KelabMama

5 TIPS YANG DAPAT MEMBANTU MAMA UNTUK HARUNGI 1ST TRIMESTER

1st trimester

Mual-mual, muntah, pening kepala, dan sebagainya merupakan alahan yang normal ketika 1st trimester bagi ibu mengandung. Lebih teruk, ibu hamil yang mengalami alahan teruk sepanjang trimester pertama – iaitu ketika kandungan berusia 2-3 bulan. Kadang-kadang rasa tak larat sangat. Semua benda tak boleh buat, baru bangun dah mula pening kepala, bau masakan sikit dah nak muntah dsb. Di sini KelabMama kongsikan tips-tips untuk mengharungi alahan semasa trimester pertama.


Tips-tips untuk mengharungi alahan semasa 1st Trimester:

Apa yang lagi best tentang tips ini ialah, ianya sangat sesuai untuk Mama yang mengamalkan pemakanan bebas gluten!

  1. Makan secara kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit.

Biasalah, bila kita dah sering muntah-muntah, selera makan pun dah kurang. Takut makan je, nanti muntahkan balik. Apa yang Mama boleh lakukan dengan tips ini ialah, makan makanan yang Mama rasa paling sesuai dengan citarasa Mama ketika itu. Jangan paksa diri makan makanan berat atau yang Mama memang tak boleh makan langsung. Mama boleh cuba snek-snek berkhasiat seperti kurma, kismis, gajus dan sebagainya.

2. Bagel bebas gluten.

Selain itu, Mama boleh cuba bagel bebas gluten. Ianya mungkin bukan pilihan yang sihat, tapi ia dapat membantu Mama (dan kandungan) untuk tidak berasa lapar. Bagel kosong dengan butter atau planta pun sedap!

3. Buah epal + peanut butter.

Eh, kombinasi apa tu?

Haa jangan terkejut. Cuba dulu baru Mama tahu rasanya macam mana. Mungkin kombinasi ini agak pelik untuk didengar, tapi rasanya sangat sedap! Rasa masam-masam epal dengan manis peanut butter. Selain itu, peanut butter yang kaya dengan protein juga merupakan snek yang berkhasiat untuk diambil, jika Mama tidak boleh makan makanan lain.


4. Halia

Halia merupakan antara petua terbaik untuk mengurangkan rasa mual. Halia memang sedap untuk diletakkan dalam masakan, tapi bukanlah menjadi pilihan untuk dimakan begitu sahaja. Apa yang Mama boleh cuba ialah dengan minum air teh halia – pastikan guna halia yang sebenarnya ya! Bukan halia serbuk tau.  

5. Sea bands

Penggunaan sea bands ini sebenarnya sangat popular di negara barat. Ianya merupakan wristband yang dipakai di pergelangan tangan. Ia dapat mengurangkan rasa loya kerana sea bands tersebut akan menekan pressure point di pergelangan tangan kita.