KelabMama

20 Tempat Menarik Di Negeri Sembilan Yang Menjadi Tumpuan Pengunjung

Kredit gambar: Laboo Studio / Shutterstock.com

Negeri Sembilan sememangnya merupakan negeri yang sentiasa menjadi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar negara. Ini kerana keindahan alam semula jadi dan tarikannya yang tersendiri, di serata negeri ini.

20 Tempat Menarik Di Negeri Sembilan

Kalau ke Negeri Sembilan nanti, jangan lupa untuk singgah di tempat-tempat menarik ini ya?

1. Gua Pelangi

Sumber: mynewshub.tv

Ramai yang datang ke sini untuk melakukan aktiviti lasak bersama rakan-rakan seperti flying fox, berkhemah dan rock climbing.

Selain itu, ia juga menjadi tumpuan mereka yang meminati sejarah kerana bukti prasejarah yang telah dijumpai oleh pihak Universiti Sains Malaysia di sini.

Alamat: Gua Pelangi, Hutan Simpan Pasoh, Simpang Pertang, Jelebu, Negeri Sembilan.

2. Alive 3D Art Gallery

Sumber: facebook.com/alive3dartgallery/photos

Kalau anda datang ke sini bersama keluarga dan rakan-rakan, sesuai sangat untuk singgah di Galeri 3D di Port Dickson ini. Meneroka dan bergambar dengan lukisan-lukisan dan objek-objek 3D ini pasti menyeronokkan!

Alamat: No 38-40, Jalan Ds 2/1, Bandar Dataran Segar, Lukut, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Ahad Isnin Rabu Khamis, 10.00 pg – 7.00 mlm | Jumaat dan Sabtu, 10.00 pg – 9.00 mlm
Tel: 012-611 7379

3. Rabbit Fun Land, Lenggeng

Sumber: facebook.com/RabbitFunLand/photos

Jangan lupa juga untuk singgah di Lenggeng melawat haiwan-haiwan comel di sini seperti arnab, anak kuda, lembu, rusa, burung unta, keldai, kambing dan biri-biri.

Bukan bergambar sahaja, anda boleh juga dekati dan melakukan aktiviti bersama haiwan-haiwan ini tau.

Alamat: N34, Kampung Sungai Gunung Machang Ulu, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari, 10.30 pg – 6.30 ptg
Tel: 012-636 2833

4. Wild West Cowboy Indoor Theme Park

Sumber: facebook.com/wwcpd/?_rdc=1&_rdr

Kanak-kanak tentu suka ke taman tema ini. Ia berkonsepkan cowboy, banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti aksi menembak, masuk ke rumah hantu dan menaiki Rider Boat.

Alamat: 59-64, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Ahad Isnin Rabu Khamis, 10.00 pg – 7.00 mlm | Jumaat dan Sabtu, 10.00 pg – 9.00 mlm
Tel: 012-611 7379

5. Gunung Angsi

Sumber: meowtainpeople.com

Gunung Angsi adalah destinasi yang sesuai untuk anda yang sukakan aktiviti lasak seperti hiking. Gunung ini merupakan antara gunung yang terkenal di Negeri Sembilan tau.

Buat mereka yang mahukan pendakian yang agak santai, anda boleh guna laluan Bukit Putus. Ia sesuai untuk pendakian pada tahap senang dan sederhana.

Alamat: Taman Eko-Rimba Ulu Bendul, Hutan Simpan Angsi, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari berkerja, 8.00 pg – 11.00 pg | Hujung minggu dan cuti umum, 6.00 pg – 11.00 pg
Harga tiket: RM5

6. PD Waterfront

Sumber: facebook.com/pd.waterfront/photos

Kedudukan PD Waterfront yang menghala ke laut ini memang menjadi tumpuan, bukan sahaja pengunjung dari luar tetapi penduduk tempatan juga.

Memang seronok ambil angin petang-petang bersama keluarga di sini. Kedai makan pun banyak di sepanjangnya.

Alamat: 1-02-1, Persiaran Waterfront, 1st Mile, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Isnin hingga Sabtu, 9.00 pg – 6.00 ptg | Ahad, 9.00 pg – 5.00 ptg
Tel: 06-647 2808

7. Nabila Agrofarm

Sumber: facebook.com/nabilaagrofarm/photos

Selain Rabbit Fun Land, Nabila Agrofarm pun sering menjadi pilihan mereka yang ingin melakukan aktiviti bersama haiwan.

Di sini, anda dan kanak-kanak boleh menunggang kuda, belajar memanah, menaiki ATV, bermain dengan arnab dan bermacam lagi!

Alamat: Jalan Wa Othman Batu 7, 3/4, Jalan Seremban, 71770 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Sabtu dan Ahad, 8.30 pg – 6.30 ptg
Tel: 019-665 2239

8. PD Ostrich Farm

Sumber: facebook.com/pdostrichshowfarm/photos

Kalau anda sukakan burung unta, jangan lupa untuk singgah di PD Ostrich Farm ya. Anda bukan sahaja boleh bergambar dengannya tetapi boleh juga sentuh dan bermain dengan burung ini.

Selain itu, antara tarikan lain di sini ialah Taman Herba dan Planet Jurassic.

Alamat: Lot 1419, Jalan Perdana 4, Batu 9, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari, 9.30 pg – 6.00 ptg
Tel: 018-207 8682

9. NS Dairy Farm Agro Park

Sumber: facebook.com/NS-Dairy-Farm

Haa… buat mereka yang tidak pernah ke New Zealand, anda patut singgah di NS Dairy Farm Agro Park ini. Vibe dan suasananya yang seperti berada di New Zealand, bolehlah bergambar dan feel ala-ala seperti berada di luar negara.

Jangan lupa untuk rasa susu segarnya yang datang dengan pelbagai perisa ya?

Alamat: 3720, Padang Ragut, Rembang Panas, Juasseh Kuala Pilah, N127, 72000, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari, 8.00 pg – 5.00 ptg
Tel: 019-321 7652

10. Rumah Terbalik Port Dickson

Sumber: facebook.com/rumahterbalikportdickson/photos

Destinasi menarik yang seterusnya ialah Rumah Terbalik Port Dickson. Memang seronok terokai rumah terbalik ini dan bergambar beramai-ramai.

Ada dengan gaya terbang, ada yang seperti Spiderman, ada juga yang seperti sedang mengalami gempa bumi; bergantung kepada kreativiti anda ya!

Alamat: No.13A & 15, Jalan coral walk, Batu 9, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Sabtu hingga Khamis, 10.00 pg – 8.00 mlm | Jumaat, 7.00 pg – 8.00 mlm
Tel: 016-336 8751

11. Jelita Ostrich Farm

Sumber: facebook.com/Jelita-ostrich-farm

Kalau di Port Dickson ada PD Ostrich Farm, di Seremban pula ada Jelita Ostrich Farm. Tidak jauh beza, di sini pun anda boleh dekati dan tunggangi burung unta.

Tetapi di Jelita Ostrich Farm ini, keunikannya ialah, terdapat beberapa produk yang berasaskan burung unta yang di jual di sini.

Alamat: Lot 1504, Batu 6 Mukim Pantai, Jln Jelebu, 71770 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari, 9.00 pg – 5.00 ptg
Tel: 06-767 0707

12. Muzium Tentera Darat

Sumber: facebook.com/muziumTD/photos

Bagus juga kalau bawa kanak-kanak ke sini. Dengan meneroka Muzium Tentera Darat ini, semangat patriotik mereka dapat disemarakkan.

Segala sejarah tentang tentera darat dipamerkan di sini yang pasti akan menarik minat mereka!

Alamat: Persiaran Pahlawan, Kampung Baru Sirusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Khamis hingga Ahad, 10.00 pg – 5.00 ptg

13. Teratak Za’ba

Sumber: visit2020.amirazrael.com

Memang cantik Teratak Za’ba ini, penuh dengan kesenian dan sarat dengan tradisi dan budaya rumah tradisi Negeri Sembilan.

Diperbuat daripada Cengkal, anda bolehlah ke teratak ini dan melihat pertukangan kayu Melayunya dengan terperinci.

Alamat: Kampong Bukit Kerdas, 72100 Batu Kikir, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari, 10.00 pg – 5.00 ptg
Tel: 06-498 5193

14. Pantai Teluk Kemang Port Dickson

Sumber: sukamakanjalan.blogspot.com

Sudah tentunya wajib singgah di Pantai Teluk Kemang kalau ke Port Dickson kan? Dah nama pun pantai yang paling terkenal di Port Dickson, Pantai Teluk Kemang memang menjadi destinasi pilihan pengunjung.

Memang cantik dan indah!

Alamat: 23, Jalan 3/10, Taman Intan Perdana, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam

15. X Park Sendayan

Sumber: xparkmalaysia.com

Macam mana pula kalau anda sukakan aktiviti lasak tetapi indoor?

Bolehlah ke pusat hiburan yang terbesar di Negeri Sembilan ini. Terdapat pelbagai aktiviti menarik di sini yang sesuai untuk semua peringkat umur tau.

Alamat: Jalan Pusat Dagangan Sendayan 1, Bandar Sri Sendayan, 71950 Siliau, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari, 12.00 tgahari – 12.00 pg
Tel: 017-447 3913

16. Dickson Dragon Cruise

Sumber: facebook.com/dicksondragon/photos

Terutamanya buat mereka yang datang ke sini untuk honeymoon atau bersama pasangan, anda patut cuba Dickson Dragon Cruise ini.

Anda akan dibawa berlayar menghayati keindahan laut selama beberapa jam. Ramai yang memilih pakej sunset kerana pemandangan dan suasananya yang romantis.

Alamat: Kampung Baharu, Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari, 8.30 pg – 4.00 ptg
Tel: 012-900 8200

17. BoDen Edu Farm

Sumber: facebook.com/Boden-Edu-Farm

Apa yang menarik di sini ya?

Kalau anda ke Jempol, jangan lepaskan peluang untuk menjelajah Ladang Boden ini. Bukan sahaja anda dapat mempelajari ilmu ternakan dan tanaman, terdapat juga pelbagai produk yang berasaskan haiwan dan tumbuhan yang dijual di sini seperti madu, teh dan jem buah.

Alamat: 167, Lorong Boden, Off, Jalan Menteri Besar, Serting, Negeri Sembilan
Tel: 03-8948 2171

18. Kampung Orang Asli Bukit Kepong

Sumber: malaysia-traveller.com

Begitu cantik kampung ini, memang mendamaikan. Wajib singgah dan bergambar ni!

Alamat: Kampung Orang Asli Bukit Kepong, Jln Kg. Org. Asli Bukit Kepong, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari, 8.30 pg – 4.00 ptg
Tel: 088-889 562

19. Bukit Batu Putih

Sumber: portdickson.info

Kerana kecantikan dan kedudukannya yang berdekatan dengan laut, bukit batu kapur ini sering menjadi tumpuan pengunjung yang ke Negeri Sembilan.

Mana tak nya, pemandangan dari puncaknya memang menakjubkan.

Alamat: Bukit Batu Putih, Puncak Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan
Waktu operasi: Ahad hingga Jumaat, 8.30 pg – 6.00 ptg | Sabtu, 6.00 pg – 6.00 ptg
Tel: 011-3929 2993

20. Lorong Seni Seremban

Sumber: utusan.com.my

Tempat menarik yang lain ialah Lorong Seni di Seremban ini. Buat peminat seni, ini adalah destinasi wajib untuk anda ya?

Begitu banyak lukisan mural yang cantik-cantik di sini. Sambil-sambil bersiar dan menghayati seni ini, bolehlah bergambar untuk kenangan juga.

Alamat: 9, Jalan Dato Sheikh Ahmad, Bandar Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam

Ini merupakan antara tempat-tempat menarik di Negeri Sembilan yang sering menjadi tumpuan pengunjung. Jangan lepaskan peluang untuk singgah walaupun sekejap je kalau ke sini ya?