KelabMama

Tepung Beras Pengganti Gandum: Pilihan Terbaik Untuk Diet Gluten-Free

tepung beras gluten free

Adakah anak anda mengalami alahan dan memerlukan diet gluten free? Jika anda mencari tepung yang sesuai dijadikan pengganti gandum, tepung beras adalah di antara senarai tepung yang selalu menjadi pilihan ramai, malah banyak masakan kuih tradisi Melayu adalah berasaskan tepung beras.

Apakah tepung beras dan bagaimana ia dibuat?

Tepung beras dibuat dengan menggunakan beras yang dikisar hancur menjadi tepung yang kemudiannya digunakan untuk membuat pelbagai menu masakan. Di negara Barat, pengeluar makanan mendapati tepung beras mudah dihadam, maka mereka mula membuat pelbagai makanan bayi seperti cereals dan sebagainya berasaskan tepung beras.

Keropok bayi juga boleh dibuat dengan menggunakan beras. Tepung beras juga digunakan di sana bagi mereka yang gluten intolerant – alah dengan gluten dalam gandum hingga mempunyai masalah kembung dan sebagainya.

Mereka juga mendapati tepung beras adalah pemekat kuah dalam masakan yang sangat baik. Selain hasil tekstur yang baik, tepung beras juga mempunyai rasa yang boleh blend in dengan pelbagai jenis masakan.

Ketika tu para chef juga telah menggunakan tepung beras sebagai bahan rahsia yang menyalut ayam, ikan dan sebagainya sebagai pengganti gandum, hingga memberi kerangupan yang berbeza apabila dimakan.

Pelbagai Jenis Tepung Beras

1. Tepung beras putih

Kredit gambar: Tokopedia

Tepung beras putih adalah dibuat daripada kisaran hancur beras putih biasa yang kita makan di rumah. Jika Mama hendak mebeli tepung ini pastikan baca bahan pada label kerana ada sesetengah jenama yang mencampurkan tepung beras dengan tepung gandum atau tepung yang lain.

Tepung beras putih ini mudah didapati di mana mana pasaraya atau kedai runcit kerana masyarakat Malaysia ramai menggunakan tepung ini untuk masakan kuih-muih. Selain itu kerana tekstur yang ringan, ia sangat sesuai untuk campuran tepung kek.

2. Tepung beras perang

Kredit gambar: Walmart

Tepung beras perang ini agak sukar ditemui di pasaraya kita, namun ada sesetengah pasaraya seperti Jaya Grocer, Village Grocer dan pelbagai lagi menjual tepung ini.

Antara jenama yang biasa didapati di Malaysia adalah Bob’s Red Mill. Harganya agak mahal kerana ia menggunakan beras organik yang kemudiannya dihancurkan mengunakan batu, bukan menggunakan kisaran bilah mesin tajam; yang pastinya memberi rasa, aroma dan nutrisi berbeza.

Ramai memilih beras perang kerana kandungan nutrisi yang lebih banyak. Namun ia mungkin tidak berapa sesuai kerana nutrisinya sukar diserap badan kita, kerana sistem pertahanan tumbuhan itu sendiri.

Untuk masakan pula, oleh kerana tepung beras perang masih mempunyai lapisan husk di luarnya sekali, bermakna ia lebih berat dan lebih sesuai untuk biskut dan brownies.

3. Tepung beras pulut

Kredit gambar: Cmart

Tepung pulut ni di rumah mak mak kita dulu memang kena sentiasa ada, sampaikan orang Barat kata tepung ni hidden star dalam rumah orang Asia. Ia diperbuat daripada beras jenis pulut yang memang digemari ramai kita kan. Kemudian dikisar halus menjadi tepung.

Sifatnya apabila dicampurkan bahan cecair lain adalah kenyal, antara contoh adalah menjadi kuih koci, kuih getas, onde-onde, cendol dan sebagainya.

Contoh Adunan Tepung Gluten Free

Campuran Tepung Beras dan Tepung Kanji Kentang

Resepinya memerlukan gabungan tepung kanji kentang sebanyak separuh cawan bagi setiap secawan tepung beras. Boleh siapkan untuk beberapa adunan, letak kedua-dua jenis tepung mengikut sukatan, di dalam bekas bertutup kemas dan goncang supaya sebati.

Kemudian boleh digunakan sebagai pengganti bagi sebarang resepi yang menggunakan tepung gandum biasa. Gabungan tepung ini lebih cantik jika resepinya ditambahkan telur sebagai penguat gam adunan.

Kredit gambar: Alibaba

Tidak boleh gantikan tepung roti

Walaupun tepung beras ini boleh menggantikan tepung gandum, namun ia tidak boleh menggantikan tepung roti atau tepung gandum high protein. Untuk menghasilkan roti tanpa gandum, gabungan beberapa jenis tepung diperlukan supaya ia menjadi gebu.

Untuk permulaan, Mama boleh layari Facebook group Gluten Free Support Group Malaysia untuk sokongan dan maklumat lebih lanjut tentang teknik pemakanan gluten free ini. Semoga dipermudahkan dan selamat bereksplorasi!