KelabMama

Apa yang mama perlu tahu dengan Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)

Dah 9 bulan tak datang period. Nak kata pregnant, tak. Jerawat pun dah bermaharajalela kat muka nie. Aku ni kenapa sebenarnya….

Ha, mama dah pergi klinik ke belum? Cek kalau tiba-tiba mama ada PCOS ke… Eh, PCOS? Apa tu? Meh sini Mama Siti nak cerita sikit bab PCOS ni.

Sindrom Ovari Polisistik atau lebih dikenali sebagai PCOS adalah keadaan dimana berlaku ketidakseimbangan hormon di dalam badan dan terdapat berlebihan hormon lelaki serta insulin di dalam tubuh pesakit.

Ovari polisistik terbentuk bila terdapat banyak sista yang wujud dalam corak bergugus yang teratur dengan sendiri, malah kelihatan seperti gugusan anggur. Sista ni ialah folikel yang gagal untuk membesar dan tak lalui proses pengovulan. Saiz sista PCOS ni lebih kurang 2 – 8 milimeter (mm) gitu.

PCOS menyebabkan gugusan sista seperti anggur terbentuk di dalam ovari

Nak tahu dengan lebih lanjut tentang PCOS? Jom ikut Mama Siti explore Sindrom Ovari Polisistik ni.

Punca berlakunya PCOS:

1. Genetik atau Keturunan

2. Kegagalan pengovulan

Ketidakseimbangan hormon FSH (hormon perangsang folikel) dan LH (hormon peluteinan) menyebabkan folikel tidak membesar utk mengeluarkan ovum dan akhirnya menjadi sista sista yg terbiar. Apa yang mama perlu tahu ialah both hormon ni memainkan peranan yang penting untuk melancarkan sistem reproduktif mama.

Kalau hormon tak seimbang, ia boleh mengganggu ovulasi mama. Cakap pasal seimbang ni, stres dan diet yang tak seimbang pun boleh jadi punca ketidakseimbangan hormon yang akhirnya akan gagalkan pengovulan mama. So, mama tak boleh stress-stres tau and kena selalu amalkan pemakanan yang sihat

3. Kegagalan badan bertindak balas dengan insulin

Jika paras gula darah tidak berada dalam lingkungan yang normal, penghidap PCOS berisiko menghidap kencing manis.

PCOS juga berlaku apabila badan tak bertindak balas terhadap hormon insulin. Buat pengetahuan mama, insulin adalah hormon yang mengawal gula dalam darah. Wanita yang menghidap PCOS ni akan terdedah kepada kerintangan insulin.

Bila banyak gula dalam badan, badan mama akan automatik hasilkan lebih banyak insulin. Bila kadar insulin meningkat, banyak lah pulak testosteron yang terhasil dan ini akan ganggu proses ovulasi mama.

Rintangan insulin juga boleh menyebabkan kenaikan berat badan yang membuat gejala PCOS lebih teruk kerana lemak yang berlebihan. Sebab apa? Insulin lah!

Apakah simptom penyakit PCOS?

Sekarang mama dah tahu PCOS tu apa kan? Kalau mama nak tahu dengan lebih terperinci sindrom ovari polisitik ni, boleh layari www.mayoclinic.org atau rujuk saja nasihat pakar di hospital berdekatan ye!

Sumber: sweetmommystory

BACA JUGA HAID TIDAK TERATUR MUNGKIN SIMPTOM SINDROM OVARI POLISISTIK (PCOS)

Pesanan Mama Siti:

Walaupun sindrom PCOS boleh dirawat dan tak life threatening, mama mesti sentiasa peka dengan kesihatan mama. Yang penting mama jangan stres and kalau ada apa-apa masalah terus rujuk kepada yang pakar ye!