KelabMama

Awas dan Take Note Mama: Tidak Boleh Ambil Sembarangan Ubat Ketika Hamil!

Sebenarnya kita tidak boleh ambil sembarangan ubat ketika hamil tau Mama. Hal ini kerana, terdapat banyak risiko kepada anak dalam kandungan kita. Sebab itulah kita harus take note dengan perkongsian kali ini!

Baru-baru ini di Twitter, sebuah akaun farmasi telah berkongsi informasi tentang pelbagai jenis ubatan yang tidak boleh diambil ibu mengandung.

Ini adalah kerana untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini pada janin Mama seperti kecacatan atau penyebab keguguran.

Adakah Mama aware tentang ini? Mari kita lihat senarai yang diberi!

5 Jenis Ubat Yang Berisiko Pada Bayi Mama

Untuk ibu mengandung, ada beberapa jenis ubat yang tak boleh makan.

Ubat-ubat dalam senarai ni boleh menyebabkan kecacatan pada janin dan ada jugak yang boleh sebabkan keguguran.

#1 Chloramphenicol

Gray baby syndrome (Kredit gambar: Farmacora)

Ubat ni ubat antibiotik yg biasanya doktor prescribed untuk orang yang ada infection.

Ibu yang hamil tak boleh makan ubat ni sebab boleh menyebabkan bayi mengalami gray baby syndrome.

#2 Levofloxacin dan ciprofloxacin

Ubat ni pun ubat antibiotik untuk infection jugak.

Ada satu kajian pernah buat pada tahun 2017, diorang concludekan ada 3 risiko ubat ni untuk ibu hamil iaitu:

  1. Meningkatkan risiko keguguran
  2. Menyebabkan masalah pada tumbesaran tulang bayi
  3. Menyebabkan masalah pada perkembangan otot bayi

#3 Sulfonamides

Ini pun salah satu daripada keluarga ubat antibiotik jugak.

Pengambilan ubat ni boleh menyebabkan risiko keguguran & masalah jaundice yg teruk pada bayi bila lahir nanti.

#4 Codeine

Ubat ni biasanya doctor prescribed untuk masalah batuk kering, diarrhea & tahan sakit.

Jadi kalau batuk, pergi farmasi nak beli ubat, semak dulu kandungan ubat batuk tu.

Lagi bagus tanya dengan pharmacist in charge.

Apa kesan codeine ni pada bayi?

Ia boleh menyebabkan simptom withdrawal pada bayi baru lahir.

#5 Ibuprofen

Banyak kegunaan ibuprofen ni sebenarnya. Ibuprofen ni digunakan untuk rawatan sakit sendi, gout, demam & sakit gigi.

Sebab fungsi utama ubat ni adalah sebagai ubat tahan sakit.

Antara kesan ibuprofen ni pada bayi adalah:

  1. Jaundis
  2. Pendarahan
  3. Kerosakan pada dinding usus perut.
  4. Menyebabkan masalah jantung pada saluran penting duktus arteriosus.

Ilmu pengetahuan ni bukan untuk orang perempuan je tau.

Orang laki pun kena belajar sama, takdelah kita terbeli ubat yang tak sepatutnya waktu pasangan kita tengah hamil nanti.

Jadilah pasangan yang bertanggungjawab & membantu.

Kerjasama Suami Dan Isteri

Mama Siti pun terkejut dengan ubat-ubat ini yang tidak boleh ambil sesuka hati semasa hamil. Sekarang, Mama pasti lebih ramai bakal-bakal ibu sudah tahu ubat apakah yang boleh diambil dan harus dielakkan.

Jenis-jenis ubat yang tidak disarankan ambil ketika hamil adalah Chloramphenicol, Levofloxacin dan ciprofloxacin, Sulfonamides, Codeine dan Ibuprofen.

Encik suami pun kena take note tau tentang hal-hal ini. Sebelum mengambil sesuatu ubat, pastikan check dulu dan buat research.

Pastikan Mama berwaspada dengan jenis ubat dan risikonya. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk Mama dan Papa.