KelabMama

Berhenti Menggaru Mama! Semua Mama Perlu Tahu Tentang Gegata

Pernah tak Mama kena gatal-gatal tanpa sebab? Selepas bangun dari tidur ke, ataupun cuaca yang terlampau panas, gegata ini akan muncul. Sama juga dengan makanan, sesetengah makanan memberi reaksi pada anggota badan kita. Tetapi apa yang Mama boleh lakukan untuk melegakan gatal-gatal tu atau apa yang perlu Mama perhatikan?

Ikuti penjelasan daripada Dr Liana tentang gegata, Pakar Kulit yang sering berkongsi tentang ilmunya di media sosial.

Jom baca sama-sama!

Teruk Sangat Gatal Ni, Nak Buat Apa Ni Mama?

Pernah tak dapat gegata (macam kena gigit nyamuk tu) banyak kali, berminggu-minggu? Gatal dia is sooooo bad, hanya Tuhan je tahu. Rasa nak nangis kadang-kadang tu. Dah cuba avoid habis semua makanan, tapi jadi jugak?

Apa Itu Gegata?

1. Urticaria adalah gegata. Atau orang kita panggil bintat. Boleh jadi gatal ya amat or kadang-kadang pedih. Gatal dia tu bukan main-main tau, ada sampai nak gosok kulit dengan kertas pasir sebab tak tahan sangat. Hanya yang pernah dapat je tau betapa seksanya perasaan gatal tu.

2. Urticaria kalau jadi almost setiap hari lebih dari 6 minggu, dikira sebagai chronic urticaria. Kalau less than 6 weeks, thats acute urtciaria (kita cover lain kali). Chronic urticaria ada 2; chronic spontaneous urticaria dan chronic inducible urticaria (CIU).

3. CIU berlaku sebab ada benda luar yang sebabkan gegata ni. Sebab tu namanya inducible. Induce = mendorong. Sebab-sebab CIU ni ada banyak. Don’t worry, we’ll go thru one by one.

Chronic Inducible Urticaria

i. Dermographism – Gegata naik bila kita lukis/garu dekat kulit. Yang ni bebudak suka, sebab dorang rasa dorang ada superpower sebab konon keluar tulisan dekat kulit depa haha cute.

ii. Cold urticaria – Bila terdedah pada udara sejuk, air sejuk, ais. Yang ni boleh bahaya especially kalau pesakit tu pergi berenang. Boleh sampai tekanan darah turun (shock), pengsan dan lemas.

iii. Heat urticaria – Kalau ada sejuk, mesti ada panas kan? Ni kalau terdedah kepada suhu panas.

iv. Aquagenic urticaria – Aqua is water. So yang ni jadi kalau kena air. Kesian sangat ni, sebab ada part, setiap kali lepas mandi confirm naik. (ps : dulu masa study aquagenic urticaria, mesti teringat aquaman haha. Nasib baik dia takdak aquagenic urticaria kan? Kalau tak, nayaaaa badan!)

v. Cholinergic urticaria – Ni kalau suhu badan tu naik, contohnya kalau lepas exercise, kalau sedih, or kalau lepas mandi air panas.

vi. Solar urticaria – Ni sebab kena pancaran matahari. Selalu dekat kawasan yang terdedah kena matahari. Kalau ada penyakit ni, kena cek penyakit lain seperti systemic lupus erythematosus.

vii. Vibratory urticaria – Ni kalau sentuh benda-benda bergegar. Selalu saya tanya patients, ada dak jadi gegata lepas guna blender ke…or masa driving or naik motor ke.

viii. Delayed pressure urticaria – Ni kalau kena tekanan kuat pada kulit. Contohnya mcm tali bra, seluar pinggang ketat.

ix. Contact urticara – Ni contohnya bila bersentuhan (contact) dengan benda seperti getah.

4. Ok that’s mainly untuk CIU. So kalau part urticaria datang klinik, memang berbuih jugaklah mulut kita sebab history taking panjang betul. Kalau patient kata NO NO NO untuk semua soalan tu, so yg dia ada is chronic spontaneous urticaria. Urticaria yang jadi secara spontan. Ni nanti kita terang lain k?

5. Maka dengan itu, kena ingat bukan semua gegata sebab allergic makanan sahaja. Kalau allergic makanan, selalunya jadi cepat, macam dalam setengah jam lepas makan. Bukan macam makan ikan pukul 8am, tiba naik gegata kul 10pm. Lama sangat dah tu.

Allergy test

6. So my fellow doctor friends, kalau patient request nak buat allergic test, its our job to take a full history and counsel them properly. Kalau betul history fits untuk food allergy, then boleh refer to us for allergic test. Jangan simply buat allergic test ok, sebab test positive tak semestinya allergic. Kena berbalik kepada history semula. This is called clinical relevance.

Mujurlah ada Dr Liana kongsikan tentang penyakit gegata ni. Kadang-kadang Mama pun pelik kenapa tiba-tiba sangat gatal ni naik tanpa sebab? Sekarang Mama dah tahu!

Mama boleh rujuk dekat doktor berdekat untuk membuat allergy test seperti gambar di atas dan sebagainya. Semoga bermanfaat untuk Mama dan sekeluarga!

Kredit: Dr Wan Syazweena Liana


Ikuti tips dan perkongsian pakar yang lain DI SINI.


Dapatkan e-baucar istimewa apabila Mama mengundi jenama barangan bayi dan keperluan ibu hamil kegemaran Mama di Motherhood Choice Awards 2022 hari ini!