KelabMama

Tiada Lagi Kemiskinan Haid: Selangor Bakal Menjadi Negeri Pertama Memperkenalkan Tuala Wanita Percuma

Isu kemiskinan haid merupakan isu ramai wanita hadapi apabila mereka mempunyai kekangan wang untuk membeli keperluan asas setiap wanita. Ada kalanya, wanita dari golongan B40 lebih memilih kehamilan daripada membeli tuala wanita setiap bulan.

Betul, masih ramai wanita dan kanak-kanak remaja mempunyai kekangan wang dan terpaksa simpan duit untuk barangan yang lebih penting seperti makanan. Ia juga adalah masalah besar yang dihadapi oleh wanita di seluruh negara kita.

Tetapi berita baik buat semua wanita di Selangor! Selangor bakal memperkenalkan program pemberian tuala wanita percuma kepada golongan wanita yang memerlukan. Ia dibahaskan pada Belanjawan 2023 di Dewan Negeri Selangor. Isu ini sangat relevan dan ramai orang mempertikaikan tentang isu ini.

Sementara itu, ADUN Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli berkata

“Antara golongan berisiko menghadapi situasi seperti ini adalah wanita di luar bandar, miskin bandar dan miskin tegar. Manakala bagi pelajar perempuan pula, ketiadaan tuala wanita boleh membatas pergerakan dan aktiviti di sekolah”

Kredit gambar: Selangor Kini

Kebimbangan lain termasuklah gangguan pelajaran apabila kanak-kanak remaja terpaksa ponteng sekolah supaya tidak mengotori pakaian mereka dengan darah haid. Menurut Juwairiya Zulkifli,

“Masalah ini sekali gus mengganggu pembelajaran dan akhirnya pelajar memilih untuk tidak hadir ke sekolah dan ini merupakan salah satu faktor berlakunya keciciran pembelajaran.”

Tuala wanita percuma mempunyai peruntukan itu di bawah bajet RM2.45 bilion negeri untuk 2023 yang dibentangkan minggu lepas oleh Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari.

Sekali gus,

“Langkah ini dapat membantu menangani stigma mengenai isu sosial tersebut, beliau juga memberitahu isu tersebut jarang dibincangkan kerana rasa malu dan stigma masyarakat yang menganggap ia pantang larang.”

-Juwairiya Zulkifli, ADUN Bukit Melawati

Semoga kita dan pihak berkuasa sama-sama dapat membendung masalah ini dengan jayanya serta menyelesaikan isu sosial ini untuk selamanya. Harap-harap negeri lain juga menyusul kan, Mama? Banyak boleh jimat dan bantu wanita diluar sana. Apa pendapat Mama pula?


Perlukan info tentang haid? Klik di SINI.