KelabMama

Kebaikan Urut Selepas Bersalin Yang Ramai Ibu Tak Tahu

mengurut selepas bersalin

Setiap pasangan ibu bapa pasti teruja menanti kelahiran cahaya mata. Pelbagai persiapan dilakukan untuk menanti kehadiran si comel. Namun begitu, jangan lupa juga untuk membuat persiapan untuk diri sendiri terutama selepas melahirkan anak. Badan ibu yang sudah melahirkan anak perlu dipulihkan dan mendapat tenaga kembali. Mendapatkan khidmat mengurut selepas bersalin merupakan antara jalan penyelesaian terbaik.

Apa kata rajinkan diri bertanya kepada mereka yang lebih tua dimana boleh mencari tukang urut yang bagus untuk berpantang, atau pun sekarang ni semua info boleh berada dihujung jari. Cari sahaja di laman sesawang atau media sosial.

Kenapa Perlu Urut Selepas Bersalin?

Kebanyakan ibu yang melahirkan anak akan mengamalkan urutan badan untuk mengembalikan semula kesegaran badan. Siapa yang tidak urut selepas bersalin pasti tak akan menikmati kelebihannya. Dari segi fizikal, urutan dapat meningkatkan pengaliran darah dan membolehkan lebih banyak oksigen disalurkan kepada tubuh. Perjalanan darah yang tersekat itulah punca seseorang itu merasa lenguh, sengal, pening dan sakit-sakit pada bahagian tertentu pada badan. Urutan turut memperbaiki pernafasan dan pengaliran darah serta mempertingkatkan keadaan kesihatan secara keseluruhan.

Apabila berurut, oksigen dalam darah merah dapat disalurkan ke otak dan membantu badan menjadi sihat dan segar. Walaupun mengurut bukanlah penawar sepenuhnya kepada masalah sakit otot dan ketegangan urat, ia dapat mengurangkan kesakitan. Mengurut juga mampu meredakan tekanan, sekali gus membuatkan badan berasa segar dan mengurangkan lesu. Urutan juga mampu menimbulkan perasaan yang harmoni dan memberi kesejahteraan menyeluruh serta dapat berasakan diri dimanja.

Kelebihan Mengurut

Selain itu, urut selepas bersalin juga memberi pelbagai kelebihan lain. Antaranya adalah seperti berikut: