KelabMama

Wellous Meraikan Kejayaan MOVEON, Produk Pemulihan Sendi, Dengan Sesi Temu Mesra Peminat Bersama Para Bintang Yang Menampilkan Penaja Rasmi Hugo Ng dan Duta Goh Liu Ying

meet-and-greet Wellous MOVEON 2024

Wellous, jenama kesihatan dan kesejahteraan tempatan yang terkenal komited untuk memanfaatkan kuasa Alam Semulajadi untuk kesejahteraan holistik, sangat teruja untuk mengumumkan kejayaan minuman pemulihan sendi, MOVEON, dengan sesi temu mesra peminat bersama para bintang yang diadakan semalam di Elephant Resort di Kuala Lumpur.

Minuman pemulihan sendi, formula semua-dalam-satu yang direka dengan teliti untuk memulih, memperbaiki dan menguatkan tulang dan sendi, menjadi tumpuan apabila Hugo Ng, Artis Antarabangsa, dan pemenang pingat perak Sukan Olimpik badminton Malaysia, Goh Liu Ying, memeriahkan majlis tersebut.

Campuran Nutrien Premium untuk Kesihatan Sendi yang Lebih Baik

MOVEON, diperkaya dengan nutrien premium untuk kesihatan sendi yang lebih baik, menangani isu kritikal penurunan pengeluaran kolagen yang bermula seawal usia 30 tahun, yang membawa kepada sakit sendi, kekakuan dan keradangan.

Produk ini adalah hasil usaha sama antara pasukan penyelidik Wellous dan saintis dari seluruh Sepanyol, AS dan Jepun, memastikan minuman pemulihan sendi yang paling berkesan dan komprehensif.

“Di Wellous 唯乐, dedikasi kami yang tidak berbelah bagi untuk kepuasan pelanggan dan penyampaian penyelesaian kesihatan premium adalah teras kepada semua yang kami lakukan. MOVEON bukan hanya sekadar produk semata-mata; ia merupakan bukti usaha berterusan kami untuk mencapai kecemerlangan dalam kualiti dan kesejahteraan holistik,” kata Wind Lee, Pengarah Jenama Wellous.

Rahsia keberkesanan MOVEON terletak pada ramuan utamanya, Ovomet®, kolagen tulen 90% berkualiti tinggi yang diekstrak daripada membran kulit telur melalui proses yang dipatenkan. Ovomet® telah menerima pengiktirafan dan akreditasi daripada pelbagai negara kerana keupayaannya mengurangkan ketidakselesaan sendi dalam masa 3-5 hari penggunaan.

Formula unik ini juga termasuk UC-II Undenatured Type II Collagen Powder dan BonePep Hydrolyzed Egg Yolk Peptide, kedua-duanya disokong oleh teknologi yang dipatenkan, bersama-sama dengan bahan sokongan seperti Ekstrak Kunyit dan Vitamin D3.

Temu Mesra Peminat Bersama Para Penaja dan Duta MOVEON

Komitmen terhadap kecemerlangan ini diraikan pada sesi temu mesra peminat, memberikan rakan perdagangan dan peminat peluang untuk berhubung dengan jenama dan bertemu dengan para Penaja dan Duta yang dihormati di mana Hugo Ng, Artis Antarabangsa yang dikasihi, dan Goh Liu Ying, seorang Pemenang pingat perak Sukan Olimpik badminton Malaysia, menambah sentuhan glamor pada acara tersebut.

Wellous bertujuan untuk mempamerkan bukan sahaja manfaat MOVEON tetapi juga intipati jenama melalui tokoh-tokoh berpengaruh ini.

“Dengan mempamerkan para Penaja dan Duta kami, Hugo Ng dan Goh Liu Ying, yang secara aktif menggunakan MOVEON dalam kehidupan mereka, kami berhasrat untuk mengukuhkan keyakinan peniaga dan pelanggan. Interaksi dinamik ini bukan sahaja menekankan kredibiliti produk kami tetapi juga menggariskan komitmen kami terhadap ketelusan dan kepercayaan dalam setiap aspek jenama kami. Kami bersyukur kerana telah mendapat kepercayaan berjuta-juta orang di seluruh Malaysia, Singapura, Brunei, Hong Kong, Macau dan Indonesia, sambil kami terus memperkasakan seseorang individu dalam perjalanan mereka ke arah kehidupan yang lebih sihat dan aktif”, tambah Wind Lee.

MOVEON bukan sekadar minuman pemulihan sendi – ia adalah bukti komitmen Wellous terhadap kesihatan dan kesejahteraan holistik, memenuhi keperluan khalayak yang pelbagai, termasuk warga emas, orang yang mengalami sakit sendi atau kekakuan, dan para peminat sukan.

Wellous terus mengekalkan standard tertinggi dalam kualiti produk dan dengan sukacitanya mengumumkan bahawa MOVEON adalah disahkan halal, memastikan kebolehcapaiannya kepada khalayak yang lebih luas.

Untuk maklumat lanjut tentang MOVEON dan produk Wellous yang lain, sila lawati Laman Web Rasmi Wellous.