KelabMama

5 PRODUK KECANTIKAN YANG SELAMAT & TAK SELAMAT DIGUNA OLEH IBU MENYUSU

Setiap wanita dilahirkan dengan sifat suka berhias. Rasanya kalau tak pakai bedak pada wajah tak lengkap penampilan setiap hari. Apa yang pasti penampilan perlu sentiasa dijaga! Betul tak?

Begitu juga selepas melahirkan zuriat, pastinya para ibu bersemangat untuk mengembalikan bentuk badan yang ramping, merawat wajah yang kusam, rambut yang bersinar dan sebagainya. Barulah suami sayang katanya!

PRODUK KECANTIKAN MEMBAHAYAKAN

Tapi, tahukah mama bahawa ibu yang menyusu bayinya tidak boleh menggunakan produk kecantikan yang tertentu? Ini kerana, produk-produk tersebut boleh membahayakan serta menjejaskan kualiti susu ibu.

Sebenarnya, apabila seseorang ibu menyusu badan, bahan kimia dalam sesetengah produk kecantikan boleh menyerap masuk ke dalam susu sekaligus membahayakan si manja mama. Jom semak 5 jenis produk kecantikan yang selamat dan tidak selamat untuk digunakan ketika menyusu bayi.

1. UBAT JERAWAT

Mesti stress bila wajah banyak jerawat kan? Mulalah cari produk untuk selesaikan masalah jerawat mama. Berikut merupakan bahan-bahan yang biasa digunakan sebagai bahan utama dalam sesuatu produk jerawat iaitu:

2. MERIAS KUKU

Sebenarnya tak banyak kajian mengenai produk penjagaan kuku sebagai satu pantang larang ibu menyusu. Kebanyakan mama merasakan memakai warna kuku adalah selamat semasa menyusu. Tapi, sebagai langkah berjaga-jaga, elakkan pewarna kuku yang mengandungi bahan toksin yang boleh masuk ke dalam darah dalam jumlah yang sedikit seperti:

3. RAWATAN RAMBUT

Ada juga para mama yang ingin meluruskan, kerintingkan rambut, mewarnakan dan sebagainya. Jangan risau, semua rawatan tersebut tidak mendatangkan kesan ke atas penyusuan bayi.

4. PEMUTIHAN ATAU BLEACHING

Kebiasaannya, bahan yang terkandung dalam rawatan pemutihan kulit adalah hydroquininone. Menurut KellyBonyata, penyerapan bahan ini ke dalam kulit adalah sangat minimum. Jadi ia selamat untuk digunakan oleh mama yang menyusu bayi.

5. KRIM DAN LOSYEN

Untuk pengetahuan mama, krim dan losyen (termasuklah yang mengandungi acidalpha hydroxy) secara umumnya dianggap selamat digunakan semasa menyusu bayi. Tetapi, elakkan menyapu krim di kawasan puting ya!

Krim yang mengandungi retinoids (khususnya digunakan untuk menghilangkan kedut di muka) harus dielakkan sama sekali kerana semasa kehamilan, retinoids boleh menyebabkan kecacatan pada janin.

Selain bahan-bahan di atas, terdapat beberapa lagi bahan di dalam produk kecantikan yang perlu dielakkan sama sekali oleh mama mengandung iaitu:

Sudah jelas kan? Tak salah untuk menjaga penampilan diri selepas melahirkan anak, apa yang penting mama perlu sentiasa peka dan kaji jenis produk yang mama gunakan sama ada ia selamat ataupun membahayakan.