KelabMama

18 Ucapan Hari Lahir Untuk Suami Tercinta: Cara Menyentuh Hatinya Dengan Kata-Kata Istimewa!

ucapan hari lahir untuk suami

Kredit gambar: www.theknot.com

Tak lengkap rasanya kalau sambutan hari lahir, Mama tak ungkapkan ucapan hari lahir untuk suami yang penuh dengan makna dan rasa cinta. Namun, Mama Siti faham, tak semua orang mampu berkata-kata dan meluahkan rasa di hati.

Agak sukar untuk luahkan rasa cinta tambah-tambah jika Mama seorang yang jenis pemalu dan jarang ungkapkannya dan kebiasaannya, ucapan tanda kasih sayang ini banyak dizahirkan melalui perbuatan sahaja.

Oleh sebab itu, Mama Siti terasa terpanggil untuk bantu semua Mama di luar sana untuk sama-sama menyambut kelahiran insan tersayang untuk kali ini dengan ucapan penuh romantis di mana setiap ucapan ini, InsyaAllah, akan tersemat jauh dan bakal menusuk tajam di sanubari suami yang tersayang.

Nampak mudah untuk membentuk suatu nota ucapan selamat hari lahir suami, tapi sukar sebenarnya untuk buat orang yang membaca mudah cair dengan kata-kata kita.

Jadi, untuk bantu Mama mencipta ayat romantis yang ikhlas dari hati, boleh rujuk list ucapan hari lahir suami yang Mama Siti telah siap karangkan untuk Mama gunakan nanti di bawah ini!

Senarai Contoh Ucapan Hari Lahir Untuk Suami Yang Tercinta

Kredit gambar: inspirationfeed.com

Berikut adalah 18 contoh ucapan selamat hari lahir untuk suami yang boleh Mama gunakan untuk diucapkan kepada suami Mama nanti.

#1. Selamat hari lahir buat suamiku yang tersayang! Terima kasih untuk setiap saat bersama saya, untuk setiap sokongan dan kasih sayang yang telah dicurahkan kepada saya.

#2. Happy Birthday suamiku sayang. Telah terbukti engkaulah ayah terbaik untuk anak-anak kita dan lelaki terhebat dalam hidupku. Semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan dipanjangkan usia oleh Allah.

#3. Hari ini adalah hari yang istimewa buatmu wahai suamiku, suami dan ayah yang terbaik buatku dan anak-anak. Terima kasih ya Allah hadirkan dia dalam hidupku!

#4. Happy birthday, my dear husband. May your day be filled with love and laughter, and may all your wishes come true. Thank you my dear husband for all the love.

#5. Selamat hari lahir kepada suamiku yang handsome lagi bergaya. Terima kasih kerana telah menjadi sahabat, teman, dan pasangan hidup terbaik buat saya.

Kredit gambar: www.lovepop.com

#6. Happy birthday to the most amazing husband in the world. I feel so lucky to have you by my side, and I look forward to spending many more birthdays together.

#7. Buat suamiku yang luar biasa, hari ini adalah harimu. Semoga semua impian dan harapanmu menjadi kenyataan pada hari lahirmu ini.

#8. Kepada lelaki yang telah mengubah hidupku menjadi lebih bermakna selamat hari lahir. Terima kasih kerana menjadi suami dan ayah yang baik kepada anak-anak kita.

#9. Happy birthday to my lovely and wonderful husband. You make every day brighter with your presence, and I am so grateful to have you in my life. Love you my dear husband!

#10. Suamiku, selamat ulang tahun. Tidak ada yang boleh aku berikan untukmu selain kesetiaan dan rasa sayang ini. Engkau lelaki terbaik untukku, semoga sentiasa sihat dan dipanjang usia dalam keberkatan Allah.

#11. Saat engkau melafazkan akad di hari pernikahan kita, semua mimpiku menjadi kenyataan. Hidupku semakin indah tika kau hadir melengkapi setiap kekuranganku. Terima kasih suamiku, selamat ulang tahun dan semoga cinta kita akan terus kekal hingga ke syurga Allah.

#12. Happy birthday to the man who stole my heart and continues to make it beat faster every day. I love you more and more with each passing year.

#13. Bukan emas berlian yang membuatku memilihmu. Bukan juga penampilan yang membuatku jatuh cinta padamu. Tetapi keperibadianmulah yang telah memikatku hingga sudi menjadi suri hidupmu. Sempena hari yang istimewa ini, tiada kata lain yang ingin ku katakan selain aku terlalu sayang kepadamu. Selamat Hari Lahir Sayangku!

Kredit gambar: www.amazon.co.uk

#14. Selamat ulang tahun kelahiran buat suamiku. Semoga diberkati Allah, dikurniakan kesihatan, kejayaan, kebahagiaan dan kesejahteraan hidup dan semoga kejayaan akan sentiasa menyertai di setiap langkahmu.

#15. Happy birthday to the most wonderful husband that a woman could ask for! You are my rock, my soulmate, and my best friend all rolled into one. Love you to the moon and back!

#16. Tiada pantai yang tidak dilanda badai, namun kau sering mempertahankannya. Kasih sayang dan kesabaranmu menjadi pengikat hubungan yang suci ini sehingga ke saat ini. Terima kasih dan selamat ulang tahun suamiku dan semoga Allah limpahkan rezeki yang melimpah ruah, rahmat dan dilanjutkan usia olehNya.

#17. Selamat hari lahir suamiku. Bersempena dengan ulang tahun kelahiran ini, semoga Allah SWT akan sentiasa mengurniakan taufik dan hidayah, rahmat, perlindungan, keselamatan, rezeki, kesihatan yang baik serta redhaNya.

#18. Selamat hari lahir buat insan yang paling istimewa dalam hidup saya. Kamu adalah segala-galanya bagi saya. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan rasa sayang dan penghargaan saya terhadap awak dengan segala pengorbanan yang telah awak lakukan untuk keluarga kita. Saya sayang awak dan terima kasih!

Semoga dengan ungkapan kasih dan cinta di atas ini menjadikan sambutan hari lahir suami Mama semua pada kali ini lebih bermakna dan mendekatkan lagi hubungan suami isteri.


Selain ucapan birthday untuk suami, Mama juga boleh dapatkan pelbagai lagi tips dan nasihat dalam hubungan serta beberapa panduan menarik yang lain di SINI!