KelabMama

Ada PCOS, Masih Boleh Mengandung Ke? Ini Jawapan Pakar untuk Mama!

rawatan pcos

Ramai mama yang baru dapat tahu mereka ada PCOS terus rasa risau dan gelisah bermacam-macam fikiran yang bermain dalam minda Mama. “Habis tu, aku boleh mengandung ke tak ni?” Soalan ni memang selalu timbul sebab PCOS sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Tapi betul ke PCOS ni sama dengan tak subur?

Dr. C. B. Madhulika,
Pakar Obstetrik dan Ginekologi

Jangan risau mama, sebab jawapan sebenarnya mungkin buat Mama rasa lega. Untuk fahamkan lebih jelas, Mama Siti telah rujuk kepada Dr. C. B. Madhulika, Pakar Obstetrik dan Ginekologi dari Bukit Tinggi Medical Centre (BTMC).

Menurut beliau, PCOS memang boleh jadi cabaran untuk sesetengah wanita, tetapi dengan rawatan, pemantauan doktor dan perubahan gaya hidup, peluang tu masih ada dan ramai wanita dengan PCOS dah buktikan yang mereka boleh bergelar Mama.

Jom kita sama-sama baca perkongsiannya tentang PCOS ini.

1. Ramai juga wanita rasa period tak teratur tu perkara kecil. Adakah ini normal atau petanda awal PCOS? Dan bila sebenarnya seseorang patut dapatkan pemeriksaan untuk elak lewat diagnosis PCOS?

Haid tidak teratur sekali-sekala boleh berlaku akibat stres atau perubahan gaya hidup. Namun, apabila masalah ini berlaku dengan kerap atau berpanjangan, keadaan tersebut mungkin menjadi tanda masalah kesihatan lain salah satu yang paling biasa ialah Polycystic Ovary Syndrome (PCOS).

Tanda awal PCOS yang paling konsisten ialah haid tidak teratur atau langsung tidak datang.

Segera berjumpa doktor jika mengalami:

2. Ada yang keliru antara PCOS  dan endometriosis kerana kedua-duanya melibatkan masalah haid. Boleh doktor terangkan perbezaannya secara jelas?

Walaupun kedua-duanya melibatkan masalah haid, punca dan cirinya berbeza:

3. Betulkah PCOS bermaksud seseorang wanita susah atau hampir mustahil untuk hamil?

Tidak benar. Ramai wanita dengan PCOS boleh hamil sama ada yang secara semula jadi, ada yang dengan rawatan ringkas.

Perubahan gaya hidup seperti diet sihat, senaman dan penurunan berat badan boleh bantu meningkatkan kesuburan. Jika perlu, ubat rangsangan ovulasi seperti Clomiphene atau Letrozole digunakan.

Dalam kes lebih mencabar, IVF (in-vitro fertilization) boleh memberi hasil yang baik. Kesimpulannya, PCOS boleh menyukarkan kehamilan, tetapi bukan bermaksud mandul.

4. Adakah benar wanita yang menghidap PCOS peluangnya untuk mengandung sangat tipis?

Tidak semestinya. PCOS menyebabkan subfertiliti (sukar hamil), tetapi bukan masalah ketidaksuburan kekal.

Faktor yang menyukarkan kehamilan termasuk:

5. Terdapat kepercayaan bahawa PCOS akan hilang selepas seseorang wanita berkahwin atau selepas mempunyai anak. Adakah kenyataan ini benar dari sudut perubatan?

Ini adalah mitos. Dari sudut perubatan, PCOS tidak hilang selepas kahwin atau mengandung. Ini adalah masalah hormon dan metabolik yang berpanjangan sepanjang hayat.

Perkahwinan atau kehamilan tidak menyembuhkan PCOS hanya sesetengah gejala mungkin reda buat sementara waktu.

6. Ramai pesakit PCOS rasa rendah diri akibat jerawat teruk, rambut gugur atau berat badan naik mendadak. Bagaimana masalah ini boleh mempengaruhi emosi mereka?

Simptom fizikal PCOS seperti jerawat, keguguran rambut, kenaikan berat badan atau bulu berlebihan (hirsutisme) boleh menjejaskan keyakinan diri dan imej badan wanita.

Kesan psikologi yang biasa termasuk:

Oleh itu, rawatan PCOS perlu merangkumi aspek emosi dan psikologi, bukan hanya fizikal.

7. Sejauh mana PCOS boleh meningkatkan risiko penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi, atau kanser rahim?

Selain menjejaskan haid dan kesuburan, PCOS berpotensi meningkatkan risiko penyakit jangka panjang apabila tidak dikawal dengan baik, antaranya:

8. Bagaimana cara realistik untuk manage expectations, contohnya wanita PCOS yang sedang TTC (trying to conceive)?

Dengan menetapkan harapan yang realistik, wanita boleh mengurangkan stres dan lebih kuat menghadapi cabaran tanpa rasa gagal.

Wanita dengan PCOS digalakkan mengamalkan self-care, mengawal stres, serta mengekalkan kehidupan yang seimbang melalui kerjaya, hobi, dan hubungan sosial, walaupun sedang melalui perjalanan kesuburan.

9. Bagi pesakit yang mengalami masalah kesuburan akibat PCOS, adakah rawatan seperti IVF merupakan satu-satunya jalan penyelesaian?

Tidak. IVF biasanya menjadi pilihan terakhir. Ramai wanita dengan PCOS masih boleh hamil melalui rawatan yang lebih ringkas:

IVF hanya dipertimbangkan jika rawatan lain gagal, ada masalah lain (tiub fallopio tersumbat, masalah sperma), atau faktor umur yang mendesak.

10. Banyak perkongsian di media sosial kata PCOS boleh dirawat secara semula jadi, contohnya dengan jamu, diet tertentu atau minuman detox. Adakah ini betul atau sekadar mitos?

Kebanyakan ini hanyalah mitos.

Sentiasa rujuk doktor sebelum cuba rawatan alternatif.

11. Adakah PCOS mempunyai kaitan dengan faktor genetik? Jika seorang ibu menghidap PCOS, adakah anak perempuannya berisiko tinggi untuk menghidapinya juga?

Ya, PCOS boleh berlaku dalam keluarga. Keadaan ini biasanya dipengaruhi oleh lebih daripada satu faktor, termasuk genetik dan persekitaran.

Anak perempuan kepada Mama yang ada PCOS memang berisiko lebih tinggi, tetapi sama ada dia akan menghidapinya bergantung pada gabungan faktor genetik dan gaya hidup.

12. Selain ubat-ubatan, apakah cara gaya hidup yang boleh bantu pesakit PCOS untuk bantu mereka kembali sihat semula?

Rawatan PCOS bermula dengan pengurusan gaya hidup. Cara ini membantu kesuburan, mengawal simptom, dan pada masa sama mencegah risiko jangka panjang seperti diabetes, sakit jantung dan kanser.

Amalan Penting untuk Wanita dengan PCOS:


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Masih banyak lagi info kesihatan yang Mama Papa boleh explore, di SINI.