KelabMama

20 Tempat Menarik di Perak Yang Mama Wajib Kunjungi Bersama Keluarga

Taiping lake garden

Sedang merancang untuk ke Perak? Perak adalah negeri kedua terbesar di Semenanjung yang kaya dengan pelbagai lokasi perlancongan seperti pulau, alam semulajadi, tempat bersejarah dan sebagainya. Apatah lagi negeri Perak tidak begitu jauh dari Kuala Lumpur. Mari kita lihat senarai tempat-tempat menarik di Perak yang boleh dikunjungi.

Senarai Tempat Menarik di Perak

1. Gua Tempurung

Gua Tempurung sangat mesra keluarga, mudah dilawati dengan kenderaan sendiri, lengkap dengan pelbagai fasiliti seperti platform pejalan kaki dan lampu mencerahkan jalanan. Anda boleh mengambil pakej lawatan di Gua Tempurung, pakej paling ringkas mengambil masa selama 40 minit.

Alamat: Pusat Pelancongan Gua Tempurung, 31600 Gopeng, Perak
Waktu Operasi: 9.00 am – 6.00 pm

Kredit gambar: Melancong

2. Pulau pangkor

Pulau Pangkor adalah destinasi percutian di pulau yang paling popular di barat Semenanjung Malaysia. Pelbagai aktiviti pulau boleh disertai di sini. Pulau ini juga mempunyai banyak pantai yang indah.

Kredit gambar: Cuti Viral

Waktu Operasi: Perkhidmatan 6.45 a.m. (Jeti Pangkor) hingga 10.45 p.m. (Marina Island)
Harga Tiket: 2 hala dari Jeti Marina Island
Dewasa: RM 10, Kanak-kanak: RM 5 (2 hala dari Terminal Feri Lumut)
Dewasa: RM 14, Kanak-kanak: RM 5

3. Lost World of Tambun

Sunway Lost World of Tambun merupakan sebuah taman tema yang popular di Perak yang dikelilingi keindahan bukit batu kapur yang sangat mendamaikan. Selain water park, terdapat amusement park, Lost World Petting Zoo, Tiger Valley, Tin Valley dan Adventure Park. Anda boleh memilih untuk menginap di sini.

Kredit gambar: Flickr

Alamat: No 2, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Isnin-Jumaat: 11.00 am – 6.00 pm
Hujung Minggu, Cuti Sekolah & Cuti Am: 10.00 am – 6.00 pm

4. Zoo Taiping

Zoo Taiping adalah satu-satunya zoo yang ada di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Terdapat begitu banyak binatang di sini, iaitu melebihi seribu ekor. Suasana redup menghijau di kaki Bukit Larut di zoo ini sangat indah. Anda dinasihatkan datang awal pagi untuk pengalaman yang optimum. Terdapat juga tram percuma di sini.

Alamat: Jalan Pekeliling, Taman Tasik Taiping, Perak
Waktu Operasi: 8.30 am – 6.00 pm (setiap hari)
Harga Tiket: RM 17.00 (dewasa). RM 8.50 (kanak-kanak)

5. Kuala Sepetang

Kuala Sepetang adalah kawasan popular untuk bersantai dan menjamu selera yang berasaskan seafood seperti Mee Udang. Anda juga boleh menaiki bot bersama nelayan, melihat kelip-kelip serta melihat tapak sejarah stesen kereta api Melayu pertama di Port Weld.

Kredit gambar: Sepetang tourism

6. Hutan Paya Laut Matang

Hutan Paya Laut Matang merupakan sebuah hutan paya bakau yang dijaga baik. Telah dibina platform jalan kaki, chalet dan tapak perkhemahan untuk pengunjung yang ingin lebih mempelajari ekosistem hutan paya bakau.

Alamat: Kuala Sepetang, Taiping, Perak
Waktu Operasi: 24 jam
Harga Tiket: bergantung pada aktiviti masing-masing

Kredit gambar: Mohd Faiz

7. Felda Residence Hotspring

Kolam air panas di Felda Residence Hot Spring terkenal dengan keindahan kerana dijaga dengan baik. Pilihan penginapan di sini sangat sesuai untuk keluarga, juga disertakan jakuzi bagi setiap villa. Terdapat juga kolam yang besar menarik untuk anak-anak bermandi-manda.

Alamat: 35600, Sungai Klah Sungkai Perak, 35600 Sungkai, Perak

Kredit gambar: Oyster

8. Taman Tasik Taiping

Taman Tasik Taiping yang wujud sejak 1880 ini penuh dengan keindahan pokok-pokok redup mengelilingi tasik, suasana begitu nyaman sekali. Sesuai untuk sesi bergambar dengan landskap unik. Terletak sangat berdekatan dengan Zoo Taiping.

Kredit gambar: Jom Jalan

Alamat: Jalan Pekeliling, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Negeri Perak

9. Ladang Anggur Saloma

Ladang Anggur Saloma terletak di Sitiawan di mana anda boleh membeli anak pokok anggur lengkap dengan panduan penanaman. Ketika musim menuai, anda boleh membeli dan membawa pulang anggur di sini.

Kredit gambar: Ikhas Atilia

Alamat: Saloma Vineyard, Lot 1392, Kampung Darat Jelutong, Batu 7 1/2 Lekir Sitiawan 32020, Perak
Waktu Operasi: 9 am – 6 pm
Harga: Setiap anak pokok berharga antara RM 20 – RM 40 bergantung kepada jenis anggur/buah

10. Teluk Senangin

Pantai Teluk Senangin mempunyai pesisiran pantai yang lapang sesuai untuk anak-anak dan keluarga. Boleh beraktiviti dengan sukan air dan juga menginap di sini. Oleh kerana ia tidak terlalu terkenal maka suasana di sini lebih tenang. Untuk makan-makan, anda boleh ke arah lumut yang tidak jauh dari sini.

Kredit gambar: Mapcarta

Alamat: Jalan Teluk Senangin, 32200 Lumut, Perak

11. Pantai Teluk Batik

Pantai Teluk Batik di Lumut ini landai sesuai untuk pelbagai aktiviti riadah dan sukan air seperti banana ride, jetski dan sebagainya.

Kredit gambar: ellinnur bakarudin / Shutterstock.com

Terdapat kemudahan awam seperti tandas dan lain-lain yang lengkap di sini. Anda juga boleh menjamu selera di sini dengan pelbagai pilihan menarik pada sebelah malam. Anda boleh menginap di sini, antaranya adalah Marina Cove Resort, Virgo Batik Resort dan Teluk Batik Resort.

Alamat: Pantai Teluk Batik, 32200 Lumut, Perak

12. Bukit Merah Lake Town Resort

Bukit Merah Lake Town Resort mempunyai 2 jenis taman tema iaitu Eco Park dan Water Park. Eco Park lebih kepada tarikan untuk aktiviti yang kering juga mengenali hidupan liar. Water Park pula aktiviti permainan air.

Kredit gambar: Lipstiq

Alamat: Jalan Bukit Merah, 34400 Semanggol, Perak Darul Ridzuan.
Waktu operasi:
Isnin, Rabu, Khamis: 11.00 am – 6.00 pm
Jumaat & Sabtu, Cuti Sekolah & Cuti Umum: 10.00 am – 7.00 pm
Selasa tutup kecuali cuti sekolah, cuti umum.

13. Taman Rekreasi Gunung Lang

Taman Rekreasi Gunung Lang menyajikan pemandangan taman dan tasik di tepi Bukit Batu Kapur. Sesuai untuk percutian bajet atau singgah sebentar berehat sebelum meneruskan perjalanan. Disarankan untuk ke sini pada hari bekerja. Boleh gunakan aplikasi Waze dan taipkan Taman Rekreasi Gunung Lang untuk lokasi tepat.

Kredit gambar: Homestay Ipoh

Alamat: Off Jalan Kuala Kangsar, Jalan Damai, 30100 Ipoh, Perak.
8am – 12pm & 1.30pm – 7pm (Isnin-Khamis)
8am – 12pm & 2.45pm – 4pm (Jumaat)
8am – 6.30pm (Sabtu, Ahad & Cuti Umum)

Harga Tambang Naik Bot:
RM 3.00 (Dewasa)
RM 1.50 (Kanak-kanak/warga emas)

14. Kellies Castle

Kellies Castle adalah sebuah rumah agam lama yang dibina oleh Kellie untuk isterinya pada 1915 yang bangunannya dibina di kawasan berbukit memberi pemandangan yang indah.

Kredit gambar: ﹏﹏﹏﹏﹏ / Shutterstock.com

Alamat: Batu 5, Jalan Gopeng, 31000 Batu Gajah, Perak
Waktu Operasi: 9.00 am – 6.00 pm (setiap hari)
Tiket Masuk:
RM 5.00 (dewasa)
RM 3.00 (kanak-kanak)

15. Muzium Geologi Ipoh

Muzium Geologi Ipoh adalah tempat bersejarah menempatkan koleksi bahan geologi seperti fosil, batu permata, mineral & sebagainya. Anda memerlukan sekitar 30 minit untuk melawat galeria di sini.

Kredit gambar: Penang Travel Tips

Alamat: Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Jalan Sultan Azlan Shah, 30820 Ipoh, Perak
Waktu Operasi:
9.00 am – 12.30 am & 2.00pm – 4.30 pm( Isnin-Khamis)
9.00 am – 12.00 am & 3.00pm – 4.30 pm( Jumaat)
Sabtu/Ahad/ Cuti Am (Tutup)
Harga Tiket: Percuma

16. Kubu Belanda

Kredit gambar: zairiazmal / Shutterstock.com

Dutch Fort atau Kubu Belanda ini sudah berusia 350 tahun, dibina oleh penjajah Belanda untuk menyimpan bijih timah yang dilombong sekitar Negeri Perak sebelum dimuatnaik ke atas kapal untuk dieksport. Sangat sesuai untuk menghayati sejarah serta melihat senibina klasik.

Alamat: 32300 Pulau Pangkor, Perak
Waktu Operasi: 8 am – 6 pm Harga Tiket: Percuma

17. Victoria Bridge

Di sini letaknya jambatan keretapi tertua di Malaysia dengan panorama yang unik serta klasik. Ia dinamakan Jambatan Karai atau Victoria. Jambatan keretapi ini dibina sekitar 1897 untuk mengangkut bijih timah. Jambatan ini setinggi 150m daripada permukaan Sungai Perak di bawahnya.

Kredit gambar: zulfachri zulkifli / Shutterstock.com

Struktur jambatan ini masih lagi kukuh walaupun telah tidak digunakan lagi. Terdapat laluan pejalan kaki di sepanjang jambatan ini jika mahu berjalan kaki sehingga ke tengah. Jangan lupa untuk berhati-hati dengan lubang-lubang yang terdapat di atas jambatan ini.

Alamat: Kampung Kapor, 31050 Enggor, Perak.

18. Menara Condong Teluk Intan

Menara condong ini struktur bangunannya seperti menara Pagoda, berusia lebih 100 tahun. Kini ianya menjadi mercu utama Bandar Teluk Intan dan Negeri Perak. Di sekitar menara ini terdapat dataran berbata yang lapang serta deretan kedai termasuk tempat makan. Terdapat pasar malam setiap sabtu dan Ahad.

Alamat: Lot 1&2, Komplex Menara Condong, Jalan Bandar, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak

Kredit gambar: ﹏﹏﹏﹏﹏ / Shutterstock.com

19. Bandar Agacia, Kampar

Bandar ini adalah rekaan untuk lokasi penggambaran menarik dengan bangunan warna pastel, dimodelkan mengikut Main Street di Hong Kong Disneyland.

Waktu Operasi: Setiap hari, 24 jam

Kredit gambar: Razmie Mie

20. Laluan Seni Mural Ipoh

Terdapat pelbagai laluan yang menempatkan lukisan pelukis tempatan di dinding bangunan yang unik di Ipoh.

Kredit gambar: Malaysian Flavours

Sangat banyak tempat menarik di Perak memandangkan Perak adalah negeri kedua terbesar di Semenanjung. Jika diamati kos percutian di Perak lebih murah berbanding negeri lain. Jangan lupa susun atur perjalanan anda jika ada tempat menarik di Perak yang teringin dilawati. Boleh rujuk di sini jika anda mahu membaca kepentingan travel kit ketika bercuti ya.

Selamat bercuti di tempat menarik di Perak!