KelabMama

15 Tips Khas Untuk Wanita Berbadan Besar Sukar Hamil

Masalah obesiti atau kegemukan dalam kalangan wanita sebenarnya boleh mengganggu tahap kesuburan kita. Tidak dinafikan, wanita yang mengalami masalah obesiti keterlaluan akan berhadapan dengan masalah sukar mendapat cahayamata. Antara tindakan awal yang boleh dilakukan ialah mendapatkan berat badan yang ideal. Mungkin agak sukar, tetapi harus dilakukan! Barulah lebih sihat dan bertenaga nanti.

15 Tips untuk Mendapatkan Kembali Berat Badan yang Ideal

  1. Jangan terlalu laju makan. Habiskan makan selama 20 minit. Jangan cuba berlumba untuk habiskan makanan antara suami isteri. Kunyah perlahan-lahan sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan. Tempoh 20 minit atau lebih diperlukan untuk otak dapat signal perut sudah kenyang.
  2. Lebihkan tidur satu jam dari biasa. Kurang tidur boleh menjadi lapar dan selera makan meningkat dan makanan2 sampingan menyumbang kepada kenaikkan berat badan.
  3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah2. Masak sayur sekejap tanpa overcooking, suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah2 mengandungi banyak fiber, vitamin dan antioksidan serta kurang kalori yang menggemukkan.
  4. Mulakan makan dengan buah2 diikuti sup sayur dan mushroom. Ia boleh mengenyangkan tanpa mengemukkan. Buat sendiri air stok ayam, daging atau ikan bilis untuk sup.
  5. Jauhkan makan bergula dan yang dibuat daripada tepung gandum saperti donut, cakes dll. Makan ‘whole grain’ wheat, oat, barley dan brown rice.
  6. Jauhkan fast foods, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets.
  7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi gula dan manisan.
  8. Minum teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh.
  9. Makan di rumah dengan masakan sendiri sekurang-kurangnyanya 5 kali dalam seminggu. Banyak faedah masak sendiri, boleh kawal kualiti dengan memilih makanan berzat dan berkhasiat, kurangkan belanja.
  10. Amalkan ‘berhenti rehat seketika waktu tengah makan’. Masa itu ia akan berasa kenyang. Minum air mineral waktu rehat makan.
  11. Amalkan kunyah ‘chewing gum’ ketika menonton TV atau ketika melayari internet, ia bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemuk kadangkala makan sedikit di hadapan orang lain tetapi di belakang, senyap2 dia ulang makan.
  12. Gunakan pinggan kecil (10′) menggantikan pinggan besar (12′) untuk mengurangkan muatan makanan yang diambil. Lebihkan sayur2 atau salad dan lauk2 dalam hidangan serta kurangkan nasi.
  13. Bila makan di restoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak-kanak, bungkus (tapau) separuh hidangan sebelum mula makan.
  14. Bila rasa lapar dan mengeletar atau ‘craving’ makan segenggam campuran kacang almond, gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemuk sering ketagih atau ‘craving’ makanan yang manis. Makan buah2 atau kacang2 waktu ketagih nak makan, jauhkan segala makanan manis dan karbohaidrat.
  15. Berjalan 30 minit sejauh 2 – 3 km, atau cabut rumput rampai di halaman rumah, bersihkan kereta atau dalam rumah. Exercise hingga berpeluh. Jauhkan minuman manis selepas exercise atau berkerja. Minum air mineral saja.

Tips-tips ini bukan khas untuk wanita je tau. Si suami pun boleh turut lakukan aktiviti di atas bersama isteri. Barulah lebih bersemangat dan rumah tangga turut menjadi lebih harmoni. Selamat mencuba!