KelabMama

Biskut Raya Dah Lemau? Ini Cara-cara Untuk Bagi Rangup Semula!

Biskut raya ada banyak lagi dalam balang tapi bila nak makan dah lemau? Nak buat macam mana ni? Nak buang terus ke?

Jangan risau, kalau biskut Mama jadi macam ni jangan terus buang tau. Mama Siti ada cara untuk rangupkan semula biskut raya Mama yang lemau tu.

Cara untuk Ranggupkan Semula Biskut Raya Mama

1. Panaskan dalam Oven

Kredit Gambar: Appliance Repair

Mama letakkan biskut di atas tray, kemudian masukkan biskut ke dalam oven selama 3 hingga 5 minit dengan suhu 180°C. Pastikan biskut tersebut dijarakkan dan diletak rata di atas oven.

Keluarkan biskut tunggu sehingga sejuk then Mama boleh makan semula biskut raya seperti biasa.

2. Mengunakan Microwave

Kalau Mama tak ada oven, boleh juga gunakan microwave. Caranya pun lebih kurang sama je, cuma Mama perlu gunakan tisu sebagai alas biskut.

Tisu ni fungsinya untuk menyerap kelembapan biskut supaya garing semula. Gunakan suhu medium atau high selama 40 saat sahaja.

Tapi jangan risau sekiranya biskut tersebut nampak lembut sikit masa awal-awal Mama keluarkannya dari microwave. Bila dah sejuk, biskut itu akan rangup semula.

3. Masukkan dalam Periuk Nasi

Cara seterusnya ni agak unik sikit sebab gunakan periuk nasi. Mula-mula, Mama kena pastikan bahagian dalam periuk tu betul-betul kering.

Kemudian, masukkan biskut yang dah lemau tu ke dalam periuk nasi. Dan susun cantik-cantik, Mama tekan butang warm dan biarkan selama 30 minit ke 1 jam.

Bila biskut dah sejuk nanti Mama cuba rasa ye. Kalau biskut masih lemau, Mama tambahkan masa lagi setengah jam atau hingga betul-betul ranggup.

4. Panggang Atas Api Perlahan

Kredit Gambar: PERMATABIRU

Ni pun cara rangupkan biskut lemau yang berkesan dan boleh dicuba semua. Caranya hanyalah dengan panggung semula biskut tersebut di atas api dengan menggunakan non-stick pan atau pemanggang ajaib yang Mama ada.

Mama gunakan api yang paling rendah dan panaskan biskut lebih kurang 5 hingga 10 minit sahaja.

5. Guna Air Fryer

Kredit Gambar: DUNIA PUANSTOBERI

Kalau Mama ada air fryer di rumah, boleh lah gunakan cara ini untuk rangupkan semula biskut raya. Mama set masa dalam 2 hingga 3 minit dengan suhu 180 hingga 200°C.

Tunggu sehingga biskut sejuk dan Mama try makan rangup ke tak biskut tu.

Tips Lain untuk Elakkan Biskut Raya Cepat Lemau

Selain dari bakar semula biskut, Mama juga boleh guna cara-cara ini:

1. Bekas Kedap Udara

Kredit Gambar: ProductNation

Balang yang nak digunakan pun Mama kena check betul-betul tau jenis kedap udara atau tak. Balang yang kedap udara boleh membuatkan biskut raya Mama bertahan lama.

Sebab tu, penting untuk check dulu balang kedap udara ke tak sebab nak elakkan udara masuk ke dalam balang.

2. Balang Biskut Kering dan Bersih

Kredit Gambar: SF PACK

Sebelum Mama letakkan biskut dalam balang, Mama kena make sure ye balang tu dah di lap bersih dan betul-betul kering, tak ada air atau lembap.

Kalau keadaan dalam balang yang lembap, nanti biskut raya Mama cepat lemau. Jadi, sebelum Mama susun biskut ke dalam balang, pastikan ia betul-betul kering ya.

3. Kertas Minyak

Kredit Gambar: Shopee

Kalau Mama ada beli atau buat sendiri biskut raya yang jenis berminyak macam kuih tart, Mama kena pastikan untuk simpannya dalam botol yang dialas dengan lapisan kertas minyak ni.

Mama kena buat di setiap lapisan kerana ia dapat membantu menyerap lebihan minyak. Selain tu, kertas minyak ini juga adalah untuk memastikan biskut di dalam balang sentiasa kering.

4. Garam

Betul Mama. Garam juga bagus dalam mengekalkan kerangupan biskut raya atau ‘mengubati’ biskut raya yang lemau.

Mudah je caranya – isikan dua sudu kecil garam dalam satu uncang kecil, dan letakkan ke dalam balang biskut.

Garam ni untuk bantu serapkan kelembapan yang ada di dalam balang biskut raya.

Pesan Mama Siti

Ni Mama Siti nak pesan kalau Mama nak try teknik panaskan semula tu, seeloknya Mama cuma letak biskut yang Mama nak makan je untuk panaskan semula.

Kalau Mama letak satu balang terus, nanti lama-lama biskut akan jadi lemau semula. Nanti tak sedaplah biskut raya Mama kalau panaskan banyak kali.

Mama boleh cuba teknik ni kalau tak nak bazirkan biskut raya Mama. Selamat mencuba!


Tak tahu nak masak apa dah? Haa Mama jangan risau, dapatkan resepi makanan di SINI.