KelabMama

Bila Waktu Terbaik Buat Ujian Kehamilan? Dapatkan Keputusan Yang Tepat Dengan Cara Yang Tepat

Ujian kehamilan boleh menjadi satu perkara yang memberikan tekanan kepada pasangan yang telah berkahwin, terutama sekali Mama. Mendapatkan anak adalah idaman besar kebanyakan pasangan, dan topik bilakah masa terbaik untuk membuat ujian kehamilan selalu menjadi pertanyaan Mama Papa.

Kalau terlalu awal, penguji kehamilan tidak dapat mengesan kehamilan, dan Mama Papa semestinya ingin menyediakan persediaan awal supaya kandungan dan Mama selamat.

Sesetengah ujian kehamilan boleh mengesan sebelum haid tiba, tetapi badan memerlukan masa untuk meningkatkan tahap hormon human chorionic gonadotropin (HCG) untuk hasil yang tepat. Ujian sebelum haid boleh meningkatkan risiko keputusan negatif palsu.

Dalam artikel ini, Mama Siti akan berkongsi cara ujian kehamilan berfungsi dan berapa lama Mama boleh mengambilnya kalau Mama syak sedang hamil.

Bagaimana Ujian Kehamilan Berfungsi?

Sama ada Mama Papa cuba mendapatkan anak, atau bimbang kawalan kelahiran tidak berkesan, ujian kehamilan boleh membantu mengesahkan sama ada Mama hamil atau tidak. Tetapi, mengambilnya terlalu cepat mungkin memberikan hasil yang palsu.

Ujian kehamilan biasanya menguji air kencing anda untuk mengesan kuantiti hormon HCG.

Cara Mama menguji air kencing anda bergantung pada kit yang Mama pilih.

Mama mungkin perlu:

Anda boleh melakukan ujian dalam privasi rumah anda sendiri. Tapi jangan pula sebarangan sahaja! Ikut arahan, dan tunggu masa yang disyorkan untuk melihat keputusan.

Selepas masa menunggu yang disyorkan telah berlalu, ujian akan memaparkan keputusan anda dalam salah satu cara berikut:

Waktu Terbaik Lakukan Ujian Kehamilan

Sesetengah ujian adalah sangat sensitif dan boleh menunjukkan sama ada anda hamil sebelum tempoh haid anda tiba.

Walau bagaimanapun, sebaiknya tunggu sehingga sekurang-kurangnya hari pertama Mama terlepas haid untuk mengambil sebarang ujian. Untuk keputusan yang lebih tepat, ambil ujian seminggu selepas anda terlepas haid.

Ujian kehamilan berfungsi dengan mengukur tahap HCG, hormon yang hanya ada jika anda hamil. Badan hanya mengeluarkan HCG jika telur yang disenyawakan melekat pada rahim dalam proses yang dikenali sebagai implantasi.

Implantasi biasanya berlaku sekitar 10 hari selepas pembuahan, apabila sperma menyuburkan telur. HCG yang dapat dikesan oleh kebanyakan kit ujian kehamilan akan hadir dari 7-10 hari selepas implantasi.

Kalau Mama mempunyai kitaran yang tidak teratur dan tidak tahu bila haid tiba, sebaiknya lakukan ujian sekurang-kurangnya 21 hari selepas melakukan hubungan seks tanpa perlindungan.

Mama mungkin dapat keputusan yang tidak tepat kalau mengambil ujian terlalu awal dalam kitaran haid.

Bila?

Air kencing pertama pada waktu pagi mempunyai kadar kepekatan hCG paling tinggi. Kalau Mama terbangun pada waktu tengah malam untuk membuang air, maka air kencing pertama pada waktu itu adalah yang terbaik bagi mengesan tanda awal kehamilan.

Walau bagaimanapun, bukan bermaksud ujian kehamilan ini tidak boleh dilakukan pada waktu lain. Cuma keputusan yang diperolehi akan kurang tepat, terutamanya kalau mama minum banyak air.

Mama Siti faham, kalau waktu pagi, Mama mungkin akan mamai selepas bangun tidur dan mudah terlupa untuk melakukan UPT. Jadi mungkin Mama boleh meletakkan nota pada pintu bilik air untuk mengingatkan semula..

Macam mana pula kalau Mama mempunyai jadual tidur yang berbeza, tidak teratur dan tidak boleh menguji air kencing pada waktu pagi?

Jangan bimbang, Mama juga boleh melakukan UPT dengan menahan diri daripada kencing untuk tempoh sekurang-kurangnya 4 jam.

Sebelum melakukan ujian , Mama dinasihatkan untuk tidak minum terlalu banyak air pada waktu pagi berbanding kebiasaan.

Ini kerana ia boleh mencairkan air kencing dan mempengaruhi hasil ujian yang dilakukan.

Jika keputusan yang diperolehi adalah negatif namun merasakan bahawa anda hamil, lakukan ujian pengesanan sekali lagi selepas beberapa hari.

Ujian Darah

Umumnya, ujian kehamilan yang dilakukan di rumah anda adalah untuk mengukur tahap hormon hCG dalam air kencing.

Doktor akan cadangkan untuk Mama melakukan ujian darah kerana ia lebih sensitif dan boleh memberikan lebih banyak maklumat berbanding ujian pengesan melalui air kencing yang dibuat di rumah.

Ujian pengesanan kehamilan melalui darah ini ialah terbaik untuk dilakukan setelah beberapa hari lewat daripada waktu Mama sepatutnya haid. 

Jika ujian yang dilakukan di rumah tetap memberikan hasil keputusan negatif walaupun Mama mengalami semua tanda kehamilan, cadangan terbaik adalah untuk melakukan ujian darah ini. 

Ujian darah yang dilakukan bagi mengesan kehamilan adalah paling meyakinkan kerana ianya bersifat kuantitatif dengan menentukan jumlah hormon hCG secara lebih tepat.

Melalui ujian darah, ia dapat mengenalpasti jika anda hamil atau perlu melakukan ujian lain dalam tempoh beberapa hari.

Doktor akan menyarankan melakukan ujian darah jika Mama pernah mengalami kehamilan ektopik atau keguguran pada kehamilan lepas.

Dah jelas kan bila Mama patut buat ujian kehamilan? Tak susah pun sebenarnya. Apa pun keputusan yang diterima, kita perlu bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan.

Jangan terlalu sedih, dan teruskan berusaha. Bagi yang merasakan belum bersedia untuk mendapatkan anak, jangan terlampau risau, dan tingkatkan lagi usaha untuk menjaga rezeki, pemberian hadiah daripada syurga.


Untuk pelbagai lagi tips kehamilan, Mama boleh klik SINI.