KelabMama

Kenali Tanda-tanda Kanser Payudara Pada Peringkat Awal

Kanser payudara adalah penyumbang tertinggi kematian selepas kanser rahim dan terdapat tanda-tanda kanser payudara yang boleh dikenalpasti. Pada tahun 2016, statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan kanser payudara dilaporkan telah menyumbang sebanyak 32.1 peratus punca kematian ketiga tertinggi di hospital kerajaan di negara ini.

Kanser payudara bermula apabila sel pada bahagian itu mula tumbuh tanpa kawalan. Sel biasanya membentuk tumor boleh dilihat melalui sinar X (X-ray), mamogram atau dirasa dengan tangan jika terdapat benjolan. Tumor kanser dapat membiak dalam tisu dan boleh merebak ke kawasan tubuh badan yang lain.

Kanser payudara disebabkan oleh pelbagai faktor seperti pemakanan, aktiviti fizikal dan keadaan sekeliling. Faktor-faktor itu juga sukar untuk dikenalpasti. Namun begitu, pemakanan yang sihat dan membuat senaman akan dapat mengurangkan risiko.

Oleh itu, penting untuk kaum wanita melakukan pemantauan kendiri di rumah. Jika anda merasai kelainan pada payudara anda,anda perlu bertindak cepat. Berjumpalah dengan doktor untuk memeriksa dengan lebih teliti. Tanda-tanda kanser payudara peringkat awal selalu diabaikan. Jika mahu berjaya dalam rawatan adalah sangat penting bagi anda untuk mengenal tanda-tanda kanser payudara tahap 1.

Tanda paling awal ketika kanser payudara merebak adalah terdapatnya ketulan di sekitar payudara. Tapi perlu anda tahu ada sebahagian wanita yang memang mempunyai ketulan dan boleh jadi itu bukanlah kanser. Sebaiknya apabila anda mendapati ketulan terus berjumpa doktor.

Tanda-tanda Kanser Kayudara Peringkat Awal

Kredit gambar: www.bayshore.ca

1 ) Ketulan bawah ketiak atau di payudara

Kredit gambar: www.nationalworld.com

Tanda paling awal ketika kanser payudara merebak adalah terdapat ketulan disekitar payudara. Tapi ada sebahagian wanita yang memang mempunyai ketulan dan boleh jadi juga itu bukan kanser. Mungkin anda tanpa sengaja dapat merasa benjolan di payudara atau bawah ketiak.

Tidak kiralah beberapa ketulan atau hanya satu ketulan, anda perlu segera berjumpa doktor. Bagi doktor, semua ketulan di payudara adalah kanser sehingga dibuktikan ianya bukanlah kanser.

Beberapa kriteria benjolan yang berkemungkinan kanser ialah:

Tanda yang kemungkinan bukan kanser:

2 ) Payudara tidak sama saiz

Kredit gambar: thehealthnexus.org

Kebiasaannya perubahan pada saiz payudara terjadi ketika anda remaja menginjak ke alam dewasa. Apabila umur wanita meningkat dewasa, saiz payudara akan membesar secara semula jadi. Tapi jika perubahan saiz berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab, ia kemungkinan besar adalah tanda kanser.

Perlu diberi perhatian juga perubahan saiz payudara dari tegang ke kendur atau ke bawah. Namun, kedua-dua belah payudara secara normalnya adalah sama saiz. Sekiranya didapati sebelah payudara lebih besar atau lebih kecil maka mungkin ini juga disebabkan oleh kanser.

3 ) Perubahan kulit di sekitar payudara

Perhatikan perbezaan warna pada kulit payudara seperti merah atau gelap pada satu kawasan atau berubah menjadi merah keradangan di sekitar payudara. Ia mungkin disertai dengan rasa sakit atau tidak.

Jika bahagian ini disentuh, ia akan terasa hangat dan terdapat bengkak pada bahagian tersebut. Warna kulit seperti kulit buah oren juga adalah antara tanda pasti untuk kanser.

4 ) Puting susu tenggelam antara tanda-tanda kanser payudara

Puting tenggelam mungkin normal bagi sesetengah orang, namun jika ia baru terjadi maka perlu dipastikan ini bukan kanser. Kanser payudara boleh menyebabkan puting kelihatan seolah olah tertarik ke dalam.

Jika anda dapati payudara anda menunjukkan perubahan yang ganjil seperti puting masuk ke dalam, anda harus segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

5 ) Cecair keluar daripada puting

Anda mungkin akan berasa sedikit keliru sama ada cecair yang keluar daripada puting itu adakah ia susu atau sebaliknya? Berjumpalah doktor anda untuk membantu mengenalpasti cecair yang keluar dari puting itu adakah normal atau bukan.

Sekiranya cecair yang keluar berwarna jernih atau putih, dan tidak cair mungkin kanser masih di peringkat awal dan ia masih boleh dirawat.

Namun, jika ada cecair merah atau coklat seperti darah yang keluar daripada puting, itu menandakan kanser sudah di tahap akhir serta bahaya dan anda perlu segera mendapatkan rawatan.

6 ) Sakit di payudara yang berterusan

Kredit gambar: www.parapuan.co

Sesetengah wanita ketika anda hamil atau datang haid, ia normal untuk anda merasa sakit atau tidak selesa di bahagian payudara sebelum atau semasa datang haid. Namun, sakit itu selalunya sebentar sahaja dan akan hilang dengan sendirinya.

Jika terdapat kemerahan pada payudara dan sakit yang berterusan segeralah berjumpa dengan doktor anda.

Jangan cuba gunakan minyak urut panas untuk meredakan sakit, jangan menyentuh bahagian yang sakit atau pergi berurut untuk meredakan kesakitan sebelum mendapatkan nasihat doktor.

7 ) Gatal pada bahagian puting juga antara tanda-tanda kanser payudara

Kredit gambar: www.yesdok.com

Apabila anda terasa gatal yang berlarutan dibahagian puting, ia mungkin merupakan tanda kanser. Selain itu, kulit di sekitar payudara akan mengelupas dan sakit.

Jika anda sudah berada pada tahap ini, segera dapatkan rawatan kerana kulit adalah bahagian sensitif yang lebih peka jika terdapatnya masalah kesihatan, lebih-lebih lagi di bahagian payudara.

8 ) Leher dan bahu terasa kebas dan kaku

Kredit gambar: berkeluarga.id

Jika anda berasa tegang di leher dan bahu juga terasa kebas dan kaku, serta ianya telah merebak ke tulang belakang, walaupun setelah di sapu minyak di tempat yang sakit, mengurut badan atau meregangkan badan dan setelah berehat dan masih berasa sakit, itu bukanlah perkara biasa.

Sekiranya ini berterusan, Mama Siti sarankan segera berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan barah payudara.

Kanser telah pun menunjukkan semua simptom-simptom yang berkaitan kerana ia telah pun merebak ke bahagian badan yang lain.

9) Kedutan di sekitar payudara

Apabila anda mengijak usia dan semakin berumur, kulit anda akan mengalami proses kedutan, begitu juga kawasan payudara anda. Tapi jika anda masih muda dan mempunyai kedutan di bahagian payudara, ini mungkin tanda anda menghidapi kanser payudara.

Biasanya kedutan akibat kanser ini akan terasa kasar dan cuma ada pada bahagian tertentu sahaja.
Jika anda mengalami diantara dari 9 tanda diatas, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan mendapatkan rawatan.

Hanya diri anda sendiri sahaja yang dapat mengesan tanda awal kanser payudara seperti di atas. Lakukanlah pemeriksaan sendiri di rumah dan ketahui juga cara-cara yang betul pemeriksaan payudara anda daripada anggota kesihatan di klinik atau hospital.

Biarpun sebilangan besar pesakit sedar terdapat benjolan, cecair yang keluar selain susu daripada puting, namun membiarkan sahaja tanpa mendapatkan pemeriksaan lanjut akan menyebabkan penyakit itu sudah merebak ke tahap tiga atau empat.

Oleh itu, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lebih lanjut. Selain kanser payudara, jom ketahui lebih banyak info tentang kanser ovari!


Dapatkan tips dan panduan kesihatan Mama dan Papa yang lainĀ DI SINI.