KelabMama

Buat Mommies Yang Pregnant, Ada Limit Ke Minum Kopi?

Hari tu hari kopi sedunia. Mama pun tunggu apa lagi, mengopi lah kita pun. Harga kopi semua turun , dapatlah merasa brand mahal sikit. Kalau tak pekena Nescafe saja hehehe….

Tapi buat bakal ibu yang pencinta kopi tegar tu tak elok minum kopi setiap hari. Bila dah mengandung ni, kandungan kena jaga. Yalah, kadar kafein dalam secawan kopi sangat tinggi.

Mama Siti nak ingatkan bukan kopi saja yang ada kafein tau! Makanan lain pun mempunyai kandungan kafein yang tinggi. Sebab tu bila mama hamil, mama disarankan untuk makan buah-buahan, sayuran segar dan juga makanan yang mempunyai sumber vitamin yang tinggi. Doktor kan selalu pesan:

MAMA KENA HADKAN PENGAMBILAN KAFEIN BILA HAMIL!

Sedap memang sedap tapi kalau berlebihan tak boleh juga. Sebab tu lah Mama Siti nak kongsi coretan dari Dr. Muhammad Izzat Bin Abdul Razak berkenaan pengambilan kafein untuk mama yang sedang mengandung ni.

Pengambilan kopi ketika mengandung boleh membuatkan wanita hamil itu muntah dan mual dengan teruk.

Semua ibu mengandung perlu hadkan pengambilan caffeine 200mg setiap hari. Tak boleh lebih-lebih. 200mg SAHAJA, INGAT TU!

Jangan lupa yang caffeine ni bukan setakat ada dalam kopi, caffeine juga ada dalam:

Anggaran kandungan kafein dalam makanan dan minuman

So kalau 200mg caffeine sehari, maka dalam sehari mak buyung sekalian hanya boleh menikmati lebih kurang :

Terdapat beberapa makanan, minuman, dan juga ubat-ubatan yang mengandungi sejumlah besar kafein.

Ni analogi saja, jadi mama kena pandai-pandailah adjust mcm mana nak dapatkan 200mg caffeine setiap hari tu. Info ni khas untuk mereka yang ‘hantu’ kopi tu. Minuman instant (segera) ni biasanya ada kandungan gula yang tinggi jadi jaga-jagalah.

Bayi jadi kecil, kes keguguran meningkat

Pengambilan kafein berlebihan ketika hamil boleh memudaratkan kehamilan. Baby boleh jadi kecil tau dan tingkatkan kes keguguran lebih-lebih lagi pada awal kehamilan.

Wanita hamil dinasihatkan untuk sentiasa waspada dalam pengambilan makanan atau minuman setiap hari supaya kesihatan bayi tak terjejas.

Maka, sukalah saya nasihatkan ibu-ibu mengandung sekalian untuk ELAKKAN AT ALL COST pengambilan kafein pada 12 minggu pertama kehamilan. Lepas 12 minggu kehamilan, hadkan juga pengambilan caffeine sehingga 200mg setiap hari. Note untuk ibu-ibu yang memang tak boleh hidup tanpa minuman berkafein. Sekali sekala terlebih 200mg sehari tu takpe, tapi jangan lah dibiasakan selalu.

Lagi bagus, kalau mama ganti minuman-minuman berkafein ini dengan jus buah ke atau segala minuman yg telah di-nyah caffein (decaffeinated drinks ). Tu lagi baik. Ha jangan lupa, KURANGKAN manis ye. Kopi yang takde gula lagi sedap biasanya.

Sumber: Muhammad Izzat

BACA JUGA MAMA HAMIL DAN KOPI. INI PENJELASAN DOKTOR YANG PATUT MAMA TAHU

Pesan Mama Siti:

Kalau teringin sangat minumlah. Kalau nak suruh mama minum kopi sekali sebulan macam melampau sangat, jadi Mama Siti sarankan ambil dalam 2-3 kali ke. Jangan sampai hari-hari, itu yang boleh memudaratkan kesihatan mama. Yalah, kafein pun tak bagus untuk kesihatan sebenarnya kan?