KelabMama

TIPS BERPUASA & PANDUAN PEMAKANAN UNTUK WANITA HAMIL

Sepanjang bulan puasa, ramai dalam kalangan kita berebut-rebut mengejar barakah dengan mengerjakan amalan berpuasa dengan sempurna. Bagi wanita yang tidak hamil, tentunya ia tidak menjadi masalah. Namun begitu ramai wanita hamil tidak mahu ketinggalan. Kebanyakan doktor dan juga para ulama tidak menggalakkan wanita hamil berpuasa jika ia memudaratkan wanita tersebut atau bayi dalam kandungannya. Jika berpuasa tidak memudaratkan, maka mereka boleh berpuasa dengan mendapat panduan berpuasa semasa hamil daripada doktor agar kedua-duanya terjamin sihat.

MENANGGUHKAN MASA

Namun, ada juga ibu-ibu yang masih tetap berpuasa dan nekad untuk tidak berbuka sekali pun sudah menunjukkan gejala hipoglisemia seperti pening, loya, gementar dan hampir pitam atau pengsan. Mereka menangguhkan masa untuk berbuka. Betapa besarnya berpuasa sebulan penuh bagi mereka. Ibu-ibu yang terus memaksa diri untuk berpuasa tanpa menimbangkan keadaan kehamilan sebenarnya sedang membahayakan anak dalam kandungan sendiri. Malah, anak tersebut juga boleh mengalami hipoglisemia dan kekurangan nutrisi kalori yang berguna untuk tumbesarannya.

Sudah tentu segala keberkatan tidak bermakna jika zuriat kita tidak sihat. Dalam hal ini, adalah tidak wajar untuk wanita tersebut meneruskan puasa kerana ianya memudaratkan mereka berdua. Kehamilan bukanlah sejenis penyakit tetapi keadaan fisiologi yang boleh dialami oleh mana-mana wanita. Jadi, apabila tidak ada masalah kesihatan pada ibu mahupun anak dalam kandungan dan mereka berdua berada di bawah pengawasan doktor, mereka dibolehkan berpuasa seperti biasa.

Untuk memutuskan sama ada seseorang ibu itu perlu berpuasa atau tidak sangat bergantung kepada keadaan nutrien ibu, sekali gus memenuhi zat makanan bayinya. Dalam kata lain, soal nutrien harus mendapat perhatian yang serius oleh ibu-ibu hamil. Perlu juga diingat ketika hamil seorang ibu harus memikirkan keperluan dirinya dan juga anak yang sedang dikandungnya. Jika tidak mengubah tabiat pemakanan, anak yang di dalam kandungan akan turut terjejas. Kekurangan makanan berzat walau sedikit pun akan menjejaskan kesihatan mereka. Pada masa ini, bayi amat memerlukan nutrien dan kalori yang amat tinggi daripada ibu. Sekiranya anda tidak mengalami masalah di atas, anda bolehlah berpuasa. Seelok-eloknya, jika ibu ingin berpuasa, masa paling sesuai adalah semasa kandungan berusia empat hingga enam bulan. Ibu-ibu juga dinasihatkan agar sentiasa mendapat pengawasan daripada doktor.

Ibu-ibu yang mempunyai penyakit, disarankan agar tidak berpuasa jika mengalami alahan yang teruk ( sentiasa lemah, mual dan mengalami kekurangan air dalam badan), penyakit kronik seperti diabetes mellitus, hipertensi, penyakit buah pinggang, anemia semasa mengandung, oligohidramnios (air mentuban yang sedikit), pesakit jantung, tumbesaran bayi yang terencat dan mengalami perdarahan semasa hamil.

PANDUAN  PEMAKANAN IBU HAMIL SEPANJANG RAMADAN

PERUBAHAN KEHAMILAN UNTUK MENYESUAIKAN DIRI KETIKA BERPUASA.

Trimester pertama (tiga bulan pertama kehamilan).

Trimester kedua (bulan ke-4, 5 dan 6 kehamilan)

Trimester ketiga (bulan ke -7 hingga kelahiran)

Sumber:  Utusan