KelabMama

Air Nabeez – Resepi Sahur Ringkas Khas untuk Ibu Menyusu

kismis kurma

Nabeez adalah air rendaman (infused water) yang digemari Nabi Muhammad S.A.W, sama ada menggunakan kurma ataupun kismis, yang direndam semalaman. Kurma atau kismis ini telah larut khasiat vitamin dan mineral di dalamnya setelah direndam, lebih mudah dihadam dan akan membekalkan tenaga kepada badan kita, terutamanya sepanjang berpuasa.

Ada ibu-ibu menyusu bagitahu Mama Siti, mereka rasa lebih mudah menjalani ibadah puasa selepas amalkan bersahur dengan air Nabeez ini. Tambahan pula, air nabeez yang menggunakan buah kurma dapat membantu menambahkan susu ibu secara tradisional.

Kredit gambar: Kompasiona

Daripada Ibn ‘Abbas di dalam riwayat Sahih Muslim, katanya: Rasulullah S.A.W selalu dibuat nabeez untuk Baginda pada awal malam. Lalu Baginda meminumnya apabila masuk waktu pagi hari tersebut, juga pada malam yang akan tiba, pada keesokkan pagi, pada malam lain, pada keesokan pagi (hari ketiga) hingga Asar. Sekiranya masih berbaki sedikit, Baginda akan memberinya kepada khadam atau Baginda memerintahkan supaya membuangnya (dikhuatiri menjadi air peraman).

Air Nabeez

Bahan-bahan

Cara Membuat Air Nabeez

  1. Sediakan jar atau gelas kaca, masukkan air dan kurma atau kismis di dalamnya.
Kredit gambar: MY KMU

2. Simpan semalaman sebelum tidur di dalam peti sejuk untuk diminum sahur nanti. Ambil segelas untuk diminum dan baki boleh diminum untuk hari kedua. Silakan dimakan kurma atau kismis yang telah lembut itu sebagai sumber serat yang baik.

Kredit gambar: Bola stylo

Kelebihan Air Nabeez

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sebuah universiti di Arab Saudi, kurma mempunyai manfaat anti-oksidan yang boleh memberikan tenaga, mengelakkan keradangan yang berlaku ketika berpuasa, mengelakkan ketumbuhan, melawan jangkitan, dan banyak lagi.

Kismis juga mempunyai khasiat yang hampir sama dengan kurma. Kedua- dua kurma dan kismis kaya dengan vitamin dan mineral seperti vitamin B, magnesium, potassium dan lain-lain.

Sumber: Keluarga

Menu ini sangat ringkas namun bernutrisi, sesuai bagi semua dan Mama yang masih menyusukan anak. Mama Siti harap Mama sekalian bolehlah cuba resepi ini ya untuk bersahur, insyaAllah dipermudahkan urusan berpuasa.

Jangan dilupakan bahawa, ibu hamil dan menyusu tetap diberikan rukhsah untuk berbuka. Tidak perlu rasa sedih apabila Mama telah berusaha semampu daya.

Selamat bersahur, Mama!