KelabMama

TIPS SUSTAGEN TAMBAT SELERA ANAK

Tahukah anda, tiga daripada empat ibu mengalami masalah dalam penyediaan makanan kepada anak-anak mereka yang mempunyai tabiat pemakanan yang tidak sihat? Kebanyakan kanak-kanak agak sukar untuk makan makanan berkhasiat yang disediakan ibu mereka terutamanya sayur-sayuran dan nasi. Mereka lebih gemar makan makanan yang diproses seperti makanan ringan, burger, nuget dan gula-gula. Masalah itu dikhuatiri menyebabkan tumbesaran anak-anak terganggu dan membesar sebagai seorang kanak-kanak yang obes.

                Kanak-kanak memerlukan pelbagai variasi makanan yang berkhasiat agar untuk tumbesaran tubuh dan minda mereka. Dengan tip memasak yang diberi kepada ibu bapa hari ini, anak anda pasti makan dengan penuh selera dan tidak lagi menolak makanan yang disaji. Antara tip tersebut termasuklah memasak dan menghidang makanan yang sesuai dengan cara yang betul, perhatikan minat anak terhadap penyediaan makanannya dan hidangkan dengan serta-merta. Selain itu cara memasak seperti mengukus, merebus, membakar dan memanggang adalah lebih baik berbanding menggoreng.

                Lantaran itu, Mead Johnson Nutrition yang juga pengeluar produk rangkaian Sustagen memperkenalkan lima resipi yang mudah, menyeronokkan dan berwarna-warni untuk menarik minat kanak-kanak yang cerewet terhadap pemakanan. Dengan kerjasama ketua tukang masak yang dilantik oleh Sustagen, Chef Chin Pei Ling, beliau menyediakan lima resipi enak untuk diikuti oleh para ibu mengikut Piramid Makanan yang telah diluluskan serta diterima oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

                Lima sajian itu ialah telur omelette berlapis bersama roti gandum, nasi mentega bersama dada ayam bakar dan salad bayam tomato, pasta bersos tomato klasik bersama ikan dan salad, puding vanilla Sustagen serta smoothie berperisa coklat Sustagen. Resipi-resipi dinamakan sebagai Appetit Support Nutrients ini mengandungi zat seperti tiamine, zink, vitamin B12, zat besi dan asid folik. Cara penyediaannya amat mudah dan sudah tentu setiap ibu boleh melakukannya dengan atau tanpa kemahiran memasak. Untuk penyedian lebih terperinci boleh layari www.sustagen.com.my