KelabMama

Kenali Lebih 15 Tanda Menopause Yang Para Wanita Perlu Take Note

tanda menopause

kredit gambar : lifepack.id

Menopause adalah akhir dari siklus menstruasi bagi seorang perempuan dan terdapat beberapa tanda yang menunjukkan bahawa Mama sebenarnya sedang melalui fasa menopause.

Istilah menopause ini sebenarnya menggambarkan setiap perubahan yang dialami sama ada sebelum atau setelah berhentinya menstruasi.

Menopause berlaku apabila seorang wanita tidak lagi didatangi haid dalam tempoh 12 bulan berturut-turut dan tidak boleh hamil secara semulajadi.

Apakah tanda-tanda menopause? Kebanyakan wanita akan mula menunjukkan gejala menopause iaitu kira-kira empat tahun sebelum tempoh terakhir kedatangan haid mereka. Ia adalah perkara biasa bagi penuaan dan menunjukkan tanda terakhir kesuburan dan sistem pembiakan Mama.

Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut lagi ikuti perkongsian ini di mana kami telah kongsikan beberapa tanda menopause yang boleh Mama ketahui.

Tanda Menopause Bagi Seorang Wanita

Kebiasaannya ia akan bermula antara umur 45 dan 55 tetapi boleh juga terjadi sebelum atau selepas julat umur tersebut.

Semakin meningkat usia, kitaran pembiakan akan mula berkurang atau perlahan dan bersedia untuk berhenti berfungsi.

Tubuh akan mula menghadapi beberapa perubahan sebagai tindak balas kepada tahap yang lebih rendah meliputi estrogen, progesteron, testosterone, follicle-stimulating hormone (FSH) serta luteinizing hormone (LH).

Malah, perubahan paling besar yang akan berlaku kepada tubuh wanita yang menopause adalah kehilangan folikel ovari aktif iaitu struktur yang berfungsi untuk menghasilkan serta melepaskan telur dari dinding ovari serta membenarkan haid dan kesuburan.

Tanda-tanda awal yang paling biasa untuk perimenopause iaitu bermula 8 hingga 10 tahun sebelum Mama menopause ialah:

Tanda-tanda menopause pula adalah:

  1. insomnia
  2. kekeringan vagina
  3. pertambahan berat badan
  4. kemurungan
  5. tekanan
  6. kesukaran untuk menumpukan perhatian
  7. masalah memori
  8. kulit kering, mulut dan mata
  9. kerap kencing
  10. pening kepala
  11. sakit di payudara
  12. degupan jantung laju
  13. jangkitan saluran kencing
  14. jisim otot berkurang
  15. sakit sendi
  16. payudara jatuh
  17. rambut semakin nipis
  18. peningkatan pertumbuhan rambut di bahagian lain badan contohnya seperti muka, leher, dan dan bahagian atas.

Walau bagaimanapun tidak semua wanita akan mengalami gejala-gejala ini. Jangan risau! Ianya adalah proses semulajadi yang perlu dilalui oleh semua wanita yang meningkat umur. Walaupun ianya akan membuatkan Mama kehilangan keyakinan, keresahan, tidak selesa tetapi lama kelamaan tubuh dan fikiran Mama akan mula menerimanya secara positif.

Malah, mengehadkan kelancaran aktiviti Mama serta keseronokan tika melakukannya, itu tidak bermakna Mama harus menghentikan rutin kebiasaan yang selalu dilakukan. Tetap semangat dan bersedia dengan perubahan baharu dan lebih berkeyakinan dengan diri anda sendiri.

Tetapi harus juga diingat, wajar untuk Mama mengambil perhatian dengan semua tanda-tanda ini bagi memastikan tiada risiko tinggi berkaitan menopause Mama seperti penyakit osteoporosis.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!


Dapatkan tips dan panduan kesihatan Mama dan Papa yang lainĀ DI SINI.