KelabMama

AWAS! WIFI & RADIASI TELEFON BIMBIT MENINGKATKAN RISIKO KEGUGURAN DENGAN DUA KALI GANDA

Berdasarkan kajian yang dijalan di Amerika Syarikat (USA), wanita hamil yang sering menggunakan telefon bimbit, gadjet dan juga penggunaan wifi mempunyai risiko sehingga 48% untuk keguguran janin ketika awal kandungan.

Kajian tersebut telah dijalankan ke atas 913 wanita hamil (tahap kehamilan yang berbeza), oleh Kaiser Permanente Research Center in California, Amerika Syarikat. Dalam tempoh 24jam, para peserta kajian telah dinilai tahap pendedahan mereka terhadap ‘Magnetic Field (MF) Non-ionizing Radiation’ yang terdapat pada Wifi dan radiasi telefon bimbit.

Hasil kajian menunjukkan mereka yang lebih terdedah atau sering menggunakan telefon bimbit dan wifi berisiko untuk keguguran berbanding mereka yang kurang terdedah dengan wifi dan telefon bimbit. Hal ini berlaku ke atas peserta wanita tak kira samada yang pernah keguguran atau tidak.

World Health Organization (WHO) juga ada menyatakan bawah radiasi MF yang terdedah kepada manusia mempunyai kaitan dengan kanser. Oleh itu, WHO telah mencadangkan satu kajian dijalankan mengenai radiasi daripada wifi dan telefon bimbit ke atas ibu hamil.

Bukan sekadar keguguran!

Selain boleh menyebabkan keguguran, radiasi daripada telefon bimbit juga memberi kesan negatif kepada otak bayi dalam kandungan.

  1. ADHD.
  2. Kesan pada otak & telinga kanak-kanak.
    Baru-baru ini, California State Department of Health telah mengeluarkan amaran bahawa radiasi daripada telefon bimbit lebih mudah menembusi otak kanak-kanak berbanding orang dewasa. Hal ini boleh menyebabkan kesan jangka masa panjang dibahagian otak kanak-kanak dan seterusnya boleh menjadi tumor di otak dan telinga.
  3. Mengurangkan kualiti sperma. – Selain itu, radiasi daripada telefon bimbit dan wifi juga boleh mengurangkan kadar kualiti sperma bagi lelaki. Sebab tu tidak disarankan untuk kaum lelaki (dan ibu juga) untuk meletakkan telefon bimbit di poket seluar. Hal ini kerana kualiti sperm yang bakal ‘survive’ boleh menurun sehingga 8%! Kadar ini akan menjadi semakin tinggi semasa musim panas, kerana lebih ramai yang akan menggunakan seluar dengan kain yang nipis dan memudahkan pengudaraan.

Bagaimana untuk mengatasi masalah ini?

  1. Untuk mengurangkan dan mengelakkan daripada kesan radiasi wifi dan telefon bimbit ke atas kesihatan kita, pakar menyarankan supaya jangan letak telefon bimbit dalam poket seluar.
  2. Bagi ibu mengandung pula, adalah lebih baik untuk anda jauhkan telefon bimbit daripada perut.
  3. Tutup wifi apabila  tidak digunakan, terutamanya ketika tidur pada waktu malam.
  4. Jangan letakkan telefon ditepi kepala ketika tidur , atau lebih baik, tinggalkan fon dalam keadaan ‘flight mode’ apabila tidak digunakan.
  5. Kurangkan bercakap direct di telefon. Sebaliknya, gunakan ‘loud speaker’ atau ‘earphone’ ketika bercakap telefon.