KelabMama

10 Tanda Tanda Bersalin – Take Note Mama-to-be!

Bila kandungan dah mencecah 9 bulan ke atas pasti membuatkan Mama teruja, berdebar dalam menghitung hari untuk melahirkan. Apatah lagi kepada Mama yang bakal bersalin buat pertama kalinya. Kepada pasangan yang bakal menimang cahaya mata pertama mesti agak susah untuk kenalpasti tanda tanda bersalin yang sebenar.

Untuk pengetahuan Mama-to-be, pengalaman sakit bersalin ni berbeza-beza bagi setiap wanita malah setiap kelahiran juga berbeza tau. Tempoh penuh kehamilan adalah 40 minggu dan ada juga yang melahirkan awal dua minggu dan ada pula yang lewat seminggu atau dua minggu. Oleh itu, para Mama-to-be perlulah peka dengan tanda-tanda berikut supaya lebih bersedia untuk menghadapi saat kelahiran.

10 Tanda Tanda Bersalin Yang Perlu Bakal Mama Peka

#1 Cirit-birit

Foto Kredit: Adobe Stock

Sama seperti otot-otot di rahim Mama sedang dalam keadaan ‘relax’ semasa persiapan kelahiran, begitu juga otot-otot lain di dalam badan Mama (termasuk otot-otot di bahagian rektum). Dan ini boleh menyebabkan cirit-birit yang mungkin dialami pada masa-masa lain semasa kehamilan.

Walaupun menjengkelkan, cirit-birit adalah perkara yang kerap dan sangat normal buat Mama yang hamil. Pastikan Mama sentiasa terhidrasi okay!

#2 Sakit belakang

Foto Kredit: Adobe Stock

Mama mungkin akan rasa sesak dan sakit di bahagian punggung bawah dan pangkal paha Mama ketika saat bersalin ingin tiba terutamanya kalau ni bukan kehamilan pertama Mama. Otot dan sendi Mama akan meregang dan bergeser sebagai persediaan untuk proses bersalin.

#3 Air ketuban pecah

Foto Kredit: Adobe Stock

Kebanyakan wanita akan merasakan kontraksi sebelum air ketuban pecah. Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada lelehan air jernih (amniotic fluid) dengan jumlah yang banyak mengalir keluar melalui faraj. Kebiasaannya, ia adalah tanda-tanda bersalin semakin hampir dan haruslah ke hospital dengan segera.

#4 Kontraksi antara tanda tanda bersalin

Foto Kredit: Adobe Stock

Selama beberapa bulan yang terakhir kehamilan, Mama mungkin mengalami kontraksi beberapa kali dan kadang-kadang menyakitkan – ini menunjukkan rahim Mama sedang mengecut dan relaks. Ini dipanggil kontraksi Braxton Hicks (kontraksi palsu).

Apabila wanita hamil mengalami kontraksi yang kerap, hal ini merupakan penanda kepada bayi sedang dilahirkan. Kontraksi tersebut hendaklah lebih kerap dan diselangi kurang daripada 10 minit. Kontraksi membantu dilatasi serviks dan menyumbang kepada penipisan bibir serviks bagi membuka ruang untuk melahirkan bayi.

#5 Kekerapan membuang air kecil dan perut yang memulas

Foto Kredit: Adobe Stock

Apabila bayi dah mula menekan di kawasan rangka tulang pelvis, Mama akan merasakan perut menjadi ringan dalam sekitar dua minggu sebelum kelahiran. Mama yang hamil akan mengalami kekerapan membuang air kecil dan perut yang memulas kerana tekanan daripada bayi itu sendiri.

Serviks akan terbuka apabila kontraksi terjadi di mana pangkal rahim akan menjadi lebih lembut dan nipis. Hanya doktor je yang tahu perubahan serviks semasa pemeriksaan dilakukan.

#6 Keputihan

Foto Kredit: Adobe Stock

Sewaktu kehamilan, penghasilan lendir yang tebal akan menyekat permukaan serviks untuk mengelakkan bakteria daripada memasuki rahim. Semasa trimester ketiga akhir, lendir ini mungkin akan ditolak masuk ke dalam faraj Mama.

Mama mungkin dapat melihat peningkatan keputihan yang jelas, berwarna merah jambu atau sedikit berdarah. Ini mungkin berlaku beberapa hari sebelum kelahiran bermula ataupun pada permulaan kelahiran bayi. 

#7 Letih dan lesu antara tanda tanda bersalin

Foto Kredit: Adobe Stock

Mama hamil akan menjadi lebih mudah letih. Antara punca kepada keletihan yang berlebihan adalah disebabkan kesukaran bernafas seperti sesak nafas yang kerap dialami sewaktu berjalan atau melakukan sebarang pergerakan. 

#8 Pendarahan

Pertunjukan pendarahan (bloody show) merujuk kepada keputihan yang berlaku pada akhir kehamilan Mama. Ini adalah tanda bahawa (mucus plug) lendir Mama telah longgar atau telahpun dilepaskan.

Sesetengah wanita mengalami cecair mukus seperti lendir atau gam lekang yang keluar melalui laluan pintu rahim apabila serviks mula menipis.

Tanda ini menunjukkan bahawa bayi dah bersedia untuk bergerak ke saluran peranakan.  Ia sama ada Mama sudah berada di saat kelahiran atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Walaubagaimanapun, ia juga boleh menjadi gejala sewaktu diambang kelahiran bayi lebih-lebih lagi setelah bayi menghampiri pintu pelvik.

#9 (Nesting) Rangsangan tenaga juga antara tanda tanda bersalin

Foto Kredit: Adobe Stock

Mama mungkin bangun dari tidur pada suatu pagi dengan perasaan yang bertenaga, bersemangat untuk mengisi peti sejuk dengan barang dapur yang telah dibeli, memasang buaian bayi dan mungkin juga mengatur pakaian bayi Mama mengikut warna. Dorongan ini biasanya dikenali sebagai naluri ‘nesting’.

#10 Pergerakan Bayi Kurang

Selain daripada tanda-tanda di atas, Mama juga perlulah ke hospital jika mendapati bayi dalam perut kurang bergerak atau apa je masalah yang dialami untuk mendapatkan kepastian doktor. Tempoh hamil 40 minggu adalah dikira bermula hari pertama haid terakhir sehinggalah tarikh jangkaan bersalin. 

Apa Yang Mama Perlu Lakukan Bila Dah Ada Tanda Tanda Bersalin?

1) Tenangkan Diri

Foto Kredit: Adobe Stock

Perkara pertama sekali yang harus dilakukan adalah tenangkan diri Mama. Beritahu suami Mama akan perkara yang sedang dialami jika dah rasa ingin bersalin. Jangan kelam-kabut dan bergerak secara berhati-hati supaya dapat mengelakkan ‘terjatuh’ atau kemalangan yang tak diingini berlaku.

Tulis beberapa banyak masa antara kontraksi Mama dan berapa lama masa yang diambil untuk kontraksi itu bertahan. Sekiranya Mama mempunyai telefon pintar, Mama boleh menggunakan fungsi ‘timer’ untuk memudahkan kerja Mama. 

Sekiranya Mama mempunyai anak yang lain di rumah, beritahu pengasuh atau ahli keluarga dewasa yang lain supaya dapat menjaga mereka apabila Mama berada di hospital.

2) Persiapan Bersalin

Foto Kredit: Adobe Stock

Beberapa minggu sebelum ‘due date’, Mama perlu menyediakan ‘beg hospital’ Mama. Barang persiapan untuk disertakan adalah:

Mama juga boleh mempertimbangkan untuk membawa keselesaan dari rumah, seperti bantal peluk dan minyak pati. Mama juga harus memasang tempat duduk kereta bayi Mama lebih awal, kerana mungkin Mama tak akan dapat meninggalkan hospital tanpa ia dipasang di dalam kereta Mama.

Dan tentu saja, pastikan ruang asuhan Mama telah disediakan di rumah dengan buaian, meja ganti lampin dan keperluan lain untuk si manja.

3) Ketahui bila masanya untuk pergi ke hospital

‘Latent’ adalah fasa kelahiran yang tak dapat diramalkan. Bagi sesetengah orang, ia adalah selang waktu yang pendek, dan bagi yang lain, ia boleh menjadi sangat lama. Sekiranya mungkin, lebih baik Mama melakukan fasa awal bersalin di rumah di mana Mama paling selesa.

Semasa di rumah, cubalah petua ini untuk rasa lebih selesa:

Foto Kredit: Adobe Stock

Sekarang Mama dah tahu bagaimana tanda-tanda bersalin. Jadi, Mama boleh buat persediaan dari segi mental dan juga fizikal supaya Mama lebih bersedia. Mama jangan risau dan sentiasa jumpa doktor Mama untuk dapatkan kepastian dan nasihat yang boleh membantu Mama di sepanjang proses kehamilan dan juga proses kelahiran cahaya mata Mama. 

Semoga bermanfaat!

BACA JUGA DOA MUDAH BERSALIN UNTUK MAMA AMALKAN

Pesan Mama Siti

Penting untuk kita tahu tanda-tanda bersalin ni supaya kita lebih bersedia dari segi mental dan juga fizikal. Buat Mama-to-be, Mama Siti doakan semoga dipermudahkan urusan bersalin dan semoga selamat semuanya.