KelabMama

BILA HAMIL ASYIK NAK MUNTAH JE? 7 TIPS NI BOLEH HILANGKAN LOYA KETIKA MENGANDUNG

Rasa loya je memanjang masa mengandung ni memang keadaan yang selalu dialami mama hamil. Kalau mama menderita loya dan muntah semasa mengandung, mama mungkin tertanya-tanya kenapa ia berlaku, dan ada tak cara nak hilangkan alahan ni.

Alahan masa mengandung juga ada banyak jenis tau. Antaranya https://www.kelabmama.com/jenisjenis-alahan-yang-sering-dialami-ibu-mengandung/

Walau bagaimanapun, loya ketika mengandung itu biasa dan sebenarnya normal. Mama tahu tak, bila mama muntah juga mungkin menjadi tanda hormon kehamilan mama berfungsi dengan baik?

Loya Ketika Mengandung: 7 Petua Penjagaan Diri

Mama, mengalami rasa loya mungkin kelihatan seperti cara yang teruk untuk memulakan perjalanan kehamilan mama, tapi jangan risau ya.

Perubahan gaya hidup mudah dan beberapa petua penjagaan diri ini mungkin membantu mama untuk mendapatkan kelegaan dari loya ketika mengandung. Jom kita tengok!

Atasi Loya Ketika Mengandung #1: Makan Dalam Kuantiti yang Kecil Tetapi Kerap

Sebenarnya, perut yang kosong boleh membuat mama rasa loya lebih teruk, jadi pastikan mama makan awal, dan tepat pada waktunya. Mama juga dinasihatkan untuk tak mengambil makanan terlalu banyak yang boleh membuat perut mama terlalu kenyang.

Mama mengandung juga disarankan memilih makanan dalam kuantiti yang kecil dan makan secara kerap. Jangan makan “untuk dua orang” ya! Itu mitos semata.

Makan perlahan-lahan dan ambil masa untuk mengunyah makanan mama.

Atasi Loya Ketika Mengandung #2: Pilih makanan dengan betul

Elak makanan atau bau yang boleh membuat mama bertambah loya. Pemilihan makanan juga penting, jadi elakkan makanan berminyak, berlemak dan pedas.

Sebaliknya, mama kena pilih makanan yang tinggi kandungan protein dan karbohidrat, rendah lemak dan mudah dicerna. Contohnya seperti pisang, beras, keropokepal dan roti bakar adalah beberapa pilihan yang baik.

Selain itu, pengambilan makanan masin juga boleh membantu, dan begitu juga makanan yang mengandungi halia tau.

Atasi Loya Ketika Mengandung #3: Perbanyakkan Minum Air

Seperti makanan, mengambil jumlah air yang mencukupi sepanjang hari mungkin dapat membantu. Tetapkan untuk minum 6-8 cawan cecair tidak berkafein setiap hari.

Elakkan minuman yang terlalu sejuk atau manis. Elakkan alkohol kerana ia tidak baik untuk bayi malah akan menyebabkan morning sickness mama bertambah teruk!

Atasi Loya Ketika Mengandung #4: Banyakkan Tidur dan Rehat

Pastikan mama tidur sekurang-kurangnya 8jam setiap malam, kerana keletihan boleh menyebabkan loya ketika mengandung jadi lebih teruk. Mama boleh tidur sekejap (nap) sekiranya perlu.

Elakkan tergesa-gesa terjaga dan bangun dari katil terlalu cepat.

Atasi Loya Ketika Mengandung #5: Elakkan Tekanan

Tekanan boleh membuatkan alahan mama menjadi lebih teruk. Sekiranya mama berasa terlalu tertekan, cuba kurangkan beban kerja dengan membahagikan masa dengan lebih efektif.

Luangkan sedikit masa untuk berehat dan de-stress setiaphari. Meditasi mungkin membantu mama berehat dan menghilangkan pemikiran negatif.

Atasi Loya Ketika Mengandung #6 Jangan Merokok, dan Jauhkan Diri Dari Asap Rokok 

Selain menambahkan rasa loya, merokok semasa hamil akan memberi kesan negatif kepada mama dan kesihatan bayi.

Malah kesan kepada kandungan akibat merokok adalah sebelum, semasa, dan selepas bayi mama dilahirkan tau!

Merokok boleh menyebabkan kelahiran pramatang dan kecacatan kelahiran. Ia juga merupakan faktor risiko Sudden Death Infant Syndrome (SIDS).

Begitu juga sekiranya mama terdedah kepada asap rokok semasa mengandung. Mereka mempunyai peluang untuk melahirkan bayi stillborn, bayi dengan berat lahir rendah, kecacatan bayi dan komplikasi kehamilan yang lain.

Atasi Loya Ketika Mengandung #7: Hirup Udara Segar

Pastikan bilik mama mempunyai sistem pengudaraan yang baik ye. Cari masa untuk berjalan-jalan di luar. Berjalan dan sedang bergerak juga senaman yang bagus untuk peredaran darah.

Cara untuk Hilangkan Loya dengan Kaedah Semula Jadi

Mama boleh cuba buat sendiri minuman halia dengan didih kepingan halia segar untuk membuat teh halia yang bebas kafein dan selamat diminum.

Selain itu, mama juga boleh cuba hisap gula-gula peppermint yang bukan sahaja boleh menyegarkan mulut, malah menyingkirkan rasa loya juga.

Ramai mama hamil sering mengidamkan makanan masam, dan mungkin sebahagian daripada sebabnya adalah makanan masam boleh mengurangkan loya.

Selain daripada buah-buahan citrus seperti limau, limau gedang dan beri, mama juga boleh cuba memakan makanan yang dipelihara seperti jeruk dan selai.

Rasa Loya Ketika Hamil: Bila Mama Perlu Dapatkan Rawatan Segera?

Mama kena segera dapatkan rawatan jika mama ada simptom ni :

Kesemua di atas merupakan tanda dehidrasi atau pun jangkitan kencing kotor tau!

Dapatkan produk bayi dengan tawaran menarik di Motherhood.com.my and JOM join NewMama bersama KelabMama hari ini!