KelabMama

Vape “Alternatif” Yang Lebih Baik? Betul Ke?

Industri pemasaran vape pada masa kini sangat berkembang. Semakin meluas penggunaan produk e-rokok ini, semakin banyak kajian yang dilakukan untuk mengetahui lebih tentang implikasi dan komplikasi, hasil daripada produk nikotin ini.

Apa yang kini dikenali sebagai rokok elektronik atau vape, pada pertama kali berjaya secara komersial dicipta di Beijing, China oleh Hon Lik, seorang ahli farmasi, pencipta dan perokok berusia 52 tahun. Beliau dilaporkan mencipta peranti itu selepas bapanya, juga seorang perokok tegar, meninggal dunia akibat kanser paru-paru.

Pada mulanya produk e-rokok di ciptakan sebagai alternatif yang lebih baik dan satu usaha untuk berhenti merokok, namun semakin luas pemasaran dan produksinya, produk-produk vape semakin dipasarkan ke arah yang lain.

Produk e-rokok kini telah di hasilkan dengan pelbagai variasi alat peranti seperti vape pakai buang (disposable pod) yang sedang hangat diproduksi di Malaysia pada masa kini. e-rokok kini dipromosikan dengan pelbagai design, rasa, dan tahap nikotin dengan warna warni yang pelbagai.

Walaupun tidak dinafikan produk vape terbukti mempunyai beberapa kebaikkan, tetapi tidak kurang jugak kajian yang membuktikan bahaya vape dalam keadaan tertentu.

Kalau Papa isap vape atau nak berhenti merokok dan terfikir nak mula isap vape, baca ni dulu!

Bahaya Vape Yang Anda Harus Tahu

#1 Kurang Merbahaya Bukan Tidak Merbahaya

E-rokok memanaskan nikotin (diekstrak daripada tembakau), perasa dan bahan kimia lain untuk menghasilkan aerosol yang anda sedut. Rokok tembakau biasa mengandungi 7,000 bahan kimia, kebanyakannya beracun. Walaupun kami tidak mengetahui dengan tepat bahan kimia yang terkandung dalam e-rokok.

Walau bagaimanapun, ada direkodkan kecederaan paru-paru dan kematian yang berkaitan dengan vape. Pada Februari 2020, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mengesahkan 2,807 kes kecederaan paru-paru berkaitan penggunaan e-rokok atau vape (EVALI) dan 68 kematian disebabkan oleh keadaan itu.

#2 Masalah Jantung & Paru-Paru

Nikotin adalah bahan kimia utama dalam rokok biasa dan e-rokok, dan ia menyebabkan ketagihan. Nikotin adalah bahan toksik. Ia meningkatkan tekanan darah anda dan memacu adrenalin, yang meningkatkan kadar denyutan jantung anda dan kemungkinan mendapat serangan jantung.

Terdapat banyak perkara yang tidak diketahui tentang vape, termasuk bahan kimia yang membentuk wap dan cara ia mempengaruhi kesihatan fizikal dalam jangka masa panjang.

#3 Kadar Ketagihan Dan Pengulangan Yang Tinggi

Kedua-dua e-rokok dan rokok biasa mengandungi nikotin. Lebih buruk lagi, terdapat kajian menyatakan, ramai pengguna e-rokok mendapat lebih banyak nikotin berbanding produk tembakau yang mudah terbakar. Kerana pengulangan dan kekerapan penggunaan yang lebih berbanding rokok.

Pengguna boleh membeli kartrij yang mempunyai kepekatan nikotin yang lebih tinggi, atau meningkatkan voltan e-rokok untuk mendapatkan pembakaran nikotin yang lebih.

#4 Dwi-Penggunaan

Walaupun vape telah dipromosikan sebagai bantuan untuk membantu berhenti merokok, satu kajian baru-baru ini mendapati bahawa kebanyakan orang yang ingin menggunakan e-rokok untuk menghentikan tabiat nikotin akhirnya terus menggunakan rokok tradisional dan e-rokok.

#5 Generasi Baru Lebih Ketagih Kepada Vape

Kredit gambar: Pendapat.my

Terdapat tiga sebab e-rokok mungkin menarik minat golongan muda:


Untuk lebih info tentang kesihatan anda, klik SINI.