KelabMama

Usus Sihat, Hidup Lebih Bahagia Bersama VITAGEN

keluarga bahagia dengan vitagen

Adakah Mama tahu bahawa lebih 70% sistem imun Mama terikat dengan kesihatan usus Mama?

Benar sekali!

Berjuta-juta mikroorganisma yang hidup di dalam usus pada saat ini bertanggungjawab untuk melindungi Mama daripada hampir setiap penyakit yang diketahui manusia.

Mikrobiom usus Mama adalah bahagian penting dalam kesejahteraan hidup Mama.

Tetapi bila kali terakhir Mama memberi perhatian kepada kesihatan usus Mama? Atau anak-anak Mama? Lagipun, usus yang sihat adalah rahsia untuk zaman kanak-kanak yang sihat.

Bakteria usus anak Mama memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan perkembangan mereka. Bakteria-bakteria tersebut membantu mengawal hormon pertumbuhan, melatih tindak balas imun dan membantu dalam penyerapan nutrien.

Itulah sebabnya penting untuk melindungi dan meningkatkan kesihatan usus anak Mama. Terutama semasa mereka masih muda.

Satu cara mudah untuk meningkatkan kesihatan usus yang baik adalah melalui minuman probiotik!

Apabila diambil secara konsisten, minuman probiotik boleh menambah bakteria baik dalam usus yang sedia ada. Ini membantu badan anak Mama melawan jangkitan, memperbaiki penghadaman, serta menghasilkan hormon dan enzim penting yang boleh meningkatkan selera makan, tidur dan tenaga mereka.

Tu baru sikit tau Mama.

Probiotik juga boleh membantu dalam penghadaman, mencegah masalah usus, dan juga mencegah demam dan selesema.

Satu jenama yang telah menjadi sumber yang konsisten dan boleh dipercayai untuk kesihatan usus ialah VITAGEN.

Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana VITAGEN merupakan minuman probiotik yang diperlukan oleh setiap keluarga.

Kuasa Probiotik

Minuman probiotik yang terkenal, VITAGEN mengandungi berbilion dua strain kultur hidup yang terbukti secara klinikal iaitu Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus paracasei.

Mikrobiota usus ini memberikan pelbagai faedah apabila disimpan pada tahap yang sihat di dalam usus. Ini adalah beberapa faedah probiotik; bukan sahaja untuk usus tetapi untuk kesihatan dan kesejahteraan tubuh secara keseluruhan.

Rangkaian VITAGEN Biasa, dengan empat perisa istimewanya (LB, Anggur , Epal dan Oren) akan sentiasa menjadi sebahagian besar daripada zaman kanak-kanak kita.

VITAGEN Kurang Gula pula mengandungi 30% kurang gula daripada rangkaian VITAGEN Biasa dengan kebaikan probiotik yang sama.

Terdapat banyak manfaat untuk anak Mama yang minum VITAGEN setiap hari. Berikut adalah sebahagian daripadanya.

Membantu Penghadaman dan Kesihatan Keseluruhan

Probiotik telah menunjukkan ia dapat membantu meningkatkan keupayaan tubuh untuk menyerap nutrien-nutrien penting, terutamanya protein.

Ini bermakna apabila anda mempunyai tahap optimum bakteria usus yang baik, anda dapat ‘menggunakan’ makanan yang dimakan dengan cekap, sama ada untuk tenaga, pemulihan dan juga pertumbuhan.

Selain itu, probiotik juga telah terbukti dapat meningkatkan imuniti badan, membantu melawan jangkitan, keradangan dan alahan.

Kultur probiotik adalah komponen utama imuniti badan anda. Seperti yang dinyatakan, kira-kira 70% – 80% daripada sistem imun terdapat di dalam usus.

Dalam satu kajian* oleh Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), kandungan probiotik yang terdapat dalam VITAGEN memberi kesan positif kepada kesihatan usus dan sistem imun.

Mencegah Masalah Usus

Kajian juga telah membuktikan bahawa minuman probiotik seperti VITAGEN boleh meningkatkan proses penghadaman. Berikut adalah keputusan yang dikumpul daripada kajian* yang sama yang dilakukan oleh VITAGEN:

Jika anda sedang mengambil antibiotik, minuman probiotik yang baik seperti VITAGEN juga boleh membantu masalah cirit-birit yang disebabkan oleh antibiotik dengan menambah bakteria baik, yang sebenarnya ramai orang alami. 

Mencegah Demam dan Selesema

Adakah anak Mama kerap mengalami semput dan hidung berair? Probiotik dalam VITAGEN boleh membantu mengurangkan simptom-simptom tersebut, disamping mencegah jangkitan berulang.

Dengan kuasa meningkatkan imuniti oleh bakteria baik yang terkandung dalam minuman probiotik ini, VITAGEN boleh membantu mengurangkan tahap jangkitan saluran pernafasan atas. 

*Rujukan: Mokhtar N, Jaafar NM, Chan S, et al IDDF2018-ABS-0203 Modulation of intestinal dysbiosis in patients with constipation-predominant irritable bowel syndrome using lactobacillus-containing cultured milk drink Gut 2018;67:A70.

Mak-mak di Malaysia Hanya Sukakan VITAGEN

Usus Lebih Baik dengan VITAGEN

VITAGEN ialah salah satu minuman probiotik yang pertama dan dipercayai di negara ini, telah membantu generasi rakyat Malaysia mengekalkan dan juga menyembuhkan kesihatan gastrousus mereka.

Jika Mama rasa VITAGEN hanyalah minuman, kami ada satu berita baik untuk Mama. Mama juga boleh menggunakan VITAGEN sebagai salah satu bahan dalam pelbagai resepi Mama, pencuci mulut dan juga minuman. 

Jadikan VITAGEN sebagai peneman setia semasa waktu makan bersama keluarga, acara keramaian dan dalam kehidupan seharian Mama, orang tersayang dan juga anak-anak. Kini, usus lebih sihat dengan VITAGEN.

Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.