hamil tak boleh makan ubat bila berlaku cirit-birit kerana bahaya untuk bayi dalam kandungan. Disebabkan tu, Mama harus elak makanan yang boleh buat perut sakit.

7. Tukar Ubat

Sekiranya, ibu mengandung cirit-birit disebabkan oleh ubat-ubatan yang diambil untuk kandungan Mama berbincanglah dengan doktor untuk menukar ubat tersebut.

Ini bermakna ubat tersebut tidak sesuai Mama.

Cirit-birit ini bukanlah satu perkara yang merisaukan tetapi Mommy harus awasi sebarang simptom berbahaya yang mungkin berlaku.

Namun, dapatkan rawatan sekiranya Mommy risau dengan diri dan kandungan Mommy. Tidak semua wanita hamil akan mengalami cirit-birit ini.

Setiap orang berbeza pengalaman mengandung mereka.

Khas untuk Mama yang bakal menjadi ibu buat pertama kali, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percume dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!

Apa tunggu lagi jom layari website Motherhood.com.my atau download aplikasi Motherhood.com.my di SINI sekarang!


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Mama boleh dapatkan pelbagai lagi tips dan info kehamilan yang lain di SINI!