KelabMama

8 Tips Untuk Memudahkan Mama Yang Mempunyai Anak Kecil Bekerja Dari Rumah

Banyak syarikat yang memberi peluang untuk ibu ayah bekerja dari rumah untuk mengurangkan risiko wabak Covid-19. Bila dah boleh kerja dari rumah ni, mesti lebih memudahkan Mama untuk menguruskan urusan seharian. Masalah trafik, perihal sekolah anak dan merawat bayi kecil pastinya tidak perlu dirisaukan sangat.

Realiti Ibu yang Bekerja dari Rumah

Realitinya, bekerja dari rumah bukanlah semudah yang kita sangka, terutama sekali buat kita yang bergelar ‘Mama’. Selain menguruskan perihal kerja, kita juga terikat untuk menguruskan hal rumahtangga dan anak-anak.

Cuba bayangkan jika di tengah-tengah teleconference bersama majikan, si bayi yang sedang tidur mula merengek kecil tanda hendak terjaga dari tidur?

Belajar untuk Berlapang Dada

Kajian dari universiti ternama menyatakan 18% ibu yang bekerja dari rumah menghadapi masalah kemurungan berbanding dengan orang lain. Kemurungan boleh meningkatkan risiko seseorang kepada penyakit yang lebih berbahaya seperti sakit jantung atau diabetes.

Mama yang mempunyai bayi dan bekerja dari rumah haruslah bijak menguruskan jadual harian untuk mengurangkan tekanan bekerja.

Naluri ibu, mesti akan membuatkan Mama rasa bersalah apabila melihat si manja bermain sendirian di dalam kot mahupun playpen sementara Mama sibuk bekerja di hadapan komputer.

Mungkin ada juga yang tergesa-gesa membalas emel kerja tanpa memastikan kesahihan isi kandungannya semata-mata untuk melayan bayi yang sedang asyik bermain. Usai duduk bersama si manja, mulalah fikiran Mama tak tenang memikirkan kandungan emel yang baru dibalas sebentar tadi.

Sebenarnya, situasi ini tidak perlu berlaku. Mama mestilah belajar untuk berlapang dada dan berfikiran positif. Buang rasa bersalah kerana membiarkan bayi bermain berseorangan dan jangan terlalu mengikatkan diri anda untuk sentiasa berada di sisi bayi 24 jam.

Cara-cara Berkesan Untuk Bekerja dari Rumah dengan Bayi

Mama yang bekerja dari rumah serta mempunyai bayi kecil perlu mengambilkira beberapa perkara supaya menjadi lebih produktif.

Antara cara-cara berkesan yang boleh Mama lakukan bagi memudahkan urusan seharian termasuklah:

1. Rancang jadual dengan teliti

Ambil peluang hujung minggu untuk menyediakan segala keperluan bayi seperti memasak makanan bayi dan sejukbekukan untuk seminggu, mencuci baju, mengemas rumah serta keluar ke pasaraya untuk mendapatkan bahan-bahan keperluan.

2. Perlu ada disiplin diri yang tinggi

Tetapkan jadual bekerja mengikut kesesuaian dan benar-benar bekerja pada waktunya. Elakkan daripada leka dengan melayari media sosial atau laman web yang tidak berkenaan serta membazir masa dengan membeli-belah di atas talian.

3. Rapi dan persiapkan diri untuk bekerja

Berpakaian kemas dan segak seperti kebiasaan yang anda pakai ketika hendak pergi ke pejabat. Dengan berpakaian bersesuaian, secara tidak langsung anda akan lebih berdisiplin semasa bekerja dari rumah.

4. Galakkan bayi bermain sendirian

Berlapang dada dan galakkan bayi anda untuk bermain sendirian. Berikan dia mainan yang boleh melekakan serta letakkan bayi anda di kot bayi atau playpen untuk lebih selamat.

5. Pastikan bayi sentiasa berada dekat dengan anda

Bagi mengurangkan rasa risau para ibu yang bekerja, letakkanlah bayi anda berdekatan dengan kawasan anda bekerja. Pastikan anda boleh melihat bayi daripada jarak tempat anda bekerja dan boleh bertindak dengan pantas sekiranya berlaku perkara-perkara kecemasan.

6. Bahagikan tugas

Jika pasangan anda juga bekerja dari rumah, ambil peluang untuk bekerja dan bergilir-gilir melayan bayi. Namun demikian, jika hanya anda seorang sahaja orang dewasa yang ada, cubalah dapatkan bantuan pasangan anda untuk membantu bekerjasama menguruskan hal rumah semasa dia pulang dari pejabat, supaya anda boleh meluangkan sedikit masa untuk menyelesaikan tugasan rasmi untuk hari itu.

7. Bawa bayi bersama semasa bekerja

Bagi bayi yang resah dan inginkan dakapan ibu, dukung dan bawalah bayi untuk sama-sama bekerja dengan anda. Dengan menggunakan baby carrier atau pengendong bayi, anda masih boleh duduk di hadapan komputer serta menyediakan kertas kerja yang diperlukan atau membalas emel-emel dari pejabat.

8. Bekerja sewaktu bayi selesa bermain atau tidur dengan MamyPoko Extra Dry

Kebanyakan bayi sering tidur beberapa kali dalam sehari serta asyik bermain bersendirian. Dengan menggunakan lampin MamyPoko Extra Dry, bayi akan berasa sentiasa kering dan selesa sehingga tidurnya menjadi lebih lama serta leka ketika bermain sendirian.

MamyPoko Extra Dry, Membantu Ibu-ibu yang Bekerja dari Rumah

Mama yang bekerja dari rumah perlu mendapatkan rehat yang mencukupi. MamyPoko Extra Dry memahami keperluan ini.

Lampin MamyPoko Extra Dry dengan Poweful Absorbent Core boleh menyerap and menguncikan air kencing sehingga 12 jam. Kini, ia ditambah dengan +20% lebih kuasa penyerapan! Si manja rasa lebih kering dan selesa sentiasa, dan boleh tidur dengan lena dan nyenyak tanpa gangguan.

Maka, tiadalah suara bayi merengek di tengah malam minta ditukar lampin. Mama pula dapat berehat sepenuhnya di malam hari. Tidur yang berkualiti bermakna pagi yang disambut dengan ceria dan Mama pula kembali bertenaga untuk bekerja di siang harinya.

Selain itu, dengan teknologi Speed Airwave, MamyPoko Extra Dry menyediakan 360° aliran udara untuk bayi berasa lebih kering. Tambahan pula dalam cuaca Malaysia yang panas dan lembab ini, ia membantu bayi untuk tidak mudah rimas dan selesa ketika bermain di siang hari. Jadi, bolehlah Mama melakukan kerja lain tanpa tergesa-gesa.

Lampin MamyPoko Extra Dry yang berkualiti tinggi ini sebenarnya lebih menjimatkan. Direka untuk keselesaan si manja, Mama tidak perlu menukar lampin bayi dengan kerap. Jadi, Mama tidak perlu simpan stok lampin yang banyak dalam suatu masa.

MamyPoko Extra Dry membantu Mama menyiapkan kerja dengan lebih efisien di samping bayi yang lebih ceria. Secara tidak langsung, MamyPoko Extra Dry memberikan masa yang lebih berkualiti untuk anda nikmati bersama bayi tercinta. Mama dan si manja pasti tidak akan kecewa malah berterima kasih apabila memilih untuk menggunakan MamyPoko Extra Dry, menjadikannya satu pilihan lampin bayi yang lebih berbaloi buat anda!

Kini Anda Berpeluang untuk Memenangi 1 Karton MamyPoko Extra Dry! 

Sekarang Mama juga sudah ketahui kehebatan MamyPoko Extra Dry, anda berpeluang untuk memenangi 1 karton lampin dari MamyPoko dengan menyertai peraduan MamyPoko di Facebook Motherhood. 

Cepat, hanya 5 pemenang bertuah akan dipilih!

Cara-cara untuk Menyertai Peraduan & MENANG MamyPoko:

Langkah 1: Kongsikan mengapa MamyPoko Extra Dry merupakan pilihan yang lebih berbaloi di bahagian komen posting Facebook ini.

Langkah 2: TAG 3 rakan dan SHARE peraduan tersebut di laman Facebook anda (pastikan profile anda telah ditetapkan kepada public).

*Tertakluk kepada Terma & Syarat.

Mama juga boleh mendapatkan MamyPoko Extra Dry di Motherhood.com.my dan layari Facebook MamyPoko untuk maklumat lanjut hari ini.