KelabMama

Papa Jangan Malu! 7 Tips Menjaga Dan Meningkatkan Kesuburan Lelaki

keputusan analisa sperma lelaki

60 % ujian analisis sperma makmal Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia (LPPKN) didapati tidak normal.

Begitulah yang disebut oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Aiman Athirah Sabu.

Peningkatan masalah kesuburan pasangan suami isteri di Malaysia berkemungkinan disebabkan perkara tersebut.

Menurut beliau juga, kadar kesuburan ialah bilangan anak yang dilahirkan oleh seorang wanita setiap tahun. Di Malaysia, kadar kesuburan pada masa ini ialah 1.7 anak bagi setiap wanita yang sudah berkahwin.

Sejak tahun 1970-an, kadar kelahiran di Malaysia semakin berkurangan. Ini berkemungkinan kerana kini terdapat lebih ramai pasangan yang memilih untuk mempunyai keluarga yang lebih kecil.

Sumber: Berita Harian

Masalah kesuburan adalah sesuatu yang kebanyakan orang malu nak bercerita apa lagi lelaki. Ego yang ada pada lelaki membuatkan mereka malu ingin mencari rawatan dan penyelesaian bagi masalah begini, dan lebih memilih untuk mencari tips atas talian sebelum berjumpa dengan pakar.

Jangan risau! Harini Papa akan kongsi tips menjaga dan menambah baik kesuburan bagi kaum lelaki.

7 Tips Yang Baik Untuk Kesuburan Lelaki

1. Makanan Berkhasiat

Kredit gambar: siraplimau.com

Penjagaan kesihatan bermula daripada perut. Setiap perkara yang masuk dalam perut akan dicerna dan memberi kesan tertentu pada organ tertentu. Begitu juga dengan Kesuburan Papa. Terdapat beberapa makanan yang berfungsi bagi kesuburan Papa.

2. Bersenam

Testosteron adalah hormon yang penting untuk Papa. Ia membantu kesuburan, dan memberi impak kepada ciri fizikal dan emosi.

Senaman membantu meningkatkan keyakinan dan prestasi fizikal Papa. Ini, seterusnya, boleh meningkatkan tahap testosteron.

Kajian telah menunjukkan bahawa lelaki yang kerap bersenam mempunyai tahap testosteron yang lebih tinggi dan kualiti sperma yang lebih baik daripada lelaki yang tidak bersenam.

3. Bertenang dan kurangkan stres

Tekanan boleh menyebabkan masalah dalam kehidupan seks Papa. Kajian menunjukkan bahawa tekanan boleh menyebabkan hormon kortisol meningkat, yang boleh mengurangkan kepuasan seksual dan kesuburan.

Tekanan juga boleh memberi kesan negatif pada tahap testosteron. Apabila tahap kortisol meningkat, tahap testosteron akan menurun.

Kurangkan tekanan anda dengan melakukan perkara yang menggembirakan seperti, meluangkan masa bersama rakan dan keluarga, atau berdoa dan bermeditasi.

4. Perkara Yang Perlu Dijauhi

Mencegah lebih baik dari merawat. Elakkan perkara-perkara ini untuk menjaga kesuburan Papa;

5. Elakkan Kepanasan Yang Melampau

Kredit gambar: vecteezy.com

Jika suhu badan seseorang lelaki terlampau tinggi, ia boleh menyebabkan sperma yang terkandung lemah dan melambatkan proses penghasilan sperma.

Orang yang bekerja di kawasan panas, cerah, pemandu trak jarak jauh dan orang yang suka meletakkan komputer riba di pangkuan mereka lebih berkemungkinan mengenakan suhu panas terus kepada testis.

Berikut tips menyejukkan alat sulit Papa:

6. Pengambilan Suplemen

Kredit gambar: Men’s Health

Selain nutrien dan zat yang dibekalkan daripada makanan semulajadi, pengambilan suplemen juga penting untuk memberi output atau hasil yang lebih maksima.

Multivitamins – pelbagai jenama dalam pasaran- perlu mengandungi vitamin B, A logam-logam termasuk zink.

Produk suplemen yang disarankan pakar, seperti:

7. Rawatan

Sekiranya anda mendapati tanda-tanda masalah kesuburan / keanehan, segera berjumpa dengan pakar bertauliah. Berikut adalah antara rawatan/ubat hormon yang diberikan kepada pesakit:

Papa juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesuburan lelaki dengan membaca perkongsian pakar melalui artikel ini: Pakar Kesuburan Menjawab Segala Mitos dan Persoalan Mengenai Kesuburan Lelaki (+ Petua Khas!).


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Dapatkan tips khusus untuk Papa yang lain di SINI.