KelabMama

7 Tanda Mama Hamil Anak Kembar!

Kredit Foto: Adobe Stock

“Hmm, kan seronok kalau dapat anak kembar!” Selalunya Mama yang hamil kembar sering mengesyaki tanda hamil kembar sejak dari awal proses kehamilan. Mama mana yang tak suka kalau dapat anak kembar kan?

Sebenarnya, terdapat beberapa tanda-tanda hamil kembar yang perlu diketahui setiap Mama yang mengandung. Bila bermulanya proses kehamilan, badan seorang ibu hamil melalui perubahan hormon dan perubahan fizikal. Tetapi, tanda-tanda hamil ini mungkin berbeza apabila Mama mungkin hamil anak kembar! 

Kredit Foto: Adobe Stock

Sebagai seorang Mama, kebanyakannya boleh menjangka yang mereka akan mempunyai lebih daripada satu bayi. Tetapi, masih juga ada Mama di luar sana yang terkejut apabila mengetahui mereka hamil anak kembar. 

Jangan risau, Mama Siti akan kongsikan tanda-tanda hamil kembar yang dapat membantu Mama diluar sana!

Tanda-tanda Hamil Kembar Yang Mama Perlu Tahu

1) Level hCG Yang Lebih Tinggi Daripada Normal

Mama tahu apa itu hCG? Human Chorionic Gonadotropin (hCG) ialah hormon yang terhasil semasa kehamilan. Bila Mama ambil ujian kehamilan dirumah, ujian ini akan menunjukkan yang Mama positif hamil melalui air kencing. 

Selepas itu, ujian darah boleh juga menunjukkan jumlah hCG Mama lebih tinggi daripada biasa. Jadi kalau level hCG lebih tinggi daripada biasa, Mama kemungkinan besar hamil anak kembar!  

2) ‘Morning Sickness’ Yang Melampau 

Kredit Foto: Adobe Stock

Tanda-tanda hamil kembar boleh bermula seawal minggu keempat kehamilan. Kalau Mama nak tahu, morning sickness ini disebabkan kenaikan hormon kehamilan iaitu human chorionic gonadotropin (hGH) yang menyebabkan Mama yang hamil rasa loya dan sering nak muntah sepanjang hari. 

Apabila seorang itu mula hamil anak kembar, mereka akan mengalami morning sickness yang melampau dan ekstrem! Morning sickness bagi Mama yang hamil anak kembar juga lebih lama berbanding hamil seorang bayi. 

Macam mana pula kalau rasa loya dan sering muntah-muntah sehingga minggu ke 14 kehamilan? Ha…itu boleh menandakan Mama mungkin hamil anak kembar! 

3) Berat Badan Yang Meningkat Salah Satu Tanda Hamil Kembar

Kredit Foto: Adobe Stock

Selain itu, ini adalah tanda hamil anak kembar yang akan akan Mama lalui. Bukan ke berat badan memang akan meningkat jika hamil? Ya, betul tu! Tetapi, apabila hamil anak kembar, trimester pertama berat badan akan masih rendah. 

Tetapi, ketika trimester kedua, berat Mama akan naik mendadak apabila hamil anak kembar berbanding dengan hamil anak satu. Satu sistem BMI menunjukkan ibu yang hamil anak kembar akan naik berat seperti yang berikut:

4) Tekanan Darah Yang Tinggi 

Apabila Mama hamil anak kembar, Mama akan perasan satu perkara yang sangat ketara iaitu tekanan darah yang tinggi. Pada mulanya, tekanan darah Mama yang hamil anak kembar akan rendah. 

Tetapi, setelah beberapa bulan, tekanan darah Mama akan jadi lebih tinggi daripada biasa. Keadaan ini mungkin juga boleh membawa kepada hypertension, jadi Mama cepat-cepat terus berjumpa dengan doktor ya! Ini juga boleh menandakan Mama hamil anak kembar. 

5) Pergerakan Bayi Terlalu Awal

Kredit Foto: Adobe Stock

Kebanyakan Mama mengadu yang mereka takkan rasa pergerakan bayi sehingga minggu ke 18. Ya memang betul, bayi memang boleh bergerak dari awal kehamilan tetapi bagi Mama yang hamil anak tunggal jarang sekali perkara ini berlaku.

Jadi, good news for Mama! Kalau Mama rasa pergerakan bayi awal daripada 18 minggu, mungkin ini menandakan Mama hamil anak kembar! Disebabkan ada dua bayi, pergerakan mereka akan lebih jelas daripada biasa. 

6) Sering Sesak Di Dada

Bagi keadaan kehamilan yang tertentu seperti hamil anak kembar, jumlah cairan ketuban boleh bertambah dengan cepatnya. Jadi, rahim akan menjadi semakin besar dan menambah banyak ruang di perut! 

Perkara ini akan membuatkan organ-organ di dalam perut Mama akan menerima kesempitan organ-organ dalaman. Paru-paru akan juga terkesan dengan perkara ini dan Mama akan mudah untuk mengalami sesak nafas dan nafas yang pendek. 

7) Kepenatan Yang Luar Biasa

Kredit Foto: Adobe Stock

Mama terasa letih daripada biasa tak? Kalau ya, ini antara tanda hamil kembar yang sering dialami oleh mereka yang hamil anak kembar. Kepenatan ketika trimester pertama boleh dikesan kerana badan Mama penat membawa bayi lebih daripada seorang. 

Tetapi, ada juga beberapa kes yang kepenatan ini berpunca dari sumber seperti kerja, stress, pemakanan yang kurang nutrisi dan lain-lain. Walaupun begitu, Mama jangan terlepas pandang kepenatan yang luar biasa ini boleh terjadi kerana tanda hamil kembar tau! 

Siapakah Yang lebih Cenderung Untuk Hamil Anak Kembar?

Mesti ramai Mama diluar sana yang sering impikan untuk hamil anak kembar kan? Kalau Mama nak tahu, nak dapat anak kembar ini bukanlah mudah. Terdapat banyak faktor-faktor yang boleh membawa kepada kehamilan anak kembar. Jom kita ketahui apakah faktor tersebut!

1) Genetik dan Keturunan

Kredit Foto: Adobe Stock

Kalau keluarga Mama atau suami mempunyai sedara mara kembar, kemungkinan besar Mama juga akan hamil anak kembar juga. Ini tak dapat dinafikan apabila genetik dan keturunan memainkan peranan yang sangat besar. 

Genetik ini mungkin akan dapat kepada Mama ataupun sesiapa dalam ahli keluarga itu. Jadi, bersedialah untuk hamil anak kembar jika keluarga Mama atau Papa mempunyai kembar ya!

2) Wanita Berusia 30 Tahun Keatas

Mama dah melangkaui umur 30 tahun? Kalau dah, peluang Mama agak tinggi untuk hamil anak kembar! 

Perubahan hormon berlaku apabila seorang wanita mendekati menopaus yang membantu tubuh badan untuk menghasilkan lebih daripada satu telur ketika proses ovulasi. Kalau ada satu atau dua telur ketika proses itu, kemungkinan besar Mama boleh hamil anak kembar. 

3) Lebih Berat Daripada Biasa Salah Satu Tanda Hamil Kembar

Wanita yang lebih berat atau mempunyai obesiti mempunyai peluang yang sangat tinggi untuk hamil anak kembar secara semula jadi. Kalau BMI seorang wanita itu lebih daripada 30, peluang adalah sangat tinggi untuk hamil anak kembar! 

Tetapi Mama jangan pula sengaja naikkan berat untuk naikkan peluang untuk hamil anak kembar. Nanti membahayakan diri Mama pula! Jangan lupa untuk kekal sihat ketika hamil ya, Mama. 

4) Wanita Yang Tinggi

Kredit Foto: Adobe Stock

Hmm, luar biasa kan? Tetapi kajian menunjukkan wanita yang tinggi mempunyai peluang hamil anak kembar berbanding wanita yang rendah. Kajian membuktikan bahawa wanita yang tinggi mempunyai faktor yang berkaitan dengan insulin di dalam badan mereka yang membuatkan peluang mereka lebih tinggi! 

Perancangan Untuk Hamil Anak Kembar 

Seperti yang kita ketahui, untuk hamil anak kembar perlukan banyak faktor dan ianya bukan senang untuk terjadi. Banyak juga risiko untuk hamil anak kembar ni tau! Tetapi, kalau Mama inginkan anak kembar, ada langkah-langkah yang boleh diambil untuk merancang kehamilan ini. 

1) In Vitro Fertilization (IVF)

Kredit Foto: Adobe Stock

In vitro fertilization (IVF) ialah salah satu alat teknologi reproduktif yang dapat membantu wanita untuk hamil. Melalui proses ini, doktor akan menempatkan embrio di dalam uterus wanita dimana ianya akan membesar. Untuk menambah peluang, doktor akan meletakkan lebih daripada satu embrio ketika proses ini. Dan, kemungkinan besar Mama akan hamil anak kembar! 

2) Rawatan IUI

Rawatan IUI boleh juga digunakan untuk membantu tubuh seorang wanita untuk menghasilkan lebih daripada satu embrio dalam masa yang sama. Proses ini menggunakan ubat seperti Clomid dan Femara untuk membantu proses ovulasi. Jadi, peluang Mama untuk hamil anak kembar akan lebih besar. 

Akhir sekali, kita haruslah berdoa kan? Tak salah kalau kita dah usaha dan akhirnya kita berdoa kepada Allah SWT untuk memudahkan proses kehamilan kita. Ada juga beberapa Mama Papa yang kongsikan dua surah daripada Al-Quran iaitu Surah Surah As-Saaffaat Ayat 120: dan Surah As-Syura ayat 50:

Kredit Foto: Adobe Stock

Semoga bermanfaat!

BACA JUGA CARA MENAIKKAN HB PADA IBU HAMIL

Pesan Mama Siti

Mama jangan lupa tau, semuanya terjadi dengan izin Allah S.W.T Apa yang penting, kembar atau tak, bayi Mama dan Papa kekal sihat dan selamat. Semoga Mama menjalani kehamilan yang mudah dan sihat!