KelabMama

10 Tips dan Cara Untuk Kurus Yang Boleh Dicuba Demi Mendapatkan Berat Badan yang Diimpikan

Perempuan mempunyai pelbagai rupa paras yang berbeza. Maka tidak salah untuk perempuan berazam untuk mengurangkan berat badan kan? Tidak terlalu lewat untuk memulakan perjalanan kurus anda. Kenapa nak kurus? Sebab cantik je ke?

Kita ada banyak sebab untuk kurus. Ini termasuklah untuk kesihatan luaran dan dalaman kita. Kurus bukan bermakna cantik sahaja tetapi lagi sihat dan organ-organ pun berfungsi dengan bagus.

Seharusnya kita perlu komited untuk mengubah pemakanan kita dan rutin harian kita untuk mencapai matlamat kita dengan jangka masa yang panjang supaya berat badan tidak kembali ke asal.

Jangan risau! Sebelum terlewat, Mama Siti nak kongsikan cara-cara untuk kurus dengan sihat dan kekal sihat sepanjang masa.

Tips dan Cara Untuk Kurus

Peringatan untuk anda diluar sana untuk merujuk pakar jika anda mempunyai penyakit kronik dan membahayakan. Cara ini mungkin tidak bersesuaian jika anda mempunyai penyakit yang lebih serius dan memerlukan pemantauan doktor.

#1 Mengira BMI

Sumber: Mysumber

BMI ataupun Body Mass Index bermaksud nilai yang diperoleh daripada jisim dan ketinggian seseorang. Apabila kita nak mulakan perjalanan untuk mengurangkan berat badan, kita perlu kira BMI kita dan lihat berapa banyak yang kita perlu kurangkan berat badan untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Ini adalah supaya kita ada matlamat yang jelas untuk dicapai.

BMI yang tinggi dapat menunjukkan lemak dalam badan yang tinggi. BMI menyaring kategori berat badan yang boleh menyebabkan masalah kesihatan, tetapi tidak mendiagnosis kegemukan atau kesihatan seseorang. Mama boleh cuba untuk mengira BMI Mama dengan mengikuti panduan di sini.

#2 Saiz Hidangan

Sumber: Twitter

Hidangan yang mencukupi adalah ideal untuk pengurangan berat badan anda. Kadang-kadang kita ambil makanan berlebihan bukan sebab kita lapar sangat, kerana selepas makan nanti kita akan menjadi terlalu kenyang. Setiap hidangan yang disediakan hendaklah berpada-pada dan seimbang.

Mama boleh mengamalkan diet suku-suku separuh untuk pengurangan berat badan yang efektif. Ini adalah kerana, saiz hidangan makanan juga dapat mengurangkan pengambilan kalori.

Ini merupakan salah satu cara untuk kurus terbaik buat semua.

#3 Minum air secukupnya

Sumber: Harvard Health

Mesti ramai dah tahu yang ni kan? Ya, minum air mengikut berapa berat anda perlukan. Terdapat beberapa carta yang Mama boleh rujuk untuk minum air mengikut berat badan anda.

Selain itu, Mama juga boleh lihat cara untuk mengikut jadual minum air dalam sehari. Sebaiknya anda cuba untuk mengikut supaya tidak minum air dalam kadar yang banyak dalam satu masa.

Gantikan air manis dengan air putih untuk pilihan yang lebih sihat.

#4 Bersenam

Sumber: AIA

Kalau kita belajar atau berkerja mesti susah nak cari masa untuk bersenam kan? Bersenam bukan sahaja dapat meningkatkan kecergasan fizikal tetapi ia juga baik untuk kecerdasan minda.

Yang paling penting adalah, bersenam dapat mengawal tekanan darah dan menguatkan jantung. Selain itu, ia dapat memperbaiki keupayaan mengawal paras glukosa dalam darah.

Banyak faedah yang dapat kita capai apabila kita rajin untuk bersenam. Cuba untuk bersenam dalam 2-3 hari dalam seminggu.

#5 Kurangkan fast food

Sumber: Mashed

Seperti yang dinyatakan di atas, musuh utama mereka yang berdiet atau cara untuk kurus adalah fast food yang mempunyai kalori yang tinggi dan lemak. Makanan yang telah diproses sukar untuk dibakar semula. Lebih baik untuk elak daripada menyesal di kemudian hari.

Hendaklah Mama beringat untuk menjaga pemakanan anda dalam jangka masa yang panjang, untuk kesihatan yang lebih lama.

#6 Sarapan pagi

Sumber: The Daily Meal

Sebelum tidur, adalah baik untuk Mama merancang pelan pemakanan anda supaya tidak tergesa-gesa untuk memulakan pagi anda. Sarapan pagi yang berkhasiat yang terdiri daripada protien dan karbohidrat yang sihat seperti oat dan bijiran sarapan. Elakkan daripada memakan karbohidrat seperti nasi ataupun roti kerana kalorinya yang tinggi.

Sarapan yang sihat dapat mengeyangkan diri sepanjang hari dan anda dapat mengawal pengambilan kalori untuk waktu makan yang seterusnya.

#7 Pengambilan gula

Sumber: Kesihatan

Mengawal pengambilan gula ini amat sukar buat kita yang baru berjinak untuk kurus. Oleh sebab itu, mengelak daripada mengambil gula yang diproses seperti kek, coklat dan pastri.

Tukarkan pengambilan gula dengan gula pengganti seperti stevia kerana ia lebih elok untuk diambil mereka yang kencing manis dan dapat mengawal gula secara efektif. Puasa dulu bubble tea ya?

#8 Minum teh hijau

Sumber: News Medical

Terdapat pelbagai kebaikkan teh hijau. Teh hijau mempunyai kadar antioksida yang tinggi seta menolong meningkatkan metabolisme badan. Selain itu, ia dapat meningkatkan pembakaran lemak anda.

Tahukah anda, teh hijau juga mempunyai waktu yang sesuai untuk diminum iaitu diantara selepas sarapan pagi dan sebelum makan tengah hari. Waktu lain yang sesuai adalah sebelum waktu makan dan sebelum tidur.

Ini adalah masa-masa yang paling ideal untuk mengambil teh hijau kerana khasiatnya yang sangat efektif diantara waktu tersebut. Pengambilan yang ideal adalah antara 1-2 gelas dalam sehari.

#9 Intermittent fasting

Sumber: Harvard Health

Intermittent fasting ataupun IF mengalakkan anda supaya hanya makan pada waktu tertentu dan ia memberi pelbagai faedah kepada mereka yang hendak kurus.

Terdapat dua fasa dalam diet IF ini:

Bermula dari pagi, anda hendaklah minum air putih ataupun kopi atau teh kosong. Kemudian, pada jam 12 tengah hari hingga 8 malam, anda akan makan. Fasa ini dipanggil eating window. Pada waktu ini anda hendaklah menjaga pemakanan dan makan secara moderasi.

Selepas jam 8 malam, anda akan mula berpuasa 16 jam dan ulangi untuk hari yang seterusnya. Secara tidak langsung anda juga dapat elakkan daripada makan malam.

Bagi muslim pula, ianya lebih baik untuk berpuasa sunat supaya dapat memanfaatkan lagi puasa anda.

#10 Lebihkan sayur dan buah buahan

Sumber: Harian Metro

Seperti yang kita tahu, sayur dan buah-buahan mempunyai pelbagai vitamin dan khasiat untuk membantu memenuhi keperluan nutrisi penting dalam badan kita.

Tambahan pula, sayuran dan buahan juga baik untuk menjaga sistem penghadaman. Jadi, sebab itu pentingnya untuk makan sayur-sayuran dan buah-buahan!

Sumber: Navbharat Times

Peringatan untuk anda yang baru berjinak-jinak untuk mengurangkan berat badan dan memikirkan cara untuk kurus, tidak kira untuk cantik ataupun untuk kesihatan, anda seharusnya teruskan usaha dan berhati-hati dengan ‘fad diet’ yang akan mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikkan.

Cuba untuk sebulan dahulu, mesti nampak perubahan yang ketara. Teruskan usaha dan selamat maju jaya daripada Mama Siti yang sentiasa menyokong para wanita diluar sana!