KelabMama

7 Khasiat Barli – Boleh Turunkan Berat Badan

Foto Kredit: Shutterstock

Barli adalah bijirin yang diketahui ramai dan selalunya dijadikan minuman, namun tak ramai di antara kita yang tahu khasiat barli ni sebenarnya banyak terutamanya untuk kesihatan dan kecantikan.

Kalau nak tahu, barli adalah rendah kalori, tinggi serat, dan penuh dengan vitamin serta nutrien yang sangat bagus untuk badan kita. 

7 Khasiat Barli Yang Harus Mama Tahu!

Di sini terdapat 7 khasiat barli yang mungkin Mama tak pernah tahu dan akan membawa banyak kebaikan kepada kesihatan diri Mama. Jom sihat bersama barli!

1) Mengurangkan Kelaparan dan Membantu Menurunkan Berat Badan

Foto Kredit: Shutterstock

Kalau Mama teringin nak diet, bolehlah cuba tambahkan barli di dalam diet Mama kerana barli boleh mengurangkan rasa lapar dan meningkatkan rasa kenyang – kedua-duanya boleh menyebabkan penurunan berat badan dari masa ke masa.

Barli mengurangkan rasa lapar terutamanya kerana kandungan seratnya yang tinggi. Serat larut yang dikenali sebagai ‘beta-glucan’ sangat membantu.

Ini kerana serat larut, seperti ‘beta-glucan’, cenderung membentuk zat seperti gel di dalam usus Mama, yang akan memperlambatkan pencernaan dan penyerapan nutrien. Oleh itu, ia akan mengurangkan selera makan Mama dan membuatkan Mama kenyang lebih lama. 

2) Kandungan Serat Tak Larut dan Larut Meningkatkan Pencernaan

Foto Kredit: Shutterstock

Barli dapat meningkatkan kesihatan usus kita.

Sebilangan besar serat yang terdapat dalam barli tak larut kerana ia mempercepatkan pergerakan usus dan mengurangkan kemungkinan untuk mengalami sembelit.

3) Boleh Mencegah Batu Hempedu dan Mengurangkan Risiko Pembedahan Pundi Hempedu

Foto Kredit: Shutterstock

Tahukah Mama, kandungan serat tinggi dalam barli juga dapat membantu mencegah batu hempedu.

Batu hempedu adalah zarah pepejal yang terbentuk secara spontan di pundi hempedu Mama, organ kecil yang terletak di bahagian bawah organ hati. 

Pundi hempedu menghasilkan asid hempedu yang digunakan oleh badan Mama untuk mencerna lemak. 

Jenis serat tak larut yang terdapat pada barli dapat membantu mencegah pembentukan batu hempedu dan akan mengurangkan kemungkinan untuk pembedahan pundi hempedu.

4) Boleh Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung Antara Khasiat Barli

Biji-bijian utuh dikaitkan dengan kesihatan jantung yang lebih baik. Oleh itu, tak hairanlah jika menambahkan barli ke dalam diet Mama secara berkala boleh menurunkan risiko penyakit jantung. 

Ini kerana barli dapat menurunkan faktor risiko tertentu – selain mengurangkan kadar kolesterol LDL ( tak baik), serat larut barli dapat menurunkan kadar tekanan darah.

5) Magnesium dan Serat Larut Boleh Melindungi Diri Dari Diabetes

Barli boleh mengurangkan risiko diabetes jenis 2 dengan menurunkan kadar gula dalam darah dan meningkatkan rembesan insulin.

Sebahagiannya disebabkan oleh kandungan magnesium yang kaya dalam barli – mineral yang berperanan penting dalam pengeluaran insulin dan penggunaan gula dalam badan Mama.

Barli juga kaya dengan serat larut, yang bercampur dengan air dan molekul lain ketika bergerak melalui saluran pencernaan Mama dan akan memperlambatkan penyerapan gula ke dalam aliran darah badan Mama.

6) Boleh Membantu Mencegah Barah Kolon Antara Khasiat Barli

Foto Kredit: Shutterstock

Diet yang kaya dengan biji-bijian umumnya dikaitkan dengan kemungkinan penyakit kronik yang lebih rendah, termasuk barah tertentu – terutama pada usus besar.

Sekali lagi, kandungan serat tinggi dalam barli akan memainkan peranan penting.

Seratnya yang tak larut secara khusus akan membantu mengurangkan masa yang diperlukan makanan untuk membersihkan usus Mama, dan dipercayai dapat mencegah barah usus besar. 

Selain itu, serat larut boleh mencegah karsinogen berbahaya pada usus dan akan mengeluarkannya dari badan Mama.

7) Serbaguna dan Mudah Untuk Ditambah ke Dalam Diet Anda

Foto Kredit: Shutterstock

Barli adalah murah dan sangat mudah untuk ditambahkan sebagai nutrien lebihan dalam makanan Mama.

Ini kerana kandungan seratnya yang tinggi, barli dapat menjadi alternatif yang baik untuk biji-bijian yang lebih halus.

Sebagai contoh, Mama boleh menggunakannya sebagai lauk dan barli juga merupakan alternatif yang baik untuk hidangan nasi putih seperti ‘pilaf’ atau ‘risotto’.

Barli juga boleh ditambahkan ke dalam sup, salad dan roti atau dimakan sebagai sebahagian daripada sarapan bijirin yang panas. 

Semoga bermanfaat!

BACA JUGA CARA BUAT AIR BARLI YANG MUDAH DAN SEDAP

Pesan Mama Siti

Wahh..favourite Mama Siti air barli! Selain dari rasanya yang sedap dan enak diminum, ia juga mempunyai banyak khasiat yang tak ramai orang tahu. Barli ni juga sangat bagus untuk ibu yang hamil kerana barli ni antara milkbooster terbaik untuk ibu hamil tau!