KelabMama

Biskut Untuk Diet – Senarai Biskut Yang Enak & Berkhasiat untuk Anda!

Sumber: Ceriasihat

Adakah Mama baru mula untuk diet dan mencari makanan ringan yang sihat dan sesuai untuk pengambilan setiap hari? Artikel ini dapat membantu Mama mencari biskut untuk diet yang ideal, berkhasiat serta bertenaga disamping mengamalkan gaya hidup sihat! Pemakanan yang sihat memberi kesan diet yang efektif serta menurunkan berat badan dengan cara yang selamat.

Sebelum itu, peringatan untuk Mama diluar sana yang baru memulakan diet, pilihlah diet yang bersesuaian dan mengambil kalori harian yang mencukupi.

Diet bukan lah bermaksud tidak makan apa-apa dan berlapar, malah diet merupakan cara pemakanan yang kita pilih seperti diet ‘vegetarian’ ataupun ‘pescatarian’. Oleh itu, sesetengah mereka yang ingin memulakan diet, haruslah bermula secara berperingkat agar badan tidak ‘terkejut’ lalu membuatkan anda cepat berputus asa.

Kalau sedang berdiet pun, Mama masih boleh memakan snek, tetapi bukan snek yang sihat ya Mama. Mama boleh tukarkan snek yang tidka sihat untuk dengan memakan biskut untuk diet seperti yang akan dikongsikan Mama Siti dibawah.

Terdapat beberapa jenis biskut untuk diet yang boleh diambil disamping memberikan tenaga dan menjaga pengambilan kalori anda.

Mari lihat senarai biskut yang rendah kalori serta bersesuaian dengan anda yang mahu memulakan perjalanan pemakanan sihat.

#1 Jacob’s Weetameal Wheat Cracker

Sumber: Lamboplace

Jenama biskut terkenal di Malaysia semestinya Jacob’s yang mempunyai pelbagai nutrisi, khasiat serta vitamin seperti A, B1, B2, B3, B6, kalsium, zat besi dan iodin. Jacob’s Weetameal menjadi kegemaran orang ramai kerana kalori yang rendah iaitu 140 kal pada setiap hidangan yang bersamaan dengan 6 keping biskut.

Ia juga mempunyai 75% bijirin gandum yang mengekalkan rasa enak dan mengenyangkan sepanjang hari! Weetameal adalah biskut yang sesuai untuk dicicah bersama teh kosong dan jugak kopi o kerana rasa kemanisannya yang cukup dan tidak membuatkan anda rasa terlalu kenyang pada setiap pengambilan.

#2 Munchy’s Crackers Plus High Fibre

Sumber: Tesco

Selain daripada Weetameal, anda juga boleh melihat produk terbaharu daripada Munchy’s, iaitu High Fibre Whole Grain Crackers yang mengandungi 91% bijirin gandum yang dapat mengurangkan risiko jantung. Tambahan pula, biskut untuk diet ini mengandungi 10 nutrien yang berkhasiat termasuk vitamin B dan C dan mineral Selenium dan Zink, yang boleh membantu menyokong sistem imun badan dari segi pertahanan.

Adalah sangat penting bagi Mama yang diet untuk memastikan memakan biji-bijian yang dikaitkan dengan memberi pelbagai faedah, termasuk risiko diabetes, penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi yang lebih rendah.

#3 McVitie’s Digestives

Sumber: Tesco

Mcvitie’s merupakan salah satu jenama biskut untuk diet yang terkenal dan antara biskut digestif yang sudah lama berada di pasaran.

Biskut ini mengandungi pelbagai khasiat yang sesuai untuk mereka yang sedang diet. Biskut digestif ini mampu melegakan pedih ulu hati ataupun sakit perut serta melawaskan sistem pencernaan.

Kandungan gandum yang tinggi menjadikan pencernaan sumber serat yang baik yang membantu sistem pencernaan agar lebih sihat. Setiap hidangan mempunyai 71 kal. Mama hendaklah mengambil biskut ini secara moderasi untuk kesan diet yang lebih berkesan kerana kandungan gulanya agak tinggi berbanding biskut untuk diet yang lain.

#4 Signature Market Crispy Oat Cookies with Black Sesame Sprinkles

Sumber: Shopee

Bagi Mama yang ingin mencuba produk jenama lokal yang kaya dengan vitamin dan khasiat, anda boleh mencuba Signature Market’s Crispy Oat Cookies with Black Sesame Sprinkles. Signature Market adalah jenama tempatan yang menggunakan bahan semula jadi dan organik di dalam produk mereka.

Crispy Oat Cookies with Black Sesame Sprinkles kaya dengan serat oat untuk membuatkan anda rasa kenyang lebih lama dan seterusnya ia sesuai untuk dijadikan makanan ringan. Biskut ini adalah antara biskut untuk diet yang dapat membantu anda menambah pengambilan serat, zat besi, magnesium dan zink harian yang disyorkan. Crispy Oat Cookies with Black Sesame Sprinkles ini dibungkus dalam pek individu untuk kemudahan snek anda supaya senang dibawa di mana sahaja.

#5 Grand Mii Seaweed Crackers

Sumber: Shopee

Buat penggemar makanan savori pula, anda boleh mencuba biskut yang rendah kalori seperti Grand Mii Seaweed Crackers ini. Biskut ini hanya mempunyai 60 kalori dalam setiap hidangan. Ia mempunyai khasiat yang tinggi dan kaya dengan sumber serat makanan dan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

Beras perang sebagai salah satu bahannya juga mengandungi kadar magnesium yang tinggi, yang dapat membantu mengurangkan anda berisiko mendapat penyakit jantung dan strok. Ia juga kurang garam dan tiada perisa tambahan. Selain beras perang, ia mengadungi rumpai laut yang kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, E, K, kalsium, potasium dan zat besi. Rumpai laut dapat membantu dalam pengurangan berat badan, penyakit kencing manis, dan baik untuk kesihatan perut.

#6 Munchy’s Oat Krunch

Sumber: Myhomefreshstore

Seperti biskut lain yang mengandungi oat, Mama juga boleh mencuba Munchy’s Oat Krunch with Dark Chocolate. Dark Chocolate atauapun coklat gelap mempunyai pelbagai khasiat seperti tinggi kandungan antioksida, dan dapat mencegah sakit jantung.

Selain itu, ia juga dapat meningkatkan prestasi otak dan membantu melindungi kulit. Yang penting, ia dapat memuaskan rasa mengidam untuk makan coklat. Mama yang diet tidak perlu risau kerana ia juga bebas lemak dan tiada bahan pengawet. Dalam setiap pek ia mempunyai 120kal.

#7 Mimo Keto Cookies – Biskut Untuk Diet Keto

Sumber: Shopee

Bagi Mama yang sedang menjalani diet keto, anda boleh lihat produk jenama tempatan buatan sendiri iaitu Mimo Keto Cookies. Cookies ini tidak mengandungi gula dan mempunyai 16kal pada setiap biskut. Tepung yang digunakan juga adalah tepung badam yang kurang kalori, rendah karbohidrat, dan penuh dengan nutrien penting untuk badan.

Tepung badam yang digunakan bagi menghasilkan biskut ini juga mengandungi jumlah magnesium yang sangat tinggi – mineral yang memainkan beratus-ratus peranan dalam badan anda, termasuk mengawal gula di dalam darah.

Sumber: Istock

Kandungan nutrien adalah amat penting untuk kesihatan luaran dan dalaman kita. Oleh sebab itu, anda hendaklah berjumpa dengan pakar diet untuk mendapatkan maklumat yang sahih, dan tips berguna untuk menjalani diet yang efektif.

Ini adalah sebahagian daripada pelbagai jenis biskut diluar sana yang bersesuaian dengan diet anda.

Peringatan untuk mereka yang diet diluar sana yang setiap diet memerlukan pelbagai jenis khasiat yang berlainan. Anda boleh memilih biskut-biskut yang bersesuaian dengan jenis diet yang telah anda pilih. Selepas itu, haruslah ingat bahawa perkara yang paling utama sebelum anda menjamah biskut untuk diet ini adalah untuk memakannya pada kadar yang sederhana.

Sebelum itu, Mama haruslah membuat penyelidikan yang meluas terlebih dahulu. Pastikan anda mengambil diet yang seimbang dan penuh nutrisi untuk kekal cergas dan terus berfungsi pada setiap hari.

Hendaklah beringat supaya berhati-hati dengan produk pemasaran yang menggunakan taktik pemasaran seperti 100% sihat ataupun 0 kandungan gula. Sila rujuk balik kepada isi kandung gula yang berlebihan dan lemak trans yang bersembunyi di dalam makanan kita.

Selamat mencuba dan semoga berjaya untuk diet ya Mama!