KelabMama

Teknik Pemerahan Susu Ibu Yang Betul & Berkesan

Susu ibu merupakan susu yang penuh khasiat apabila diberikan kepada bayi kita. Seawal kelahiran mereka, susu ibu merupakan makanan utama yang dimasukkan ke dalam mulut bayi kita sehingga dia berusia 2 tahun. Tapi, tahukah Mama bahawa pemerahan susu juga memerlukan teknik yang betul? Bagaimana, bila dan berapa lama susu perahan diperlukan? 

APAKAH TEKNIK PERAHAN SUSU IBU YANG BETUL?

 Terdapat 2 cara teknik pemerahan susu ibu iaitu:

  1. Teknik Pam Elektrik/ Manual

Kaedah pam elektrik  dan manual adalah lebih cepat dan cekap berbanding menggunakan tangan.

Kaedah pam elektrik

Kebiasaannya diguna pakai oleh ibu-ibu yang bekerjaya.

Kaedah pam manual

Bagi penggunaan kaedah ini, ia mengambil masa 15 hingga 45 minit untuk sekali sesi bagi kedua-dua belah. Penggunaan pam ini seolah-olah meniru gaya sedutan bayi anda.

Pemilihan pam juga sangat penting kerana perlu ambil kira kekerapan penggunaannya dan masa yang anda boleh luangkan untuk proses pemerahan.

Teknik Mermet/Pemerahan Menggunakan Tangan

Sebelum wujudnya pam pemerahan susu ibu, teknik perahan menggunakan tangan atau teknik mermet ini telah lama diguna pakai oleh orang zaman dahulu.

Walaupun masa kini telah maju dengan penggunaan pam, pemerahan menggunakan tangan kekal sebagai kemahiran yang berharga untuk dikuasai.

KENAPA?

Sebelum memulakan sesi pemerahan susu, pastikan anda membasuh tangan hingga bersih dahulu.

Cara-caranya adalah:

+1 Mengurut

+2 Memerah

Tips sebelum memulakan sesi teknik mermet ini.

TEMPOH PEMERAHAN SUSU

Tempoh pemerahan susu ibu adalah bergantung kepada tujuan ibu-ibu memerah susu.

  1. Bagi bayi yang baru lahir, yang mengalami masalah perlu dipantau di hospital memerlukan susu ibu yang diawal. Susu ibu awal dipanggil kolostrum. Si ibu boleh memerah susu dalam tempoh 5 hingga 10 minit. Ini bagi mendapatkan sesudu teh kolostrum. Dan ini mencukupi buat si bayi yang baru lahir dalam tempoh  satu hingga dua jam.
  2. Bagi meningkat dan memastikan penghasilan susu ibu yang kosisten dan banyak, adalah perlu diperah 15-20 minit bagi sekali sesi. Dan sekurang-kurangnya 6 kali sesi atau lebih terutamanya pada waktu malam. Ini kerana waktu malam, hormon prolaktin adalah tinggi dan penghasilan susu ibu lebih tinggi.

Bagi melembutkan pembengkakan payudara, memerlukan pemerahan. Tempoh pemerahan ini tidak mengira masa, bergantung pada keadaan payudara anda. Apabila payudara dah lembut, boleh menyusu secara langsung dengan bayi anda.

Jika sekiranya pemerahan ini tidak berhasil, boleh mengurut dahulu bagi kelancaran penghasilan susu ibu. Kadang terdapat saraf yang tersumbat menyebabkan susu tidak lancar pengeluarannya. Urutan di bahagian bawah ketiak sehingga disekeliling aerola payudara dan pastikan ketulan bengkakan surut. Kemudian proses mengepam boleh dijalankan atau menyusu secara langsung dengan bayi anda.

UNTUK IBU YANG MENGUMPUL STOK SUSU IBU UNTUK KEMBALI BEKERJA

3 PERGERAKAN YANG PERLU DIELAKKAN!

  1. Jangan picit puting payudara kerana boleh menyebabkan lebam
  2. Jangan tarik puting kerana ia boleh merosakkan tisu payudara
  3. Jangan geselkan tangan anda pada payudara kernan ia boleh menyebabkan melecet

Apa yang penting sekali, anda janganlah rasa tertekan atau cuba memaksa payudara anda mengeluarkan susu. Percubaan pertama kali, ianya agak sukar dan mengambil masa.

Masa awal-awal selepas kelahiran dulu pun begitu jugak.. terseksa , tertekan.. Tapi bila dah pandai, sekejap je rasa proses pengepaman ini. Jadi, Mama harus bersabar lebih sikit ya. Selamat berjaya!