KelabMama

6 Tips Berguna Buat Bakal Mama

Mama baru sahaja menerima khabar gembira mengenai kehamilan – tahniah Mama Siti ucapkan! Sama ada ini kehamilan pertama buat Mama atau Mama sedang bersiap sedia untuk mengalu-alukan kedatangan anak yang seterusnya ke dalam keluarga Mama, ia boleh menjadi sesuatu yang mengujakan dan juga memberi sedikit tekanan. Mama mungkin tertanya-tanya apa yang harus dilakukan, bagaimana untuk menyampaikan berita tersebut kepada pasangan, bila perlu maklumkan majikan, apa yang perlu dimakan, dan sebagainya. 

Terdapat begitu banyak perkara untuk difikirkan dan dirancang sepanjang perjalanan kehamilan Mama. Tetapi, dengan kekal bertenang, ia akan membantu Mama untuk mengurus keadaan tersebut dan berasa lebih baik, terutamanya semasa trimester pertama di mana Mama mungkin akan mengalami morning sickness, sakit belakang, keletihan, dan lain-lain.  

Adalah amat penting untuk Mama berhenti berfikir secara berlebihan kerana ia akan membuatkan Mama berasa tertekan dan bimbang, di mana kedua-dua keadaan ini tidak bagus untuk emosi dan kesihatan mental Mama. Inilah masa yang mana apa Mama tidak lakukan, atau apa yang harus dielakkan, adalah sama pentingnya dengan apa yang perlu di ambil perhatian semasa mengandung. 

Terdapat banyak pantang larang dan kepercayaan yang Mama mungkin pernah lihat atau dengar, ia mungkin memberikan tekanan kepada Mama untuk mengingati perkara-perkara tersebut sepanjang kehamilan – sama ada untuk kehamilan pertama, kedua, atau seterusnya. Walau bagaimanapun, cuba untuk tidak memikirkan secara berlebihan, dan baca 6 tips yang Mama perlu tahu tentang penjagaan awal kehamilan.

Penafian: 6 tips ini tidak dianggap sebagai nasihat perubatan rasmi. Sentiasa dapatkan bimbingan dan nasihat doktor Mama atau pakar kesihatan bertauliah lain tentang sebarang soalan mengenai kesihatan Mama atau keadaan perubatan. Jangan sekali-kali mengabaikan nasihat profesional perubatan, atau tangguhkan untuk mendapatkannya kerana sesuatu yang Mama baca di laman web ini.

6 Tips Penjagaan Awal Kehamilan

Kehamilan merupakan satu tempoh keadaan yang mengujakan dan juga membimbangkan dalam hidup seorang wanita. Badan kita akan melalui pelbagai perubahan, dari segi fizikal ke hormon, yang mungkin membuatkan Mama rasa lain daripada sebelum ini.

Tiada perkara yang lebih penting selain menjaga diri sendiri terutamanya dalam tempoh ini. Jadi, Mama Siti nasihatkan Mama untuk mengikuti tips-tips ini untuk menjaga diri Mama dan juga kandungan sepanjang kehamilan. 

#1. Elak Minuman Berkafein dan Banyakkan Minum Air 

Dehidrasi semasa mengandung boleh membawa kepada komplikasi kehamilan yang serius, termasuk kecacatan tiub saraf, air ketuban yang rendah, pengeluaran susu ibu yang tidak mencukupi, dan juga kelahiran pramatang. Risiko ini seterusnya, boleh menyebabkan kecacatan kelahiran akibat kekurangan air dan sokongan nutrisi untuk bayi Mama. Oleh itu, Mama mesti banyak minum air untuk kekal hidrat semasa kehamilan. Minuman berkafein pula boleh meningkatkan kadar denyutan jantung dan memberi kesan kepada bayi. Jadi, sebaiknya hadkan atau elakkan minuman berkafein. 

#2. Tidur Sebentar atau Nap Untuk Memulihkan Tenaga

Mengekalkan jadual tidur yang sihat adalah penting semasa hamil kerana ia membolehkan Mama berehat dan memberikan tenaga kepada badan Mama. Jika Mama tidak boleh tidur lena pada waktu malam, cuba lakukan meditasi atau elakkan daripada menggunakan gajet dua jam sebelum tidur. Ambil perhatian tentang perkara ini kerana berdasarkan satu kajian yang dilaporkan Epidemiologi menyatakan bahawa wanita yang tidak mendapatkan tidur yang berkualiti dan cukup semasa hamil mungkin lebih berisiko untuk kelahiran pramatang dan menyekat pertumbuhan janin.

#3. Elakkan Bahan Toksik dan Bahan Pencemar Alam Sekitar 

Alam sekitar yang tercemar berisiko membahayakan Mama dan kesihatan bayi Mama yang sedang membesar dalam kandungan. Beberapa implikasi kesihatan negatif termasuklah kelahiran abnormal, keguguran, pertumbuhan janin yang lemah, dan kelahiran mati. Untuk mengehadkan pendedahan Mama kepada bahaya ini, elakkan daripada menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya atau toksik.

#4. Pakai Kasut Yang Selesa dan Jangan Angkat Objek Berat

Memakai kasut yang selesa akan memberi manfaat kepada bahagian belakang dan kaki Mama. Ia juga boleh mengelakkan keadaan yang tidak diingini seperti terjatuh yang boleh membahayakan kehamilan Mama. Selain itu, mengangkat objek berat juga boleh menegangkan bahagian belakang dan pelvis Mama selain boleh meningkatkan risiko Mama mengalami prolaps rahim, atau lebih dikenali sebagai rahim jatuh. Jadi elakkan membawa barang berat semasa hamil ya Mama!

#5. Pilih Doktor dan Rancangan Kelahiran Mama

Jika Mama mempunyai pilihan untuk memilih Ob-gyn (Pakar Obstetrik-ginekologi), Mama dinasihatkan untuk membuat sedikit kajian untuk mencari pakar yang sesuai untuk Mama dan yang pastinya mempunyai reputasi yang baik. Mama juga harus mempertimbangkan untuk membuat rancangan kelahiran dan maklumkan kepada pasukan kesihatan mengenai pilihan Mama semasa bersalin dan selepas bayi dilahirkan nanti. 

Walau bagaimanapun, Mama harus kekal fleksibel dan bersedia untuk sebarang kemungkinan lain dari perancangan asal Mama jika berlakunya keadaan yang tidak diingini semasa kelahiran si manja. 

#6. Dapatkan Insurans Terbaik untuk Bayi Mama yang Bakal Lahir

Bayi Mama memerlukan penjagaan dan perhatian khusus dari dalam kandungan sehinggalah dia dilahirkan. Menginsuranskan bayi Mama adalah langkah yang bijak sebaik sahaja syarikat insurans pilihan Mama membenarkannya. Buat senarai pilihan Mama dan pilih pakej insurans yang paling memenuhi keperluan Mama dan memberi manfaat yang ketara dan berpanjangan.

Insurans untuk Bayi Mama yang Belum Lahir

Insurans ialah jaringan keselamatan kewangan yang boleh membantu Mama dan orang tersayang pulih daripada kejadian yang tidak dijangka. Walaupun mencari pelan insurans yang sesuai boleh menjadi sukar, mempunyai pelan insurans boleh mengurangkan kebimbangan Mama dengan memastikan bahawa Mama akan menerima bantuan kewangan sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Sama juga buat bayi Mama yang belum lahir. Walaupun Mama tidak mengharapkan sesuatu yang buruk berlaku, Mama tidak pernah tahu apa yang boleh berlaku. Oleh itu, sebaiknya pastikan bayi Mama diinsuranskan sebelum dilahirkan. Tambahan pula, perlindungan bukan sahaja semasa kehamilan tetapi juga selepas kelahiran dan sehingga mereka mencapai umur tertentu.

Ramai ibu bapa sentiasa mengambil berat tentang mencari insurans yang akan melindungi anak mereka yang belum lahir, jadi ia meyakinkan untuk mengetahui bahawa terdapat pilihan insurans yang tersedia untuk mereka.

Memperkenalkan, Zurich ValueLife Junior 

Apabila Mama hamil, Mama mungkin memikirkan banyak perkara sepanjang kehamilan. Kini, dengan pakej Zurich ValueLife Junior, Mama boleh menenangkan fikiran Mama untuk mencari insurans terbaik untuk bayi dalam kandungan Mama.  

Zurich ValueLife Junior ialah pelan berkaitan pelaburan yang melindungi anak Mama dari dalam kandungan sehingga mereka berumur 100 tahun. Pelan ini sesuai untuk ibu bapa seperti Mama yang ingin memberikan anak mereka permulaan yang terbaik dalam kehidupan, dengan pelan perlindungan dan pelaburan yang merangkumi setiap fasa kehidupan.

Mama tidak perlu lagi menunggu sehingga anak Mama mencapai umur tertentu untuk mendapatkan insurans. Sekiranya berlaku kemalangan atau penyakit, Mama boleh yakin bahawa pelan baharu Zurich untuk bayi yang belum lahir ini sah sejak lahir.

Seperti mana-mana polisi insurans lain, adalah penting untuk Mama mengetahui dan memahami perkara yang ditawarkan untuk mendapatkan manfaat yang terbaik. Zurich ValueLife Junior menawarkan beberapa ciri dan manfaat penting untuk bayi Mama, seperti:

Perlindungan Yang Bayi Mama Perlukan dari Pra-Kelahiran

Menyediakan pelan perlindungan kepada bayi dalam kandungan adalah sangat penting untuk menjamin masa depan kewangan anak kecil Mama dan mendapatkan penjagaan kesihatan yang berkualiti. Zurich ValueLife Junior bukan sahaja akan melindungi si kecil Mama dari dalam kandungan tetapi juga sepanjang zaman kanak-kanak mereka sehinggalah dewasa.

Jangan lepaskan peluang ini dan layari www.zurich.com.my atau hubungi Pusat Panggilan Zurich di 1-300-888-622 untuk maklumat lanjut hari ini!

Perlindungan yang baik merupakan langkah pertama ke arah bayi dan kehamilan yang sihat.

Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.