KelabMama

Tips Berkesan Survive Minum Air Gula Buat Ibu Mengandung

Ugh, kita tak boleh skip ke minum air gula ni? Tak boleh telan, pekat sangat rasa manis dia!

Hmm, stres kan? Tak minum, tak boleh. Nak minum separuh-separuh, confirm tak habis. Inilah dilema yang sentiasa dirasai oleh mama-mama mengandung bila terpaksa lalui ujian MGGT (Modified Glucose Tolerance Test) dimana mama kena minum air gula untuk test samada mama ada risiko kencing manis atau tak.

Bila doktor dapat kesan lebih awal, pemantauan akan dibuat untuk elakkan pelbagai komplikasi kepada mama dan juga anak dalam kandungan.

Air gula diminum untuk menguji kemampuan insulin dalam tubuh.

Ramai yang complain dekat Mama Siti, ada tak cara mudah nak minum air gula ni? Ha, jom kita tengok perkongsian daripada Muhammad Izzat tentang tips berkesan menjalani proses MGGT ni. InshaAllah menjadi buat mama!

Banyak orang bertanya pada saya, mengenai tips yang boleh diamalkan untuk minum air gula. Maka saya kongsikan dengan harapan dapat membantu ibu-ibu sekalian

1. Ikut temujanji yang telah ditetapkan oleh doktor. Kalau tak boleh pada hari tersebut, buat temujanji pada hari lain, ikut kesenangan puan.

2. Kena puasa bermula jam 10.00 malam. Dalam tempoh berpuasa ini, hanya air kosong sahaja yang dibenarkan minum. Ingat ya, AIR KOSONG sahaja.

3. Sampai kat klinik kesihatan, tekan nombor giliran. Pergi awal sikit. Bukan apa, cepat sedikit boleh berbuka puasa nanti jika proses minum air gula dah selesai. Hehe. takdeler menggeletar badan sebab berpuasa lama.

4. Tunggu giliran untuk ambil darah. Darah biasanya akan diambil dalam 5ml. Tak banyak pun.

Mama kena pastikan paras glukosa di dalam darah terkawal kerana ia boleh beri kesan secara langsung kepada kehamilan mama.

5. Selepas itu, nurse akan memberikan segelas air gula suam. Rasanya manis yang amat.
(saya pernah rasa larutan gula ni masa jadi pelajar perubatan di Universiti Malaya dulu – kami ‘diwajibkan’ minum untuk experience apa yang pesakit rasa – takde ler horror mana pun  )

6. Setelah habiskan segelas air tu, nurse minta kita rehat sahaja di klinik selama 2 jam. duduk Rehat sahaja. jangan makan lagi time ni, sabar.

7. Selepas 2 jam, darah akan diambil lagi sekali.

8. Sampel darah akan dihantar ke makmal. Urusan selesai dan dah boleh makan macam biasa. Yay!

Tips minum air gula supaya tidak termuntah:

1. Kosongkan perut sebelum minum air gula. Waktu yang sesuai untuk kosongkan perut ialah jam 10 malam. Sebelum jam 10 malam, makan je apa yang nak di makan.

2. Kita akan lebih mudah minum air gula dalam keadaan dahaga dan lapar. Sebab itulah disarankan start puasa jam 10 malam.

3. Tarik nafas dan minum sekali teguk je. Jangan minum slow slow kerana ini akan buat kita rasa loya.

4. Minum sambil tahan nafas tau supaya tidak berbau.

5. Minum semasa ia masih suam sebabnya pada ketika ini airnya masih tidak terlalu likat.

Ujian MGTT ini sama sekali tidak akan menyebabkan mama mendapat kencing manis.

Lain orang lain caranya untuk mengelakkan muntah masa menjalani proses ni. Korang share sini agar ramai boleh memanfaatkannya.

Alaa chill lah, minum boba tea yg manis tu pun korang selamba jeee hirup, takkan yg ni pun tak boleh kan? 

Selamat mencubaaaaa( baca dalam nada yg biasa kite dgr pada hujung rancangan masakan )

Sumber: Muhammad Izzat

BACA JUGA KEPENTINGAN AIR GULA SEMASA CHECK UP YANG MAMA HARUS TAHU

Pesan Mama Siti:

Mama Siti tahu susah nak telan. Tapi bila jalani MGGT tu, jangan la pula mama pergi muntah. Mama kena try your very best sebab kalau mamam muntah ujian tu kira tak valid. So mama kena buat sekali lagi. So, mama minum cepat-cepat, jangan fikir banyak. Bak kata orang, ONE SHOT saja!